April 1st, 2015

Fynn Jamal adalah nama yang menjadi topik hangat dalam minggu ini dek kerana beberapa peminat tidak setuju dengan kenyataan Damian VE yang berpendapat Fynn tidak boleh menyanyi meskipun beliau seorang penulis yang baik.

Selepas kenyataan itu keluar,  haters Fynn turut menggunakan peluang tersebut untuk mengkritik cara beliau menyanyi termasuklah juga dari segi kehidupan peribadinya. Walaubagaimanapun, penyanyi tersebut tidak cepat melatah dan tidak ingin memberikan sebarang komen mengenai isu tersebut.

Terbaru, Fynn telah  memberitahu bahawa beliau akan berangkat untuk mengerjakan ibadah Umrah pada hari ini. Dikesempatan tersebut, beliau ingin memohon maaf kepada semua pihak juga telah memaafkan segala salah silap orang lain terhadap dirinya serta keluarga.

Mengambil kesempatan ini, izinkanlah saya memanjangkan salam pada semua dari kami sekeluarga. minta halal semua salah dan silap. Andai ada hutang piutang yang tidak kami sedar, lekas2lah diingatkan kepada kami. insyaAllah dalam beberapa jam ini, sempat lagi kami langsaikan. segala salah silap ke atas kami, telah kami lepaskan. kalau2 ada di bahagian kami yang masih belum sudi dimaafkan, di bila2 masa satu hari nanti, redhakanlah agar semua kita aman bila dicabut nyawa nanti.

Cita2 dunia saya adalah disolatjenazahkan di kaabah. kalaulah diizinkan yang kuasa, ketahuilah saya cukup bahagia dengan kesempatan nyawa yang dibagi, dan betapa saya berterimakasih kepada setiap kalian– yang buruk dan yang baik– kerana tidak mungkin ada satu2 kejadian itu terjadi tanpa izin ar-rahmaan. Saya manusia biasa, penuh cela, penuh dosa. apa2 dari saya, tapislah ambil yang elok dan tangguklah buang yang buruk.

 

Meskipun ada salah silap Fynn Jamal yang mungkin buat kita rasa menyampah dan sebagainya, doakan sahaja beliau selamat pergi dan selamat pulang daripada mengerjakan ibadah Umrah.

Sumber Berita&Foto: Instagram Fynn Jamal

 

March 30th, 2015

Fynn Jamal, siapa yang tidak kenal dengan penyanyi Indie yang kini semakin popular dan sudah semestinya mempunyai jumlah peminat tergar yang cukup ramai.

Baru sahaja mencipta nama menerusi beberapa buah lagu hasil kerjasama bersama AG Coco beberapa kontroversi mula menimpa dirinya.

Terbaru, Damian VE telah menyatakan pendapatnya yang jujur di laman sosial Twitter dimana pada pandangan beliau Fynn tidak sesuai untuk  menyanyi dan meminta agar platun lagu Arjuna Beta itu untuk berhenti daripada bidang nyanyian.

Tentu sekali pendapat beliau itu kurang senang didengari oleh peminat Fynn. Namun, Damian tidak cepat melatah dan menjawab segala kritikan dengan tenang.

Saya mungkin tak bersependapat, tapi saya tetap support usaha kalian. Support bukan mengampu je memanjang. Support kena jujur demi kemajuan.

Damian VE sememangnya terkenal dengan vokal mantapnya semasa bersama kumpulan VE dahulu, pengalaman beliau sebagai penyanyi dan guru vokal kami rasa beliau layak untuk menyuarakan pendapat beliau. Lagipun, sebelum ini ada juga pihak yang telah menegur cara nyanyian Fynn Jamal disebuah festival tetapi seperti biasa peminatnya akan support habis-habisan.