November 5th, 2016

Dikecam netizen gara-gara isu cukai tertunggak, pelakon Rozita Che Wan sekali lagi menegaskan beliau tidak pernah lari daripada membayar cukai pendapatan selepas aktif dalam bidang perniagaan.

Menurut Che Ta, beliau sebelum ini sudah melangsaikan cukai sebanyak RM 1 juta.

Sebelum ini, saya sudah membayar separuh daripada tunggakan cukai pendapatan. Dan sekarang saya sedang berusaha untuk melangsaikan sebahagian bakinya. Jadi, ini bermakna saya bukan lari atau tidak bayar langsung. Setiap tahun saya bayar cukai kepada LHDN.

Cuma jumlah tunggakan cukai itu terlalu tinggi dan semestinya saya memerlukan sedikit masa untuk membayar semua tunggakan itu. Saya sudah bayar separuh daripada cukai pendapatan yang mencecah hampir RM1 juta itu.

Mengakui merasa ralat kerana tidak dapat menyambut hari jadi Aaisyah Dhia Rana yang ke 2 di London, Che Ta bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung kerana sudah melakukan pelbagai persiapan untuk majlis berkenaan.

Setiap bulan saya ke luar negara, jadi bila disekat ini rasa ralat lah. Kena perlahan-lahan bayar sampai habis. Kalau tidak sangkutlah semua percutian saya.

Tidak apa Che Ta, anggap sahaja selepas ini mungkin ada rezeki yang lebih besar buat anda sekeluarga. Ini juga memberi peringatan untuk semua agar mencari maklumat jika anda boleh ke luar negara ataupun tidak sebelum melakukan sebarang rencana.

Sumber Berita : Utusan Online

Advertisement
November 3rd, 2016

Sering tampil dengan cara hidup yang mewah, ada netizen yang bertindak untuk mengecam pelakon Rozita Che Wan apabila berita beliau mempunyai cukai tertunggak baru-baru ini tersebar di Internet.

Tidak dapat lagi menahan amarahnya, Che Ta dikatakan mengamuk selepas seorang individu memberikan komen berbaur sindiran dan provokasi melalui laman Instagram milik Che Ta.

Berikut adalah komen yang mencetuskan api kemarahan Che Ta :-

Peminat-peminat tegar Che Ta telah tampil mempertahankan beliau dan meminta agar Che Ta bersabar dengan mereka yang sering berpandangan negatif dan mahu memperbesarkan isu tersebut.

Kali ini kami bersetuju dengan beberapa komen netizen yang menganggap isu seperti ini tidak perlu dipanjangkan lagi. Hal cukai ini bukannya mudah dan kalau anda sendiri tidak merasa “peritnya” anda tidak boleh mengkritik orang lain. Mungkin ada yang tidak suka dengan cara kehidupan Che Ta sehingga melabel beliau terlalu menunjuk tetapi janganlah kita keji pula seseorang itu bila dilanda masalah. Bak kata pepatah, hari ini hari dia, esok hari kita siapa yang tahu?

Advertisement