March 3rd, 2020

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon cantik putih gebu, Datin Paduka Eina Azman. Meskipun sudah mempunyai dua orang anak, dia tetap kelihatan anggun.

eina azman

Baru-baru ini menerusi akaun Instagram, Eina ada memuat naik video memaparkan susuk tubuhnya yang terkini. Rata-rata netizen memuji dia kelihatan sangat langsing dan menawan seperti anak dara.

Dibandingkan dengan Sajat

eina azman sajat

Disebalik komen pujian yang diterima, ada pula beberapa individu yang membandingkan tubuh badan Eina dengan seorang usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

“Saya perempuan tulen” – Eina Azman

eina azman

Tidak hanya berdiam diri, Eina tampil membalas komen tersebut dan menyatakan dia seorang wanita tulen. Sangat berbeza dengan Sajat yang sehingga hari ini status jantinya masih menjadi teka-teki.

Tubuh Eina itu sangat mantap dan menjadi idaman setiap wanita. Ada ke patut disamakan dengan Sajat, bagaikan langit dengan bumi.

Advertisement
December 16th, 2019

Pelakon Datin Paduka Eina Azman wajar dijadikan idola yang terbaik buat masyarakat, bukan sahaja memiliki rupa paras yang cantik tetapi dia juga seorang yang pemurah.

eina azman

Baru-baru ini, video Eina membantu tiga keluarga yang kurang bernasib baik di Kelantan mendapat perhatian ramai. Dia sangat prihatin dan tidak lokek untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan.

Menerusi video tersebut, Eina kelihatan tidak kekok dan dengan bersahaja duduk di atas lantai sambil beramah mesra dan melayan ahli keluarga terbabit termasuk kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU).

View this post on Instagram

Assalamualaikum semua.. Alhamdullilah haritu Eina, husband @datopadukakaiser dan sahabat dato @bard.hanief dan kak @farasharina berkesempatan untuk melawat dan membantu 3 keluarga susah di Kelantan. Luluh dan sebak hati melihat keadaan mereka 😒 Buat anda yg mahu membantu ringankan beban keluarga-keluarga ini, boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun bank di bawah atau boleh menghubungi talian di bawah. Kepada yang mungkin tidak mampu membantu dari segi kewangan, minta jasa baik anda untuk doa kan mereka ya.. Rumah No 1 0179709194 – Fateha 0301041100020991 – BSN (Che Siti Fatihah bt Jaafar) Kampung Kedai Buloh, Jalan Kuala Besar 15350 Kota Bharu Kelantan Rumah No 2 01124544197 – Umi 0310829000087596 – BSN (Mohd Zain b Abdullah Jaafar) Kampung Kok Keli 1, 16040 Palekbang Tumpat Kelantan Rumah No 3 0199675616 7064541685 – CIMB (Nor Atikah Adila bt Ibrahim) Lot 251 Jalan Masjid Lama Kg Laut 2, Palekbang 16200 Tumpat Kelantan

A post shared by π‘¬π’Šπ’π’‚ π‘¨π’›π’Žπ’‚π’ (@eina_azman) on

Rata-rata netizen memuji tindakan mulia pelakon tersebut dan ramai yang mendoakan semoga Eina sekeluarga dilimpahkan dengan rezeki yang lebih lagi dan dipermudahkan segala urusan.

eina azman bantu orang susaheina azman masuk kampung eina azman bantu orang susaheina azman bantu orang susahKami respek dengan Eina dan semoga apa yang dilakukan olehnya dapat memberikan contoh untuk orang lain di luar sana membantu mereka yang memerlukan. Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain.

Advertisement
December 26th, 2018

Melayari bahtera rumah tangga yang penuh dengan kebahagiaan, Datin Paduka Eina Azman begitu terbuka berkongsi kemesraan dan momen manja bersama suami tercinta, Datuk Paduka Kaiser di akaun Instagramnya.

Namun, baru-baru ini, foto Eina dipangku sambil suami mengucup dahinya menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen. Tidak perlu terlalu menunjuk rasa bahagianya itu.

Tidak hanya berdiam diri, beliau tampil membidas kritikan netizen. Buat Eina, tindakan beliau itu tidak harus dijadikan satu isu besar memandangkan akaun Instagram itu adalah miliknya dan beliau berhak untuk memuat naik apa sahaja.

Malah, foto tersebut adalah bersama suaminya yang sah dan bukannya beliau merampas suami orang lain. Kalau ada sesiapa yang tidak puas hati, boleh sahaja β€˜unfollow’ akaun Instagramnya.

Sesetengah pengikutnya berpendapat mereka yang mengkritik itu sebenarnya cemburu melihat kemesraan, cinta serta kasih sayang Eina bersama suami.

Rasanya tidak salah pun untuk Eina merakam saat indah bersama suaminya, sudah halal, apa salahnya kan? Doakan sahaja mereka kekal bahagia sehingga ke jannah.

Sumber Berita : Media Hiburan

Advertisement
December 23rd, 2015

Tidak pernah memberikan sebarang kenyataan yang beliau telah pun hamil anak pertama, baby bump Datin Paduka Eina Azman semakin terserlah apabila kandungan beliau kini sudah memasuki bulan yang keenam.

Ramai juga yang memuji Eina tampak sungguh berseri dan bertenaga meskipun sedang sarat mengandung. Malah, beliau dan suami Dato Paduka Kaiser Gurmeet sempat meluangkan masa bersama-sama dengan bercuti ke London dan Paris baru-baru ini.

Kami pasti sudah ramai yang tidak sabar untuk melihat wajah bayi Eina. Apa-apa pun kami berharap segala proses kelahiran nanti berjalan dengan lancar.

Jom layan beberapa lagi foto baby bump Eina Azman dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Advertisement