December 24th, 2018

Nama Rhys William dan Mat Dan sememangnya cukup popular di kalangan rakyat Malaysia.

Mereka berdua adalah  “Mat Salleh” yang sangat fasih berbahasa Melayu dan telah mencuri hati jutaan rakyat Malaysia dengan keletah comel mereka. Namun tahukah anda kini ada seorang lagi “Mat Salleh” yang semakin meningkat ke’famous’annya saban hari.  “Mat Salleh” tersebut tak lain tak bukan ialah Mark O’dea.

hensem, tough dan kelakar, memang Mark mempunyai pakej yang lengkap

Berasal dari London, UK, Mark O’dea sudah pun menetap di Malaysia sejak tahun 2013. Kefasihannya bercakap Bahasa Melayu dengan pelat “Mat Salleh”, pandai membuat lawak jenaka serta tidak kekok untuk berinteraksi dengan orang tempatan menjadikan Mark disenangi ramai.

Video-videonya pula mendapat ribuan tontonan setiap kali dimuatnaik ke YouTube dan Facebook. Salah satu videonya yang telah viral ialah tentang Costa Coffee,  jenama kopi UK yang terkenal seantero dunia.

Menjelang musim cuti yang bakal tiba hujung bulan ini, sudah tentu Mark O’dea merindui suasana sambutan perayaan tersebut di UK. Itulah asam garam hidup di perantauan. Akan tetapi, kerinduan Mark sedikit sebanyak terubat kerana dapat menikmati kesegaran dan kelazatan kopi jenama UK iaitu Costa Coffee boleh diperolehi di kebanyakan stesen minyak Shell seluruh Malaysia sejak tahun 2017.

Anda boleh menikmati tiga minuman yang berbeza iaitu Luxury Hazelnut Hot Mocha, Luxury Hazelnut Hot Chocolate dan bagi yang gemar minuman sejuk, anda boleh dapatkan Luxury Hazelnut Iced Mocha.

Semua minuman ini bukan sahaja hanya ada di stesen minyak Shell yang terpilih, malah mesin layan diri Costa Coffee ini juga terdapat di stesen LRT, Menara Celcom, MidValley dan Bangsar South (klik di sini untuk senarai penuh lokasi). Tapi anda kena cepat kerana 3 minuman akan berada di pasaran sehingga 6 Januari 2019, jadi minumlah puas-puas.

Menariknya mengenai mesin kopi layan diri Costa Coffee ini, ianya menawarkan lebih 200 pilihan kopi yang diperbuat dari biji kopi dan susu segar sama seperti yang terdapat di Costa Coffee di serata dunia. Buatan Pinifarina (juga pereka kereta Ferrari), Emixpro dan Intel, ianya juga membolehkan pembelian dilakukan dengan mudah dan pantas!

Jadi tunggu apa lagi? Sekiranya anda belum pernah menikmati keenakan kopi Costa Coffee, inilah masa terbaik untuk anda mencubanya. Pasti anda akan terus jatuh cinta dengan jenama kopi nombor 1 di UK ini. Maklumat lanjut layari Facebook & Instagram Costa Coffee Malaysia.

Advertisement