Nama Rhys William dan Mat Dan sememangnya cukup popular di kalangan rakyat Malaysia.
Mereka berdua adalah “Mat Salleh” yang sangat fasih berbahasa Melayu dan telah mencuri hati jutaan rakyat Malaysia dengan keletah comel mereka. Namun tahukah anda kini ada seorang lagi “Mat Salleh” yang semakin meningkat ke’famous’annya saban hari. “Mat Salleh” tersebut tak lain tak bukan ialah Mark O’dea.

hensem, tough dan kelakar, memang Mark mempunyai pakej yang lengkap
Berasal dari London, UK, Mark O’dea sudah pun menetap di Malaysia sejak tahun 2013. Kefasihannya bercakap Bahasa Melayu dengan pelat “Mat Salleh”, pandai membuat lawak jenaka serta tidak kekok untuk berinteraksi dengan orang tempatan menjadikan Mark disenangi ramai.
Menjelang musim cuti yang bakal tiba hujung bulan ini, sudah tentu Mark O’dea merindui suasana sambutan perayaan tersebut di UK. Itulah asam garam hidup di perantauan. Akan tetapi, kerinduan Mark sedikit sebanyak terubat kerana dapat menikmati kesegaran dan kelazatan kopi jenama UK iaitu Costa Coffee boleh diperolehi di kebanyakan stesen minyak Shell seluruh Malaysia sejak tahun 2017.
Anda boleh menikmati tiga minuman yang berbeza iaitu Luxury Hazelnut Hot Mocha, Luxury Hazelnut Hot Chocolate dan bagi yang gemar minuman sejuk, anda boleh dapatkan Luxury Hazelnut Iced Mocha.
Semua minuman ini bukan sahaja hanya ada di stesen minyak Shell yang terpilih, malah mesin layan diri Costa Coffee ini juga terdapat di stesen LRT, Menara Celcom, MidValley dan Bangsar South (klik di sini untuk senarai penuh lokasi). Tapi anda kena cepat kerana 3 minuman akan berada di pasaran sehingga 6 Januari 2019, jadi minumlah puas-puas.
Jadi tunggu apa lagi? Sekiranya anda belum pernah menikmati keenakan kopi Costa Coffee, inilah masa terbaik untuk anda mencubanya. Pasti anda akan terus jatuh cinta dengan jenama kopi nombor 1 di UK ini. Maklumat lanjut layari Facebook & Instagram Costa Coffee Malaysia.

Joyah
January 4, 2019 at 3:46 pm
neng yatimah pun berasal dari german,tp apasal x tersenarai???
Cerdik
January 3, 2019 at 10:52 am
Mat bangla dan nepal dah ramai boleh cakap melayu. Kesian org2 Malaysia masih dijajah…kasihannnnn
Hakim
December 28, 2018 at 4:16 pm
Oh Bella, do you even know how to write an article? The title is purely clickbait, and congratulations you have made content writing into something so dull. Don’t make me start on SEO-friendlly article aspect. *facepalm.
Anonymous
December 24, 2018 at 11:33 pm
BN ni makin boring.. tutup je lah website ni.
Anonymous
December 25, 2018 at 3:45 pm
Sbb ko dh singkirkan ramai org
Biasa2
December 24, 2018 at 11:22 pm
Nara promote la Ady ex Ukays. Suara dia sedap padu tp tak de yg nak popularkan dia. Jom ramai2 support lagu i love you i miss you. Dia baru jd penyanyi mestila kekok dlm industri muzik.