Written by Bella | March 14th, 2019

Pelakon dan pengarah, Ahmad Idham Nadzri telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan akan memegang jawatan tersebut untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa Isnin lalu.

Berita pelantikan itu disahkan oleh menteri Kementrian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Gobind Singh Deo. Ahmad Idham menggantikan pemangku, Shakib Ahmad Shakir yang menjalankan tugas sebagai CEO sejak empat bulan lalu.

Ahmad Idhammemiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), mempunyai kepakaran dan pengalaman lebih 25 tahun dalam industri kreatif.

Antara filem yang telah diarahkannya adalah Jangan Pandang Belakang, Adnan Sempit, Remp -It, Hantu Wangan dan Mr Cinderella.

Tahniah kami ucapkan kepada Ahmad Idham, semoga beliau dapat membangunkan lagi industri kreatif dan hiburan di tanah air.

Sumber Berita : Harian Metro