Written by AbangNara | June 30th, 2015

Fish & Co. memang terkenal dengan hidangan seafoodnya yang amat menyelerakan. Sekali pergi, mesti kena pergi lagi dan lagi. Bersempena bulan Ramadhan ini, Fish & Co. menyediakan set Ramadhan Buffet Dinner yang pastinya menggiurkan dan membuatkan anda kecur mulut melihatnya. Abang Nara tengok gambar pun dah terketar-ketar tangan dibuatnya.

fish n co

Bermula 22 Jun – 12 Julai 2015 dengan harga RM59.95 per pax untuk dewasa dan RM29.95 untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, Fish & Co. Ramadhan Buffet Dinner ini hanya boleh didapati di Pavilion KL sahaja. Kenapa ada muka Dato’ Fazley Yaakob kat poster di atas? Sebabnya ini adalah tahun kedua Fish & Co. bekerjasama dengan beliau untuk melazatkan lagi hidangan berbuka puasa. Menu istimewa daripada Dato’ Fazley ialah pencuci mulutnya seperti Moist Chocolate Cake, Vanilla Cake, Profiteroles, and French Mini Macaroons.

fish n co

Antara lauk pauk yang bakal anda makan di Fish & Co. Pavilion KL bersempena Ramadhan Buffet Dinner ini ialah Spaghetti Pomodoro, Seafood Pizza, Fried Calamari, Grilled Fish with Spicy Teriyaki Sauce, Grilled Peri-peri Chicken with Salmon, Captain Hook Fish Fillet, Golden Coral Fish Nuggets, Treasure Trove Chicken Nuggets dan banyak lagi. Cerita banyak tak guna, jom kita tengok gambar!!!

fish n co

fish n co

fish n co

fish n co

fish n co

fish n co

Ok lapar dah? Hehehe. Khas untuk pembaca BeautifulNara, Fish & Co. nak berikan 10 voucher berbuka puasa untuk anda semua. Senang je caranya, cuma perlu hantar email beserta nama penuh dan no telefon ke [email protected]. Di dalam email tersebut buatlah karangan sikit tentang kenapa anda mahu berbuka puasa di Fish & Co. Untuk makluman, voucher ini akan valid sehingga 12 Julai. Jadi kena cepatlah!!!

fish n co

Tapi kalau korang dah tak sabar dan nak pergi sendiri berbuka puasa di Fish & Co, boleh juga cuba promosi Ramadhan Special yang turut sama berlangsung di cawangan Pavilion KL, The Mines Shopping Mall, IOI City Mall, Putrajaya, Main Place @ USJ 21, 1 Utama dan Paradigm Mall. Untuk Ramadhan Buffet Dinner cuma ada di Pavilion KL sahaja. Takut korang confuse pulak nanti.

fish n co

Kalau nak makan free Fish & Co. , sila jangan lupa untuk hantar email dengan karangan ke [email protected] Siapa cepat Abang Nara akan pilih. Selamat mencuba. Maklumat lanjut layari laman web Fish & Co. dan juga Facebook Fish & Co.

UPDATE: Email telah pun dihantar kepada pemenang. Sila check email anda. Tahniah buat yang berjaya!!!

Written by AbangNara | July 4th, 2014

Ramadhan tiba lagi. Setiap kali bulan Ramadhan, selain daripada bazar yang menjadi tumpuan untuk membeli-belah lauk berbuka, restoran yang menawarkan buffet juga menjadi pilihan. Salah satu yang menarik perhatian Abang Nara ialah DIMA Restaurants. Dengan hanya RM65 sahaja, anda boleh menjamu selera dengan makanan Arab yang terbaik di Malaysia

Khas untuk pembaca Beautifulnara, hanya sebut “NARA-DIMA” ketika membuat pembayaran untuk mendapatkan diskaun sehingga 30%, di semua cawangan DIMA Restaurants. Maknanya daripada RM65, dapat lagi diskaun 30%. Murah sangat-sangat kan? Mana ada buffet berbuka puasa yang menawarkan makanan best-best dengan harga serendah ini.

Antara branch DIMA Restaurants ialah di Ara Damansara dan di BUkit Beruang, Melaka. Jangan lepaskan peluang ini. Berbuka puasalah di DIMA Restaurants hari ini juga. Untuk informasi lanjut mengenai DIMA Restaurants, layari www.dima.com.my.

Written by AbangNara | July 29th, 2011

Minggu depan dah nak start puasa dan mesti dah ramai yang terpikir nak pergi bukak pose kat mana kan? Jangan risau sebab MilkADeal ada voucher murah punya untuk korang semua.

buffet ramadan

Antara yang best kalau korang beli voucher di atas:-
1. Makan sampai kembung perut
2. Ada masakan American, Barbeque, French, Italian, Middle Eastern, Steakhouses, Tex Mex dan Malaysian (macam-macam ada)
3. MURAH babe ~~(RM44.90 untuk value  RM99.80)

Sila beli voucher ini di MilkADeal sebelum terlambat.