April 27th, 2018

Selebriti Ifa Raziah sekali lagi dikecam netizen apabila video beliau memakai gaun seksi dan singkat mempromosikan produk pelangsingan viral di media sosial semalam.


Berpakaian terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya yang mampu menimbulkan keghairahan, rata-rata netizen melabelkan Ifa tidak beriman dan terlalu terdesak untuk membuktikan dirinya sudah kurus.

Malah, Ifa akui itulah tujuan sebenarnya beliau memuat naik video tersebut dan seharusnya perkara itu tidak perlu menjadi isu kerana aksinya itu tidak terlampau dan bukannya beliau tampil berbogel.

Niat saya memang nak tunjuk. Selama ini saya buat promosi produk di IG orang cakap gambar hasil suntingan. Malah tunjuk gambar sebelum dan selepas pun orang tak percaya. Apabila saya tunjuk penampilan sebenar, orang kecam pula. Kalau tak tunjuk kata saya propa dan menipu. Kenapa susah sangat nak terima hakikat yang saya sudah kurus?

Lagi pula dalam video berkenaan saya bukannya berbogel. Orang kita terlalu cepat menjatuhkan hukum tanpa ambil tahu cerita sebenar.

Sebenarnya, gaun itu ada lapisan luar. Namun, disebabkan ia labuh jadi tidak sesuai untuk berjalan atas air. Lagi satu, sebelum ini pun saya pernah pakai baju tanpa lengan. Kenapa tidak ada yang tularkan? Adakah sebab ketika itu saya gemuk atau tak cantik?

Ifa juga nampaknya tidak kisah video itu hangat diperkatakan kerana ia secara tidak langsung membuatkan produk keluarannya itu laris dan sudah habis terjual sebanyak 1,000 kotak.

Sumber Berita : Harian Metro

September 28th, 2016

Nama Idris Khan menjadi sebutan ramai ekoran isu foto bogel beliau bersama Atikah Suhaime yang telah tersebar baru-baru ini. Kata orang, Idris menerima pelbagai kritikan dan hinaan daripada setiap sudut.

Setelah lama berdiam diri, Idris memberitahu meskipun beliau dihimpit kontroversi lucah, namun ia sedikit pun tidak menjejaskan kariernya dalam bidang lakonan.

Pada masa yang sama, Idris memberitahu peguamnya telah menasihati beliau untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai isu foto bogel berkenaan kerana ia masih lagi dalam siasatan. Idris menyerahkan segala tindakan lanjut kepada peguamnya.

Alhamdulillah rezeki saya semakin bertambah dan karier berjalan seperti biasa. Peguam saya menasihatkan agar tidak memberikan sebarang kenyataan sebab ia dalam siasatan sekarang ini.

Pelbagai spekulasi  yang tercetus mengenai dalang penyebaran foto bogel Idris dan Atikah. Antara nama yang dikatakan melakukan hal berkenaan adalah Ammar Alfian.

Malah, Idris pernah menghubungi Ammar dan seakan menuduh beliau sebagai punca kontroversi lucah ini timbul.

Kesal dengan sikap Idris, Ammar telah tampil untuk mempertahankan dirinya dan menafikan segala dakwaan yang dilemparkan kepadanya.

Ammar juga mencabar Idris dan Atikah untuk tampil dengan bukti yang kukuh sekiranya beliau adalah dalang yang dimaksudkan.

Sumber Berita : mStar Online

September 15th, 2016

Bersimpati dengan nasib artis di bawah naungan syarikatnya iaitu Atikah Suhaime, David Teo dan pihak Metrowealth International Group (MIG) kini sedang mengumpul bukti serta mencari dalang di sebalik penyebaran foto bogel Atikah dan Idris Khan.

David berpendapat ia adalah satu perbuatan khianat dan berharap individu tidak bertanggungjawab tersebut dikenakan tindakan undang-undang.

Saya bersimpati dengan nasibnya kerana perlu berdepan kembali kontroversi lama. Saya akan memastikan individu yang berhati busuk itu dikenakan tindakan sewajarnya.  Buat masa ini ,saya dan pihak pengurusan MIG sedang mengumpulkan bukti bagi mencari siapa yang menjadi dalang. Isu terbabit sebelum ini pernah dikaitkan dengan Atikah, sekali gus menunjukkan ia seakan dirancang dan disengajakan bagi memusnahkan kerjaya seninya yang sedang meningkat.

Tidak kira di mana saja individu itu berada, sama ada dalam atau di luar negara, dia perlu bertanggungjawab di atas tindakan tidak bermoral yang dilakukannya.

Ditanya adakah kontrak Atikah bersama syarikatnya akan dibatalkan, David menjelaskan pihaknya tidak membuat keputusan secara membabi buta dan akan menyiasat setiap perkara dengan terperinci. Tegas David, pihaknya masih bertimbang rasa.

Perkara ini pernah berlaku sebelum ini. Kami pasti Atikah dianiaya. Setakat ini, kami belum membincangkan isu kontrak, lagi pun dia masih bercuti sempena Raya Haji di Singapura. Benar atau tidak, setiap manusia tidak sempurna.

Susah hendak memberikan komen terhadap isu ini kerana kedua-dua artis yang terlibat juga hanya berdiam diri dan hanya sekadar meluahkan dan memberi kenyataan di media sosial.

Sumber Berita : BH ONLINE

June 27th, 2015

Aktres Tasha Shila mengakui beliau telah membuat satu laporan polis berhubung isu penyebaran foto selfie  separuh bogel yang didakwa miliknya pada tanggal 9 Jun lalu. Meskipun merasa kecewa dengan tuduhan yang menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita , Tasha bagaimanapun tidak mahu terus mengalah dan menyerahkan segala siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa.

Kecewa sebab ada pihak hendak jatuhkan maruah saya tetapi ia tidak melemahkan semangat saya kerana ini adalah ujian daripada-Nya. Saya tidak mahu mengulas mengenai isu berkenaan dan biarlah pihak polis yang melakukan siasatan memandangkan ia sudah menjadi kes jenayah.

Mungkin saya banyak berdiam diri sebelum ini tetapi sebenarnya saya berjuang dalam diam. Saya tidak perlu kongsi dengan masyarakat kerana ia adalah privasi dan biarlah hanya saya yang tahu.

Selain itu, beliau juga tidak mengendahkan presepsi masyarakat tentang isu berkenaan kerana tidak dapat memuaskan hati semua orang lain.

Bak kata pepatah – tak mati dek keji, tak hidup dek puji, jadi terpulang kepada orang hendak kata apa. Paling penting keluarga ada di sisi dan perkara ini menguatkan lagi hubungan kami sekeluarga.

Pelbagai spekulasi yang timbul apabila foto tersebut tersebar sehinggakan penyanyi Kaka Azraff yang sebelum ini mempunyai konflik dengan Tasha didakwa sebagai dalang disebalik fitnah berkenaan.

Seperti yang Tasha Shila cakap, lebih baik kita serahkan sahaja perkara ini kepada pihak polis. Kami yakin satu hari kebenaran akan terbongkar juga.

Sumber Berita: mStar Online