Written by Bella | December 12th, 2016

Meskipun baharu dalam dunia hiburan tanah air, nama pelakon Ruhainies agak dikenali, lebih-lebih lagi beliau mempunyai wajah yang agak jelita dan menjadi idaman ramai lelaki diluar sana untuk memilikinya sebagai kekasih hati.

Namun, Ruhainies masih belum terbuka pintu hatinya untuk menerima cinta daripada mana-mana lelaki kerana beliau ingin memberikan fokus kepada kerjayanya dahulu.

Jadual kerja saya juga sangat sibuk hingga Jun tahun depan. Sekarang ini masa untuk diri sendiri pun tidak ada, inikan pula nak bercinta.Ia memang mustahil.

Saya akui memang banyak lelaki yang cuba mendekati dan mahu menjalin hubungan termasuk golongan VIP, tetapi saya menolak dengan baik. Bukan tak mahu, tapi buat masa sekarang saya belum bersedia.

Menurut Ruhainies, beliau tidak memilih ataupun meletakkan sebarang syarat buat mana-mana lelaki. Ruhainies mengidamkan seseorang yang mempunyai sikap hormat kepada orang tuanya dan mampu membimbing beliau.

Saya mempunyai sasaran tersendiri untuk diri sendiri. Kalau saya berjaya mencapainya iaitu membelikan rumah untuk ibu bapa, baru saya boleh fikir untuk berkahwin.

Orang selalu kata saya terlalu memilih, tapi sebenarnya tidak. Saya tidak pernah menetapkan sebarang syarat, cukuplah sekadar lelaki itu menghormati saya, ibu bapa dan boleh membimbing saya ke jalan yang lebih baik. Selebihnya saya berserah kepada jodoh.

Siapa kata orang cantik itu terlalu memilih ? Hehe..Kalau anda ada ciri-ciri lelaki idaman Ruhainies, anda boleh lah cuba nasib untuk memilikinya.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | August 29th, 2016

Nampaknya masih ramai yang belum boleh lupa mengenai kontroversi Ruhainies bersama Dato Red. Setiap apa yang dilakukan oleh Ruhainies pasti ada sahaja pihak yang mengaitkan namanya bersama lelaki berkenaan.

Baru-baru ini Ruhainies ada memuat naik foto seakan sedang memilih barang kemas. Siapa sangka dengan hanya melihat foto tersebut ada dakwaan mengatakan Ruhainies sedang merancang untuk berkahwin dengan Dato Red.

Namun, jelas Ruhainies foto itu dimuat naik olehnya kerana memenuhi undangan bagi pihak tersebut sempena majlis sambutan Hari Kebangsaan.

Gambar yang saya muat naik ketika di kedai Habib Jewels itu kerana saya diundang untuk majlis mereka baru-baru ini dan mereka minta untuk promosikan di laman sosial Instagram saya.

Ia tiada kaitannya dengan Dato Red atau siapa-siapa lelaki pun, bukan saya sahaja, malah ramai artis lain yang turut sertai majlis tersebut.

Ruhainies merasa agak bengang kenapa masih ada lagi pihak yang mengaitkannya dengan Dato Red sedangkan beliau sudah menjelaskan mereka tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Saya tidak tahu kenapa dikaitkan lagi dengan dia (Dato Red), mereka buat cerita ni tak takut dosa ke?

Semua sudah reda dan tiada yang komen negatif, saya tidak mahu lepas ni hangat balik cerita-cerita tidak betul seperti ini.

Sabarlah Ruhainies, bila dihimpit gosip dan kontroversi memang ia mengambil masa untuk orang ramai melupakan hal tersebut. Jangan tertekan, lama-lama nanti isu tersebut akan reda juga. Ini cabaran untuk menjadi artis bukan?

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | August 29th, 2016

Disaat Ruhainies terlibat dengan kontroversi panas bersama Dato Red, tiba-tiba sahaja nama Azrel Ismail menjadi sebutan dan dikatakan mempunyai hubungan istimewa bersama Ruhainies.

Tidak dinafikan mereka berdua agak rapat dan mesra bersama. Ia menjadi persoalan dikalangan peminat, sejauh manakah hubungan mereka berdua?

