Written by serenity | August 29th, 2018

Dalam muat naik terbaru di Instagramnya, penyanyi Aishah memberitahu yang dia tidak menipu mengenai kepalsuan barang kemas yang dihadiahkan oleh Datuk Seri Vida kepadanya, malah telah mendapatkan laporan rasmi dari ahli gematologi tentang nilai sebenar barang kemas tersebut.


Dia seterusnya memuat naik gambar laporan tersebut ke Instagramnya .

Banyak sebenarnya video yg kami rakam dan belajar mengenai intan permata.Tapi panjang ceritanya.

Tapi inilah hasil penyelidikan rasmi dari pakar batu permata yang bertauliah. Sebagai orang ditipu saya rasa tertekan bila orang kutuk tak tentu fasal.

Inilah dia penilaian dari ahli gemotologi bertauliah.

Untuk menjawab kata-kata yang mengatakan saya tak faham susut nilai berlian dan mengatakan saya tipu dan hanya ingin mengaibkan orang.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | June 13th, 2018

Isu tentang tuntutan nafkah dan luahan Elly Mazlein mengenai bekas suaminya yang turut enggan memberikan wang persiapan raya untuk anak mereka, Putri Sara Sefhia agak hangat diperkatakan semalam. Elly turut menemplak agar Azmi Hatta tidak kedekut dengan dengan darah daging sendiri kerana rezeki akan menjadi sempit.

Susulan perkara itu, isteri Azmi iaitu Faye Kusairi sekali lagi menjadi ‘perisai’ dan mempertahankan suaminya. Menurut Faye, Azmi bukanlah seorang yang berkira ataupun kedekut dan tidak teragak-agak untuk berkongsi rezeki yang lebih dengan setiap anak-anaknya jika benar mereka hidup mewah seperti yang didakwa oleh Elly.

Faye juga membidas beberapa komen netizen yang mempersoalkan Azmi yang culas menunaikan tanggungjawab untuk memberi nafkah seperti yang diperintah oleh mahkamah. Jelas Faye, Azmi hanya membayar nafkah mengikut kemampuannya.


Terdahulu, Elly menerusi akaun Instagramnya menuntut nafkah serta wang perbelanjaan hari raya daripada Azmi. Kata Elly, bekas suaminya itu sudah semakin berjaya dan kini mempunyai syarikat produksi sendiri. Namun, masih berdegil untuk  menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dan memberikan alasan tidak mampu memberikan nafkah sebanyak RM1500 kerana menanggung kos bulanan motor besarnya.

Written by Bella | June 12th, 2018

Isu Elly Mazlein yang ingin menuntut nafkah anaknya daripada bekas suami, Azmi Hatta masih belum menemui jalan penyelesaian. Sehingga hari ini, Azmi masih berdegil untuk menunaikan tanggungjawab itu seperti yang diarahkan oleh mahkamah.

Lebih mengecewakan lagi, Azmi juga tidak memberikan sebarang perbelanjaan untuk persiapan hari raya yang bakal tiba beberapa hari buat anak perempuan mereka, Putri Sara Sefhia.

Terbaru, Elly menerusi akaun Instagramnya membuat tuntutan tersebut terhadap bekas suaminya secara terbuka.  Elly pada masa yang sama meningatkan Azmi untuk tidak kedekut dan berkira dengan darah dagingnya sendiri selain meluahkan rasa kesal terhadap pengarah drama itu yang melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengeluarkan perintah agar Azmi membayar nafkah bulanan kepada anaknya sebanyak RM1,500 pada 12 Oktober 2016. Namun, Azmi memberikan alasan beliau tidak mampu memberikan nafkah sebanyak itu kerana menanggung kos bulanan motor besarnya.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | May 23rd, 2018

Beberapa hari lalu, netizen terkejut dengan pendedahan Elly Mazlein yang mendakwa bekas suaminya, Azmi Hatta mahu beliau dipenjarakan dan menuduh dirinya sebagai seorang ibu yang tidak bertanggungjawab.

Konflik mereka ini mencetuskan kontroversi hangat dan kali ini isteri Azmi iaitu Faye Kusairi sudah mula bersuara apabila dikritik dan dihimpit pelbagai persoalan.

Faye nampaknya mempertahankan suaminya dan meminta Elly mengemukakan bukti yang kukuh disebalik semua dakwaan ke atas Azmi.


Terdahulu, Elly turut meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan sikap Azmi yang tidak memberikan nafkah kepada anak mereka, Putri Sara Sefhia.  Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengeluarkan perintah supaya Azmi membayar nafkah bulanan kepada anaknya sebanyak RM1,500 pada 12 Oktober tahun lalu. Azmi dan Elly sah bercerai pada 15 Oktober 2015. Kemudian pengarah itu mendirikan rumah tangga bersama pelakon Faye Kusairi pada 9 April 2017.