Written by AbangNara | December 9th, 2010

gambar farah af2 bertudung

Dulu kami pernah keluarkan gambar Farah AF2 bertudung tapi rasa tak puas menatap kemanisan wajah Farah. Memang bertambah cantik dan ayu sejak bertudung. Dan yang paling penting, Farah tak ada nak rasa disisihkan dalam industri seni sejak bertudung:-

[note]Saya rasa ‘ok’ dan tidak perlu bimbang setelah memakai tudung dalam industri seni ini. Setakat ini, saya rasa alhamdulillah, semuanya berjalan dengan mudah dan baik[/note]

gambar farah af2 bertudung

Kami suka dengan Farah AF2 ini sebab ayat-ayat yang keluar daripada mulutnya memang sangat-sangat mantap. Ini baru kata orang beauty with brain. Tak ada la nak cakap mengarut tak tentu pasal. Cuba korang baca apa si Farah nie cakap:-

[note]Saya tahu, apabila bertudung saya perlu menjaga imej dengan baik. Jadi, saya perlu memikirkan batasan dalam berpakaian. Saya rasa tiada masalah kerana sebelum ini saya tidak pernah memakai pakaian seksi dan terdedah.[/note]

Kepada Farah, kami respek dan kagum dengan anda. Teruskan usaha anda. Dan jangan risau sebab peminat Malaysia semuanya dah pandai-pandai dan bijak belaka. Tak perlu nak seksi-seksi untuk jadi popular. Tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi. Sumber Mstar.

P.S: Bila Lamborghini eksiden

ButikNara ada banyak koleksi tudung/selendang terbaru~

Written by AbangNara | April 16th, 2010

Wah, lamanyaa  KakNara tak tolong tulis artikel gosip utk BN ni !  Bukan ku tak sudi, tapi iniler sebabnya…

Hari ni, KakNara masuk dalam akhbar Utusan Malaysia edisi Mega, utk promosi kan ButikNara.com.

ButikNara ni walaupon baru separuh tahun jagung, tapi sudah agak glemer lah juga di alam maya ni, terima kasih kepada semua pembaca BeautifulNara juga yg telah klik-klik kat blog ButikNara.com ni.

Terima Kasih semua~~~[baca dgn gaya Amy Search cakap ok}

p/s: terima kasih juga pada RedGlow kerana sudi memakeup-kan kami & juga terima kasih pada Niagakit.com kerana support Sistem Kedai Niaga secara Online ni…

 
Written by AbangNara | February 18th, 2010

facebook beautifulnara

Balik-balik kerja semalam kami terus bukak Facebook BeautifulNara dan agak terkejut beruk apabila melihat jumlah fans BeautifulNara kini dah mencecah 4,000 orang. Sungguh kami terharu. Nasib baik tak terkeluar air mata. Terima kasih banyak-banyak kepada anda semua yang terus menerus menyokong kami. Kalau anda belum menjadi fans Facebook BeautifulNara, segeralah berbuat demikian. Bak kata omputeh the more the merrier. Banyak topik-topik santai kitorang borakkan kat situ.

butiknara

Untuk awek-awek, akak-akak dan makcik-makcik cun yang gilekan shopping tudung, anak tudung, perfume dan apa-apa jer lagi, ButikNarakini telah berwajah baru dan lebih mantap dari sebelum ini. Terima kasih kepada NiagaKit yang telah sponsor kit niaga ButikNara. Kalau rasa-rasa berminat untuk mencuba online shopping, silalah layari ButikNara. Kepuasan dijamin 100%.

amazingnara

Buat anda yang selalu tertekan dengan workload di tempat kerja ataupun perlukan tempat untuk bergelak ketawa sehingga hampir boleh memecahkan perut, AmazingNara adalah tempat terbaik untuk anda. Dengan kesudian anda semua yang menghantar email kelakar kepada kami, AmazingNara adalah tempat terbaik untuk anda merehatkan otak anda yang tensen tue.

Jika tiada aral melintang, berkemungkinan besar bulan depan kami akan mengadakan sesuatu untuk menghargai sokongan anda semua kepada kami. Apakah sesuatu itu? Nantikanlah ajer ~~~ Sekali lagi, thank you for all the support you guys have given us. Kami sangat-sangat menghargainya.

Written by AbangNara | November 24th, 2009

butik Nara

Kami merasakan masanya telah tiba untuk mempromosikan satu lagi projek terbaru kami iaitu ButikNara. Kalau BeautifulNara adalah tempat ada bergosip secara berhemah, ButikNara adalah tempat di mana anda mampu bershopping secara berhemah. Dijamin harga yang sangat-sangat berpatutan, customer service yang bagus dan kualiti produk yang terjamin.

Buat masa ini, produk yang dijual ialah tudung yang pelbagai koleksi. Kalau nak tau kenalah gi melawat ButikNara. Kepuasan dijamin 100%. Diharap pembukaan ButikNara mendapat sokongan padu daripada anda semua. Jangan segan silu nak membeli kat situ ye.

Apa lagi jom moh kita bershopping secara berhemah di ButikNara.

P.S: ButikNara juga telah dibawakan khas kepada anda oleh Streamyx. Terima kasih kepada Streamyx yang terus memberikan kami broadband terbaik semasa penyediaan website ButikNara. We luv u Streamyx.