Written by AbangNara | November 19th, 2013

Pastinya Betty Benafe dan suami, Bruce Dargus berada di dalam keadaan yang amat teruja sekarang ini. Mana tidaknya, tidak lama lagi mereka berdua akan bergelar ibu dan ayah. Teringat Abang Nara kenangan ketika isteri disahkan mengandung dahulu. Memang berdebar-debar jantung dibuatnya menunggu hari kelahiran.

maternity shoot betty benafe

Abang Nara suka dengan gambar-gambar maternity shoot yang diambil oleh SazaStudio ini. Nampak menyegarkan, tenang dan jelas terserlah kasih sayang antara pasangan suami isteri ini. Semoga dengan kelahiran anak sulung mereka kelak, maka makin rapat hubungan mereka berdua. Sama-samalah kita doakan.

maternity shoot betty benafe

Lagi beberapa keping gambar maternity shoot Betty Benafe dan Bruce Dargus dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook SazaStudio.

 
Written by AbangNara | December 14th, 2012

Abang Nara suka sungguh gambar-gambar resepsi perkahwinan Betty Benafe dan Bruce Dargus ini. Nampak ceria bangat. Paling Abang Nara suka gambar pengantin baru ini di atas cruise. Super cool kot!!!

betty

Nanti kalau ada duit lebih Abang Nara nak ajak wife gi posing gambar macam nie buat kenangan. Apa pun tahniah kepada Betty dan Bruce yang kini sudah selamat bergelar suami isteri. Semoga kebahagiaan menjadi milik anda berdua selamanya. Cepat-cepat buat anak ye!!!

betty

Lagi 27 keping gambar sekitar resepsi perkahwinan Betty Benafe dan Bruce Dargus dengan membaca entri ini sepenuhnya. Terima kasih kepada SazaStudio kerana sudi berkongsi gambar-gambar ini. Sila LIKE Facebook SazaStudio sebagai tanda penghargaaan.

 
Written by serenity | December 8th, 2012

Walaupun pertunangan mereka pernah dilanda badai, pernikahan Betty Banafe dengan suaminya Bruce Dargus telah berlangsung dengan jayanya hari ini dengan sekali lafaz tepat jam 2 petang tadi. Majlis tersebut berlangsung di sebuah villa di Kempas, Johor. Pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah Johor Bahru, Ustaz Ahmad Faizal dengan berwakil wali adik lelaki Betty: Rifqi Benafe. Mas kahwin pasangan ini ialah sebentuk cincin.


Photobucket
Betty Benafe yang mengenakan busana putih tema Arab, menerima 5 dulang hantaran iaitu telefon bimbit Samsung S3, sebuah Macbook Air, sebuah Apple TV, telekung dan tepak sirih. Bruce Dargus pula segak mengenakan sut menerima 7 dulang hantaran: Al-Quran digital, sehelai songket, set wangian lelaki, tepak sirih, buah-buahan, sejadah dan sirih junjung.

Majlis pernikahan yang dihadiri oleh lebih 300 tetamu jemputan antaranya VVIP dan pihak media ini turut diserikan dengan kehadiran sanak saudara Betty Benafe yang berasal daripada Indonesia.

Majlis persandingan mereka dikatakan akan berlangsung pada 12 Disember 2012 (Rabu) di Danga Bay Convention Centre, Johor Bahru. Tahniah diucapkan dari kami di BeautifulNara.com. Lagi 23 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Saza Studio.