January 9th, 2020

Meskipun sehingga hari ini kontroversi perkahwinan mereka masih lagi hangat diperkatakan dan menerima pelbagai kecaman, Da’i Farhan dan isterinya, Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Dr. Erin tetapi menikmati fasa bulan madu mereka dengan tenang, tidak ambil pusing dengan apa pun yang dikatakan oleh orang ramai.

isteri da'i farhan ucap tahniah bekas maduMenerusi perkongsian di Instagram, wanita itu meluahkan rasa syukur dengan kehadiran suami tercinta dalam hidupnya.

Malah, dia pasti akan merasa sebak sehingga menitiskan air mata setiap kali mendengar ceramah agama  yang disampaikan oleh Farhan, setiap kata-kata suaminya itu menusuk kalbu.

berlinang air mata, air hidung dengar ceramah da'i farhanPada masa yang sama, Dr Erin sempat berkongsi sedikit nukilan mutiara kata yang begitu mendalam maksudnya. Dia berkata apabila seseorang itu menuntut ilmu dunia, ia membuatkan diri menjadi riak tetapi apabila menuntut ilmu akhirat, ia akan membuatkan kita rasa sangat hina dan akan lebih mensyukuri dengan segala nikmat yang diberikan.

June 19th, 2015

Berbuka puasa sambil menikmati keindahan kota Kuala Lumpur dalam remang senja telah menarik kehadiran pengunjung tempatan dan antarabangsa sejak ia dilaksanakan dari tahun 2012 – 2014 menerusi program Festival Ramadan.

Seramai 500 ribu orang melibatkan diri dalam program itu yang terdiri dari pengunjung tempatan dan pengunjung antarabangsa dari negara Timur Tengah, Korea, Kanada, Amerika, Australia dan Negara Asean.


 photo IMG_8516.jpg

Pada tahun ini, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara memberi penjenamaan baru kepada Festival Ramadan dan mengkhususkan aktiviti yang berlangsung di Jalan Raja Dataran Merdeka dengan nama baru iaitu [email protected] 2015.

Ia bertujuan menjadikan bulan Ramadan sebagai satu bulan di mana kegiatan kerohanian dan kesenian Islam dapat disemarakkan kepada masyarakat khususnya generasi muda serta memupuk nilai-nilai murni melalui penganjuran aktiviti.


 photo 11393437_1057666757578062_4810847990819073535_o.jpg
Selain itu, ia bertujuan untuk mengimarahkan dan memakmurkan bulan Ramadan sebagai  bulan ibadah dan keprihatinan sesama insan melalui amalan-amalan kebajikan di samping mengeratkan hubungan silaturahim masyarakat pelbagai kaum.

Ia berlangsung di bulan Ramadan pada tarikh 20, 21, 27, 28 Jun & 4, 5, 11, 12 Julai 2015 (Setiap Sabtu dan Ahad) di Jalan Raja, Kuala Lumpur (berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad). 

Kelainan pengisian IFTAR @ Kuala Lumpur pada tahun ini , sebanyak sebelas komponen pengisian aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta pelbagai agensi iaitu Sekretariat Tahun Melawat Malaysia, Tourism Malaysia, Islamic Tourism Centre (ITC), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Warisan Negara dan Masjid Jamek Kampong Bharu. 


 photo 11202880_1057667667577971_5476247451164440895_o.jpg

Aktiviti [email protected] ialah penyediaan dan agihan bubur lambuk, pameran pelancongan, pertandingan dan persembahan nasyid, tazkirah Ramadan, tadarus Al-Quran, majlis berbuka puasa diikuti solat maghrib berjemaah, soal jawab agama, solat Isyak dan terawih berjemaah, dikir zikir / ceramah / malam kesenian islam serta moreh

Program [email protected] 2015 telah mendapat kerjasama padu dari syarikat koporat yang ingin turut serta iaitu Takaful Ikhlas, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Nescafe (Nestle), Julie’s, Adabi, Chriszen, Yeo’s, Al-Meswak Mu’min dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan.

Melalui [email protected] 2015, bulan Ramadan dijadikan sebagai satu bulan di mana kegiatan kerohanian dan kesenian islam dapat disemarakkan kepada masyarakat khususnya generasi muda dalam memupuk nilai-nilai murni.

Lihat jadual penuh pengisian [email protected] 2015 dengan membaca entri ini sepenuhnya (Klik jadual untuk zoom-in).

Ramadan hampir tiba. Jom bersama-sama JKKN dalam mengimarahkan bulan yang mulia ini melalui program Iftar@KL (dahulu dikenali sebagai program Jom Buka Puasa di bawah Festival Ramadan). Rasai pengalaman berbuka puasa di atas jalan raya bersama-sama pelbagai lapisan masyarakat Malaysia dan juga pelancong dari luar negara.TARIKH : 20, 21, 27 & 28 Jun, 4, 5, 11 & 12 Julai 2015TEMPAT : Jalan Raja, Kuala Lumpur (berhampiran Dataran Merdeka)MASA : 6.00 petang – 10.00 malamSelain daripada berbuka puasa, terdapat juga acara lain seperti berikut:1) PENYEDIAAN DAN AGIHAN BUBUR LAMBUK20, 21, 27, 28 Jun & 4, 5, 11, 12 Julai 2015(9.00 Pagi – 6.00 Petang)2) PAMERAN PELANCONGAN MASJID, IFTAR DAN BUBUR LAMBUK20, 21, 27, 28 Jun & 4, 5, 11, 12 Julai 2015(10.00 Pagi – 6.30 Petang)3) PERTANDINGAN NASYIDPeringkat Saringan 21 Jun 2015 (10.00 Pagi – 4.00 Petang)Peringkat Separuh Akhir28 Jun 2015 (10.00 Pagi – 4.00 Petang)Peringkat Akhir5 Julai 2015 (10.00 Pagi – 4.00 Petang)4) PERSEMBAHAN NASYID RAMADANKumpulan Rabbani 20 Jun 2015 (5.30 Petang)Kumpulan Saujana21 Jun 2015 (5.30 Petang)Kumpulan Raihan27 Jun 2015 (5.30 Petang)Yasin dan Kumpulan Brothers28 Jun 2015 (5.30 Petang)Kumpulan Far East4 Julai 2015 (5.30 Petang)Kumpulan Du’a dan Ustaz Amal5 Julai 2015 (5.30 Petang)Kumpulan Nowseeheart11 Julai 2015 (5.30 Petang)5) TAZKIRAH RAMADAN20, 21, 27, 28 Jun & 4, 5, 11, 12 Julai 2015(6.30 Petang)6) TADARUS AL-QURAN(MAAHAD TAHFIZ DAN PELAJAR SEKOLAH)20, 21, 27, 28 Jun & 4, 5, 11, 12 Julai 2015(7.00 Malam)7) WAKTU DAN MAJLIS BERBUKA PUASA / SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH20 Jun 2015 (7.27 Malam)21 Jun 2015 (7.27 Malam)27 Jun 2015 (7.28 Malam)28 Jun 2015 (7.28 Malam)4 Julai 2015 (7.29 Malam)5 Julai 2015 (7.29 Malam)11 Julai 2015 (7.30 Malam)12 Julai 2015 (7.30 Malam)8) SOAL JAWAB AGAMA20, 21, 27, 28 Jun & 4, 5, 11, 12 Julai 2015(8.00 Malam)9) SOLAT ISYAK DAN TERAWIH BERJEMAAH20 Jun 2015 (8.42 Malam)21 Jun 2015 (8.42 Malam)27 Jun 2015 (8.44 Malam)28 Jun 2015 (8.44 Malam)5 Julai 2015 (8.45 Malam)11 Julai 2015 (8.45 Malam)12 Julai 2015 (8.45 Malam)SOLAT ISYAK DAN TERAWIH BERJEMAAH BERSAMA SYEIKH DR. ABDURRAHMAN AL-SUDAISIMAM DARIPADA MEKAH4 Julai 2015 (8.45 Malam)10) DIKIR ZIKIR / CERAMAH / MALAM KESENIAN ISLAMUstaz Ghazali Ibrahim, Hijjaz dan Ramli Sarip20 Jun 2015 (9.45 Malam)Ustaz Zul Ramli M.Razali, Rabbani, UNIC, Mawi dan Kumpulan Debu 21 Jun 2015 (9.45 Malam)Ustaz Haslin Baharin, Ustaz Muhammad Asyraf, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dan Munsyeed Berselawat27 Jun 2015 (9.45 Malam)M.Nasir, Raja Zulkarnain dan Yasin28 Jun 2015 (9.45 Malam)Kumpulan Al-Mawlid dan Rabbani4 Julai 2015 (9.45 Malam)Ustaz Datuk Mohamad Kazim Elias dan Ustazah Dato’ Siti Nur Bahyah Mahamood dan Sepahtu (Moderator)5 Julai 2015 (9.45 Malam)Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah11 Julai 2015 (9.45 Malam)Hafiz Hamidun dan Opick 12 Julai 2015 (9.45 Malam)11) MOREH 20, 21, 27, 28 Jun & 4, 5, 11, 12 Julai 2015(10.45 Malam)

