December 10th, 2019

Kecoh sebelum ini apabila Ahmad Idham menggesa kerajaan menapis kandungan Netflix. Selepas timbulnya pelbagai kontroversi serta ada beberapa pihak yang mempertikaikan kemampuannya untuk memajukan lagi industri seni tanah air, akhirnya  dia “angkat kaki” dan memohon agar kontrak perkhidmatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) ditamatkan lebih awal pada 10 Mac 2020.

ahmad idham finas

Ahmad Idham ketika dihubungi pihak media mengakui sudah menghantar surat penamatan kontrak lebih awal kepada pihak FINAS. Mendedahkan ada pihak yang mendesaknya untuk berhenti

ahmad idham finas

Betul, saya ada hantar surat mahu menamatkan kontrak lebih awal, tetapi keputusan itu diambil selepas menerima tekanan daripada pihak tertentu.

Menurut sumber,  satu sidang media akan diadakan hari ini agar Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo meneliti semula secara terperinci mengenai keputusan Ahmad Idham itu yang disifatkan tidak adil kerana dikatakan akibat menerima tekanan pihak tertentu.

ahmad idham finas

Buat pertama kali dalam sejarah industri hiburan tempatan, hampir semua persatuan hiburan mahu ‘mendesak’ menteri mendengar suara mereka. Mereka mahu menteri mendengar suara industri, bukan daripada pihak ketiga yang pastinya mempunyai agenda tersendiri.

Malah dalam tempoh Ahmad Idham menggalas jawatan sebagai CEO, kebanyakan anak seni berpuas hati dengan gerak kerjanya yang mengambil kira setiap aspek termasuklah kebajikan artis dan industri hiburan tempatan.

Dakwaan mengatakan Ahmad Idham tidak melakukan sebarang perubahan langsung adalah satu alasan remeh tanpa bukti yang kukuh. Ia hanyalah provokasi pihak tertentu yang mahu Ahmad Idham dikeluarkan daripada FINAS.

Sumber Berita : Harian Metro

December 6th, 2019

Sebelum ini, Ahmad Idham mencetuskan kontroversi apabila menggesa pihak kerajaan supaya menapis isi kandungan yang dihasilkan oleh laman penstriman popular di dunia dan juga Malaysia iaitu Netflix. Menurutnya, ramai ibu bapa yang bimbang sekiranya kandungan yang tidak bertapis, berunsur lucah boleh merosakkan akhlak golongan muda.

ahmad idham direhatkan ceo finas

Tiba-tiba sahaja tidak lama selepas itu, dia mengumumkan pula penstriman baharu untuk filem tempatan dikenali sebagai Aflix. Ramai juga netizen yang berang sehingga timbul pelbagai spekulasi mendakwa FINAS mempunyai agenda tersendiri untuk menyekat kandungan di Netflix.

Terbaru, timbul desas-desus tentang pengunduran Ahmad Idham sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

ahmad idham aflixaflix

Malah, dalam perhimpunan bersama pegawai dan kakitangan FINAS di Hulu Kelang pada Selasa lalu, Ahmad Idham mengumumkan dia akan mula bercuti minggu depan selama tiga bulan. Menurut satu sumber, Ahmad Idham tidak akan kembali lagi ke FINAS selepas Mac tahun depan.

Berdasarkan situasi masa kini, sepertinya Ahmad Idham tidak akan kembali lagi ke FINAS selepas Mac depan. Alasan yang diberikan Ahmad Idham beliau mahu selesaikan urusan peribadi, namun jawapan itu mencetuskan banyak persoalan.

ahmad idham

Ahmad Idham ketika dihubungi Astro Awani mengesahkan dia akan bercuti selama tiga bulan tetapi enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi perkhidmatannya bakal ditamatkan. Dia menyerahkan perkara itu kepada pihak yang berkuasa.

Sumber Berita : Astro Awani