June 7th, 2020

Dalam banyak-banyak pasangan selebriti di Malaysia ini, antara hubungan suami isteri yang sering menjadi perhatian ramai ialah di antara pelakon Sari Yanti dan pelawak Jep Sepahtu.

Bukan sahaja kekal romantik walaupun sudah lebih 3 tahun berkahwin, malahan kehidupan suami isteri ini yang kelihatan sempurna seperti yang dapat dilihat daripada laman media sosial masing-masing membuatkan ramai yang cemburu.

Setelah lama menanti, Sari Yanti dikhabarkan telah pun selamat melahirkan anak keduanya bersama Jep kelmarin (6 Jun). Perkongsian itu dilakukan sendiri oleh pelawak itu menerusi laman Instagramnya.

Semakin meriah nampaknya keluarga selebriti ini selepas mereka kini memiliki anak lelaki selepas melahirkan anak perempuan bernama Dariya Inara pada 25 April 2018.

Meskipun ini adalah anak kedua kepada Jep tetapi kelahiran terbaru menandakan bahawa wanita ini sudah mempunyai 4 orang anak. Hasil perkahwinan sebelum ini, Sari Yanti dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al-Aliy (10) dan Baasit Al-Haq (9).

sari yanti bersalin

Semoga Sari Yanti melalui proses pantang dengan lancar. Tahniah sekali lagi!

May 2nd, 2018

Genap seminggu menimang cahaya mata sulung mereka, pelawak Jep Sepahtu dan isteri tercinta, Sari Yanti mendedahkan wajah serta nama anak perempuan mereka.

Menerusi akaun Instagram Jep, beliau memuat naik foto comel bayinya, Dariya Inara yang sedang tersenyum manis.

Rata-rata peminat memuji kecomelan serta mendoakan agar Dariya Inara membesar dengan sihat dan menjadi seorang anak yang solehah.

Sekali lagi tahniah kami ucapkan kepada Jep dan Sari Yanti. Semoga kebahagiaan keluarga mereka bertambah dengan kehadiran orang baru. Memang comel betul anak mereka berdua.