Namun, menurut Azrel, beliau dan Ruhainies bukanlah pasangan kekasih seperti yang diperkatakan. Mereka berdua cuma sahabat baik.

Mungkin disebabkan jantina kami yang berlawanan membuatkan timbul spekulasi mengatakan wujud perasaan cinta antara satu sama lain. Hakikatnya, saya dan Ruhainies masih di tahap berkawan, bukannya bercinta.

Walaubagaimanapun, Azrel mengakui sifat manja Ruhainies membuatkan beliau  tertarik untuk mengenali Ruhainies dengan lebih rapat lagi.

Azrel juga tidak menolak sekiranya mereka ditakdirkan untuk bercinta satu hari nanti.

Saya selesa berdampingan dengannya dan berkongsi masalah. Walaupun sekadar menjadi pendengar setia, saya berasa lega apabila dapat meluahkan kepadanya.

Dia memang istimewa tetapi Ruhainies bukanlah kekasih saya. Bagaimanapun tidak menolak suatu hari nanti untuk bercinta dengannya kerana saya pun sudah mengenali keluarganya.

Kata orang hubungan cinta itu bermula daripada persahabatan yang terjalin. Kalau dah serasi bersama tidak salah untuk cuba ke fasa yang lebih serius. Dua pelakon baharu sedang hangat bercinta, emm pasti kisah mereka akan mendapat perhatian ramai bukan?

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | August 25th, 2016

Dato Red, tidak semena-mena nama suami Adira ini menjadi hangat sejak beberapa bulan ini apabila foto beliau merangkul pinggang pelakon Ruhainies viral di media sosial.

Sejak daripada gosip berkenaan, ramai netizen yang melabelkan Dato Red sebagai seorang buaya darat yang menggunakan kemewahannya untuk memikat gadis-gadis.

Namun, Dato Red menyangkal dakwaan berkenaan dan mengakui dirinya seorang “playboy” sejak dahulu lagi.

Buat Dato Red, kecaman yang beliau terima dari orang ramai pasti akan ada hikmah untuk dirinya nanti. Dalam erti kata lain, beliau tidak kisah dikritik.

Mungkin orang kata, saya bila kaya, (jadi) playboy. Tidak, saya bawa lori sayur pun saya sudah playboy.

Perempuan bukan semua yang pandang harta. Pandai bercakap, pandai melayan saja. Perempuan ini lemah (apabila) dipuji. Tidak semestinya (lelaki) ada harta.

Saya suka orang kecam saya. Macam hero Hindustan, kalah dahulu tetapi penghujungnya menang. Saya akan ingat siapa kecam saya.Tetapi penghujung nanti mereka sukakan saya. Saya hendak begitu.

Walaupun sudah mempunyai dua orang isteri, Dato Red akui beliau ingin menggenapkan kuota empat isteri dalam tempoh dua tahun lagi. Pada waktu itu beliau akan berusia 40 tahun.

Menurut Dato Red, seorang lelaki itu tidak akan pernah puas dengan apa yang mereka miliki.

Lelaki memang tidak pernah puas. Macam perniagaan, saya tidak puas. Impian saya, saya hendak kahwin empat sebelum umur 40. Saya hendak buat versi baru (pelawak) Salih Yaacob.

Pada masa yang sama Dato Red mendedahkan beliau memang berniat untuk memikat dan memperisterikan Ruhainies, tetapi sejak video mereka berdua tersebar, niatnya itu menjadi terbantut.

Malah, kenyataan beliau tentang ingin mencari wanita muslimah untuk dijadikan isteri hanyalah alasan semata-mata kerana kesian melihat Ruhainies dikecam.

Kenyataan di Berita Harian itu kenyataan yang betul. Kenyataan di Utusan, saya kasihan dengan nasib Ruhainies, orang semua akan kecam dia. Dia baru hendak naik.

Jadi, saya yang bukan dalam bidang itu, biarlah orang kecam saya. Sebab itu, saya alihkan kepada (ciri) muslimah. Jadi saya cuba alihkan isu itu.

Amboi memang berani mati kenyataan Dato Red yang ingin berkahwin lagi, memang tidak risau Datin Red dan Adira terluka. Emm, kalau memang dah mampu hendak cakap apa lagi bukan?

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE