May 12th, 2014

Selaku seorang “Datuk” sepatutnya Pian Cecupak kena lebih rileks dan cool apabila perkara seumpama ini terjadi. Barulah sesuai dengan taraf “Datuk” yang dikurniakan oleh kerajaan Naning kepada anda. Jadi “Datuk” kena macho, tabah dan tenang walaupun gelaran anda dipertikai, dikutuk dan dipersendakan oleh orang ramai. Semua ini harus dianggap sebagai satu cabaran dan satu dugaan selepas memiliki anugerah yang pastinya menjadi idaman ramai.

datuk naning

Orang ramai mempertikaikan gelaran “Datuk” oleh kerajaan Naning ini kerana memang sebelum ini ada artikel pada tahun 2011 yang memetik kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang menjelaskan  anugerah dan  gelaran yang disampaikan oleh kumpulan berkenaan adalah tidak sah dan tidak diiktiraf oleh kerajaan kerana hanya Yang Dipertua Negeri sahaja yang mempunyai hak mengurniakan sebarang darjah kebesaran. Kiranya ada bukti dan ada dasar untuk pertikaian. Bukan saja-saja.
datuk naning

Membaca luahan hati Pian Cecupak, sedikit sebanyak terasa juga kesedihan yang sedang dialaminya. Kata Pian Cecupak menerusi Mstar Online:-

Saya marah dengan mereka yang mempersendakan dan mengutuk tentang peribadi saya serta mempersoalkan gelaran ini tanpa bertanya terlebih dahulu.

Sudahlah saya dipinggirkan daripada industri seni, kini mereka keji dan melemparkan kata-kata hinaan dengan menjadikan saya sebagai bahan jenaka mereka serta mengungkit kisah lama saya.

Bukan saya yang minta atau bayar untuk dapatkan gelaran itu, namun jika pihak mereka ingin memberikannya, saya tidak boleh menolak kerana saya menghormati mereka yang banyak memberi peluang pekerjaan kepada saya selama ini.

Saya tidak kisah orang ingin iktiraf atau tidak gelaran itu kerana saya menghormati sejarah mereka dahulu, lagi pula saya hanya akan guna gelaran ini pada majlis-majlis rasmi yang dianjurkan puak itu sahaja

pian cecupak

Tak apalah Pian. Semoga dengan pemberian anugerah “Datuk” daripada kerajaan Naning ini, kerjaya Pian akan kembali memuncak semula. Sekurang-kurangnya kontroversi yang timbul ini telah menaikkan nama anda kembali. Harap-harap selepas ini akan ada banyak tawaran kerja untuk Pian. Jangan letak harga yang tinggi melambung sebab dah bergelar “Datuk” pulak. Hehehe.

ryaniez

 

P.S: Abadikanlah detik-detik paling bermakna dalam hidup anda dengan bidikan gambar-gambar oleh Ryaniez Moments Photography yang pastinya akan menjadi kenangan terindah buat selamanya. Bermula dengan RM1400, saat-saat air mata anda mengalir ketika sah diijabkabulkan akan diabadikan dalam album gambar yang amat berkualiti. SMS/Whatsapp Hash 0192044408 atau Wafi 0139451436 untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE Facebook Ryaniez Moments Photography untuk lihat hasil kerja mereka.


Comments are closed.

Loading...