March 10th, 2017

Semalam, Datuk Aliff Syukri dikecam teruk oleh netizen yang menuduh beliau tidak bersyukur kerana memuat naik kapsyen seakan tidak selesa menetap di rumah ala kampung miliknya dengan 8 buah bilik.

Menurut Aliff, beliau bukan sengaja mahu menimbulkan kekecohan ataupun merasa riak seperti didakwa tetapi cuma ingin berkongsi perasaan beliau ketika itu kepada rakan media sosialnya.

Pada masa yang sama, Aliff tampil memohon maaf terhadap isu yang sudah viral itu dan turut menjelaskan maksud disebalik kapsyen yang mendapat perhatian ramai.

Nampaknya Datuk Aliff Syukri pun telah tampil memohon maaf seta menjelaskan perkara sebenar dan dalam masa yang sama mengakui kesilapannya. Harap netizen dapat bertenang la ye..

March 9th, 2017

Datuk Aliff Syukri bukanlah satu nama yang perlu diperkenal lagi kepada rakyat Malaysia, slogan terlajak laris beliau sering menjadi bualan ramai. Umum mengetahui, Aliff sudah menjualkan rumah banglo mewah miliknya yang terletak di Kota Damansara kepada pengasas kosmetik, Nur Sajat dengan nilai RM 11 juta.

Sementara menunggu rumah agamnya yang memakan belanja  RM 20 juta berkonsepkan istana British siap sepenuhnya, Aliff kini menetap di rumah sementaranya yang berkonsepkan ala kampung.

Awal pagi tadi, Aliff ada memuat naik foto rumah ala kampungnya itu di Instagram beserta kapsyen yang mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Dalam kapsyen tersebut, ia menunjukkan Aliff merasa kurang selesa menetap di rumah berkenaan yang mempunyai 8 buah bilik.

Rata-rata netizen yang membaca kapsyen tersebut menganggap Aliff riak kerana tidak bersyukur dengan apa yang beliau ada sekarang. Iyalah, zaman sekarang ramai rakyat yang hidup susah dan ada yang tidak mempunyai tempat berteduh.

Berikut antara komen netizen :-

Kami tidak mahu komen lebih mengenai isu ini. Mungkin, Aliff patut fikir sebelum memuat naik kapsyen tersebut kerana ia mengundang pelbagai kritikan daripada mereka yang membacanya.