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 16 June 2015


 photo Risalah Iftar JKKN-01.jpg
 photo Risalah Iftar JKKN-02.jpg

April 16th, 2014

Sebelum ini, kita telah mendengar pendapat Wardina Saffiyah Fadhlullah Wilmot yang menyeru para ulama Malaysia mengkaji ceramah yang diberi oleh Ustaz Don Daniyal menggunakan akaun media sosialnya.

Dalam status tersebut, Wardina telah merujuk kepada sebuah video yang mengandungi kompilasi klip pendek ceramah lelaki itu yang dikatakan tidak sahih. Hari ini, menurut Sungai Rapat Online, Don telah tampil memberi penjelasan berkenaan video itu, yang didakwanya dihasilkan oleh individu yang tidak dikenali.

Menurut Don, adalah tidak adil dengan memuat naik video yang telah diedit daripada ceramah-ceramahnya kemudian menggunakan video tersebut untuk menghentam dirinya.

Komennya:-

Apakah niat sebenar memuat naik video yang telah diedit itu kemudian menghentam saya? Adakah bertujuan baik atau sebaliknya? Kebiasaannya video sekerat-sekerat ini hanyalah untuk tujuan propaganda.

Beliau disarankan supaya berjumpa ustaz atau alim ulama, bukannya menggunakan ustaz Google, Facebook atau Twitter. Apakah video itu menjadi satu dalil kepadanya untuk menghentam orang lain?

Don turut menyarankan agar pembuat video hadir dalam ceramahnya, bukannya mengambil daripada video sekerat-sekerat supaya wanita itu tahu sepenuhnya apa yang beliau inginkan–itupun jika beliau ikhlas.

Siapa yang buat video sekerat-sekerat ni, apa tujuannya selain daripada untuk tujuan propaganda. Jika mereka ikhlas kenapa perlu edit video tersebut?

Saya juga tidak kata saya betul semua, saya manusia biasa tetapi ada orang yang memilih untuk menghentam jika orang itu tidak dalam ahlinya. Mungkin saya selalu kerap keluar di TV Alhijrah menyebabkan ada orang yang tak senang duduk.

Saya tak kenal pun dengan orang yang buat video itu, takkan saya tak buat rujukan dalam setiap ceramah saya. Sebagai seorang penceramah sudah semestinya saya membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ceramah.

Saya tak pernah cari pasal dengan sesiapa pun, antara bahan rujukan saya tentang Bani Tamim adalah saya membuat rujukan dengan Ustaz Badlishah.

Pendapat dan teori memang ada di kalangan ulama mengikut hadis-hadis.

Saya teringat satu kisah Juraij yang telah difitnah oleh seorang pelacur yang sangat cantik berkata, ‘Jika kalian menghendaki, aku akan memberinya fitnah.’

Kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ceramah saya sila berjumpa dengan saya dan bukannya dengan melihat hanya pada video yang diedit sekerat-sekerat kerana itu merupakan propaganda untuk menjatuhkan seseorang.

Ini ialah video penjelasan dari Don:-

Setakat ini tiada kenyataan balas dari Wardina. Bersama kita nantikan perkembangannya.

Laporan asal: Sungai Rapat Online