February 1st, 2017

Pertama kali dalam sejarah hidup Abang Nara mendengar perkara seperti ini berlaku. Bak kata orang, there’s always first time for everything. Adakah anda masih ingat tentang Dato’ Boy Iman yang menerima PhDnya pada tahun lepas? Ramai yang mempertikaikan pemberian ijazah tersebut lebih-lebih lagi apabila melihat gambar konvokesyen yang agak pelik dan menimbulkan persoalan. Namun Dato’ Boy Iman ada jawapannya tersendiri.

boy iman

Menurut Boy Iman, ijazah doktor kehormat itu sepatutnya diterima oleh penasihat syarikatnya. Namun oleh kerana sebab-sebab tertentu, dia telah menerimanya bagi pihak penasihat syarikat. Malah Boy Iman telah memulakan pengajian secara jarak jauh (PJJ) sejak 2013 dan membuat kajian untuk tesis serta tugasan lain bagi memenuhi keperluan ijazah tersebut. – Kata Boy Iman:-

“Ijazah diterima sebenarnya ijazah doktor kehormat dalam bidang sosial dan kemanusiaan yang sepatutnya diterima oleh penasihat syarikat saya.

Namun atas alasan tertentu, saya bagi pihak penasihat syarikat diminta menerima anugerah tersebut sebagai tanda penghargaan kepada kolej berkenaan yang berbesar hati menganugerahkan ijazah doktor ‘kehormat’.

Justeru, saya tidak mahu mempertikai kolej yang mempunyai jaringan pendidikan dengan sebuah universiti di Chennai, India itu. Tetapi saya hormat dan menghargai pengiktirafan mereka itu.

boy iman

Secara jujurnya, Abang Nara tak pernah tahu yang kita boleh menerima ijazah kedoktoran bagi pihak lain. Mungkin ada pihak yang lebih arif mengenai hal ini boleh berkongsi pendapat. Mana tahu memang dibenarkan. Apa-apa pun, semoga dengan gelaran ‘doktor’ ini, kehidupan Dato’ Boy Iman akan lebih maju dan terus utuh. Sama-sama kita doakan. Sumber Utusan Malaysia.

December 26th, 2016

Siapa sangka dalam diam pelakon Dato Boy Iman menyambung pelajaran dan kini sudah bergelar Doktor. Berita itu mula menarik perhatian ramai apabila Dato Boy Iman memuat naik foto ketika majlis konvokesyen beliau.

Menurut Dato Boy Iman, beliau pernah gagal dalam pengajian sebelum ini tetapi ia bukanlah penghalang untuk beliu terus berusaha demi masa depan yang lebih baik.

Saya memang sudah sambung belajar sejak 2013. Walaupun pernah gagal tetapi saya mesti usaha dalam apa cara sekalipun untuk habiskan pengajian ini.

Program yang saya ikuti ini pengajian jarak jauh (PJJ), bagi saya ilmu itu penting untuk masa depan. Pada awal mengikuti kursus kedoktoran saya ambil bidang bisnes namun saya tak dapat nak bawa, jadi saya buat keputusan untuk tukar ke bidang sosial dan kemanusiaan. Bidang yang saya ambil ini buat research untuk thesis dan assignment.

Alhamdulillah syukur dengan ada bantuan kefahaman pensyarah saya dapat habiskan pengajian saya. Dalam proses nak habis tu ada jugalah saya mendapatkan bantuan dengan memberikan upah untuk check susunan ayat Bahasa Inggeris.

Tahniah kami ucapkan kepada Dato Dr Boy Iman. Kegagalan  lalu bukanlah penamat kehidupan anda, kekal cekal dan jangan berputus asa untuk terus berjaya.

Sumber Berita : Media Hiburan