June 18th, 2012

Cuaca di Malaysia yang panas sentiasa menyebabkan Abang Nara seorang penggemar aiskrim. Di kala matahari membahang di atas kepala, Abang Nara akan pergi ke kedai mamak berhampiran untuk mendapatkan aiskrim Cornetto feveret.

uda dan dara

Abang Nara dapat rasakan kesejukan yang menular ke dalam badan apabila perlahan-perlahan menggigit aiskrim Cornetto di atas. Fuh ~~ Kelazatannya memang sangat awesome. Kadang-kadang Abang Nara suka beli aiskrim Cornetto mini dan simpan dalam peti ais buat stok untuk boleh dimakan bila-bila masa. Hehehe ~~

uda dan dara

Di satu Rabu malam yang teramat membahang, Abang Nara sedang asyik mengunyah aiskrim Cornetto mini sambil menukar-nukar channel Astro. Daripada channel movie sampailah ke sukan, tak ada yang menarik untuk ditonton. Abang Nara pun tekanlah channel 104 (Astro Ria) dengan berharap ada saluran ulangan Mania. Rupa-rupanya ada rancangan Cornetto Uda&Dara sedang ditayangkan.

uda dan dara

Terasa macam jodoh pulak tengah makan aiskrim Cornetto sambil tengok rancangan Cornetto Uda&Dara. Mula-mula Abang Nara agak skeptical kerana terlalu banyak rancangan realiti Malaysia yang lebih kurang sama, namun Abang Nara tersilap. Rancangan Cornetto Uda&Dara memang sangat kelakar terutamanya si Haniff dan Ray Era. Abang Nara memang all the way sentiasa tergelak je.

uda dan dara

Disebabkan Abang Nara terasa kebestan rancangan Cornetto Uda&Dara ini, terus Abang Nara dengan pantasnya mencari info yang berkaitan. Episod yang Abang Nara tertengok itu ialah episode audition so Abang Nara ingat ini program realiti nak cari pelakon atau penyanyi baru, rupa-rupanya tidak sama sekali. Cornetto Uda&Dara mencari sesuatu yang lain di dalam diri seluruh Uda dan Dara di Malaysia.

uda dan dara

Menarik kan? Asyik-asyik nak cari juara nyanyian ngan juara lakonan je confirmlah penonton pun bosan. Cornetto Uda&Dara ini nak bantu 12 orang peserta untuk mencari potensi diri mereka yang sebenar. Ini baru unik. Setiap orang ada bakat masing-masing dan dengan program ini, mereka boleh mengasah bakat mereka. Abang Nara dah bagitau wife yang Abang Nara dah book TV untuk tengok program Cornetto Uda&Dara nie.

uda dan dara

Untuk maklumat lanjut seperti video episod-episod sebelum ini, pertandingan secara online dan senarai peserta, sila layari Facebook Cornetto Uda&Dara.


50 responses to “Makan Cornetto Sambil Menonton Uda&Dara”

  1. BENCI UDA DAN DARA says:

    RANCANGAN NI MEMANG TAK BERFAEDAH LANGSUNG!!!!!!..BENCIII TGOK…DENGAN PEREMPUAN YG TERHEGEH HEGEH..GEDIKKKK.!!! PAKAIAN TAK SENONOH!! MUKA STOCK STOCK BASI DAH….ADOIIII….TOLONG LA HENTIKAN RANCANGAN NIH……..MEROSAKKAN REMAJA JA..

  2. geli tgk rancangan Uda & Dara ni. tergedik sana sini. laki perempuan sama naik jeee. yg bertudung pon harap ko sorg jelah dlm rancangan tu. memang lawa pon dari yg others sbb ko sorg je bertudung. tapi tudung tu tutup la bg elok2 skit. nk berfesyen pon beringat la skit. bertudung bukan sekadar tutup rambut saja. tapi cover leher, dada sama.

  3. nyah says:

    kalo dpt es krim time tgh hari yg panas memang satu bakul aku habiskan yummyyyy

  4. benci rancangan hiburan astro says:

    xde faedah langsung rancangan nie…tah amende motif pon aku xtahulah..ni sume penangan nak niru budaya omputih kafir laknatullah la ni…..org melayu xda modal sgt nk wat rancangan..sikit2 nk cedok dr belah sana..banyak yg membuang masa n duit n xberfaedah langsung

Loading...