June 18th, 2012

Cuaca di Malaysia yang panas sentiasa menyebabkan Abang Nara seorang penggemar aiskrim. Di kala matahari membahang di atas kepala, Abang Nara akan pergi ke kedai mamak berhampiran untuk mendapatkan aiskrim Cornetto feveret.

uda dan dara

Abang Nara dapat rasakan kesejukan yang menular ke dalam badan apabila perlahan-perlahan menggigit aiskrim Cornetto di atas. Fuh ~~ Kelazatannya memang sangat awesome. Kadang-kadang Abang Nara suka beli aiskrim Cornetto mini dan simpan dalam peti ais buat stok untuk boleh dimakan bila-bila masa. Hehehe ~~

uda dan dara

Di satu Rabu malam yang teramat membahang, Abang Nara sedang asyik mengunyah aiskrim Cornetto mini sambil menukar-nukar channel Astro. Daripada channel movie sampailah ke sukan, tak ada yang menarik untuk ditonton. Abang Nara pun tekanlah channel 104 (Astro Ria) dengan berharap ada saluran ulangan Mania. Rupa-rupanya ada rancangan Cornetto Uda&Dara sedang ditayangkan.

uda dan dara

Terasa macam jodoh pulak tengah makan aiskrim Cornetto sambil tengok rancangan Cornetto Uda&Dara. Mula-mula Abang Nara agak skeptical kerana terlalu banyak rancangan realiti Malaysia yang lebih kurang sama, namun Abang Nara tersilap. Rancangan Cornetto Uda&Dara memang sangat kelakar terutamanya si Haniff dan Ray Era. Abang Nara memang all the way sentiasa tergelak je.

uda dan dara

Disebabkan Abang Nara terasa kebestan rancangan Cornetto Uda&Dara ini, terus Abang Nara dengan pantasnya mencari info yang berkaitan. Episod yang Abang Nara tertengok itu ialah episode audition so Abang Nara ingat ini program realiti nak cari pelakon atau penyanyi baru, rupa-rupanya tidak sama sekali. Cornetto Uda&Dara mencari sesuatu yang lain di dalam diri seluruh Uda dan Dara di Malaysia.

uda dan dara

Menarik kan? Asyik-asyik nak cari juara nyanyian ngan juara lakonan je confirmlah penonton pun bosan. Cornetto Uda&Dara ini nak bantu 12 orang peserta untuk mencari potensi diri mereka yang sebenar. Ini baru unik. Setiap orang ada bakat masing-masing dan dengan program ini, mereka boleh mengasah bakat mereka. Abang Nara dah bagitau wife yang Abang Nara dah book TV untuk tengok program Cornetto Uda&Dara nie.

uda dan dara

Untuk maklumat lanjut seperti video episod-episod sebelum ini, pertandingan secara online dan senarai peserta, sila layari Facebook Cornetto Uda&Dara.

February 23rd, 2011

stacy akim

Mesra semacam je Abang Nara tengok si Akim dengan Stacy ini. Siap main suap-suap aiskrim Cornetto lagi. Dengar khabar-khabar angin bahawa diorang berdua ini bercinta. Benar atau tidak, hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Tapi kalau betul, memang sangat sweet kedua-duanya. Comel dan memang sangat padan sesama sendiri.

stacy akim

Apa pun Abang Nara nak ucapkan tahniah kepada Akim dan Stacy yang dilantik menjadi Duta Walls Cornetto baru. Sesuai sangat dengan tema “Lafazkannya dengan stail Cornetto”. Dan yang terbaru, Cornetto dah ada perisa baru yang diberi nama Cornetto Royale Mixed Berry. Nampak macam sedap dan lazat pulak namanya.

stacy akim

Kalau korang nak menggunakana artis seperti Stacy, Akim, Ana Rafali, Shila dan Tomok untuk meluahkan perasaan anda kepada si dia yang tersayang, belilah aiskrim Cornetto dan gunakan mata terkumpul daripada penutup aiskrim Cornetto untuk membida artis kegemaran anda. More info boleh klik sini.

stacy akim

Apa pendapat korang kalau betul Akim dan Stacy bercinta? Ok ke Ko?