December 20th, 2012

Selain daripada Neelofa, Nora Danish turut memilih Dubai sebagai destinasi percutian hujung tahunnya. Selain daripada ibu dan anaknya, Nora Danish turut ditemani oleh keluarga mertuanya iaitu ibu dan ayah Jejai. Memang seronok tengok gelagat mereka.

nora dan jejai

Dalam banyak gambar yang dikongsikan, Abang Nara paling suka melihat keterujaan Nora Danish dan anaknya, Rayqal beratur memasuki Ferrari World. Bila anak Abang Nara besar nanti, confirm akan Abang Nara bawak dia ke sini jugak. Mana tahu ada bakat untuk jadi pemandu F1 suatu hari nanti.

nora dan jejai

Ketika entri ini ditulis, Nora Danish masih lagi berada di Dubai. Teruskan enjoy dengan percutian anda. Semoga selamat kembali ke Malaysia kelak. 18 lagi gambar percutian Nora Danish di Dubai dengan membaca entri ini sepenuhnya.

nora dan jejai
nora dan jejai
nora dan jejai
nora dan jejai
nora dan jejai
nora dan jejai
nora dan jejai
nora dan jejai
nora dan jejai
nora dan jejai
nora dan jejai
nora dan jejai
nora dan jejai
nora dan jejai
nora dan jejai
nora dan jejai
nora dan jejai
nora dan jejai

June 4th, 2012

Sudah agak lama rasanya tersebar gambar yang kononnya milik Nora Danish sedang mabuk di sebuah kelab sehingga menampakkan seluar dalamnya. Namun sehingga hari ini, Nora Danish tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, sama ada mengiyakan atau menafikan wanita di dalam gambar itu adalah dirinya.

gambar nora danish

Dan semalam, menerusi BiPop, Nora Danish mengeluarkan beberapa persoalan tentang kesahihan gambar tersebut. Sekali baca, memang ada betul juga kata Nora Danish seperti di bawah:-

Saya nak tanya, adakah gambar yang tersebar di internet itu ada menunjukkan botol arak berselerak? Adakah gambar tersebut menunjukkan gadis berkenaan berada dalam keadaan mabuk, tak ada! Gambar itu juga tidak menunjukkan sebarang tarikh, kononnya dilakukan sekembalinya saya dari umrah. Kebenarannya memang tak ada langsung. Lepas itu kata nampak seluar dalam, kemudian dikaburkan. Saya malas nak komen, lagipun pengurusan MIG Productions, bos saya, David Teo tidak membenarkan saya membuat sebarang ulasan berhubung gambar berkenaan. Cerita di dalam blog itu pun tidak menyebut sebarang nama, lainlah kalau ada nama saya, pasti saya ambil tindakan.

Abang Nara dah tengok gambar tersebut dan segala persoalan yang dikeluarkan oleh Nora Danish di atas memang ada kebenarannya. Memang tak ada gambar botol arak, atau tarikh pada gambar tersebut. Malah gambar tersebut memang samar-samar dan sukar untuk membuat pengesahan siapakah gadis di dalam gambar tersebut. Kata Nora Danish lagi:-

Sekiranya benar itu gambar saya, ramai peminat yang bertanya, apa bukti yang mengatakan saya mabu, mana tarikh yang dikatakan insiden itu berlaku selepas saya balik umrah? Sekembalinya saya daripada umrah, saya tidak terbabit dengan sebarang penggambaran, saya hanya bercuti dengan anak, jadi benda ni memang tak logik.

Dan Nora Danish enggan memberi sebarang pengesahan sama ada gadis di dalam gambar itu adalah dirinya atau pun tidak. Abang Nara itu satu tindakan yang patut dibuat oleh Nora Danish. Lebih baik tumpukan perhatian kepada kerjaya daripada menghabiskan masa melayan cerita sebegini. Tak gitu?

November 5th, 2009

nora danish

Ish, ish dan ish sekali lagi. Bagus dan baik betul si Nora Danish nie. Beruntung betul sapa yang dapat menjadi suami Nora Danish yang pemaaf nie. Genap setahun dia bercerai dengan Jejai, Nora Danish menjelaskan yang dia dah memaafkan Fasha Sandha secara perlahan-lahan. Memaafkan tapi belum mampu lagi untuk melupakan. Cuba baca skit apa Kak Nora Danish kita cakap:-

[note]Pasal isu sudah maafkan Fasha, memang saya dah maafkan dia secara perlahan-lahan tetapi sukar untuk saya lupakan apa yang dia sudah lakukan sebelum ini. Walaupun saya dah bercerai setahun lalu, tapi ‘sakit’ tu masih ada dan tidak mudah untuk dilupakan. [/note]

Walaupun Fasha taknak mengaku dia yang menjadi punca penceraian Nora Danish dan Rizal, tapi dari ayat Kak Nora kita kat atas tue, bolehla kot kita anggap memang Fasha yang jadi puncanya. Tapi apa-apapun, kami tabik kat Nora Danish sebab mampu memaafkan si Fasha Sandha. Bukan senang nak memaafkan orang lain. Lebih-lebih lagi kalau orang itu terlibat dalam menjatuhkan rumah tangga kita sendiri.

Tahniah dan semoga lebih tabah menghadapi masa-masa akan datang. Dan semoga cepat bertemu jodoh di masa hadapan. Mesti ramai yang dah “cucuk” line tapi tak dilayan oleh Kak Nora kita.