Mangsa Rugi Lebih RM35k Selepas Suspek Ugut Sebarkan Video Bogel

Trending

Mangsa Rugi Lebih RM35k Selepas Suspek Ugut Sebarkan Video Bogel

Kelakukuan mengugut untuk sebarkan gambar atau video bogel ini dilakukan oleh sindiket pemerasan bagi mendapatkan wang ringgit dengan mudah. Kebanyakkannya yang menjadi mangsa adalah penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang pernah berkongsi gambar atau video bogel kepada suspek.

Menurut laporan Harian Metro, sebanyak 21 laporan polis telah diterima sejak Januari lalu berhubung kejadian ini dan ianya dikatakan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

Advertisement

Mangsa yang terjerat itu sudah membuat bayaran membabitkan kerugian sebanyak RM38,788 bagi tempoh berkenaan.

Kebanyakan mangsa yang terjerat mengenali suspek menerusi media sosial selain dilakukan bekas suami dan teman lelaki sendiri.

Suspek akan membuka pakaian terlebih dulu sebelum mengajak individu terbabit untuk berbogel sama dan merakam perbuatan itu.

Tujuan rakaman dibuat adalah untuk memeras ugut mangsa dan sekiranya mangsa tidak membayar mereka akan menyebar gambar atau video di media sosial atau kepada ahli keluarga.

Buat masa ini, masih ada lagi 19 kes dalam siasatan dan dua kes telahpun dituduh ke mahkamah.

Polis sudah mengenal pasti 12 mangsa yang terbabit dan membuat bayaran kepada individu yang memeras ugut.

Polis menasihatkan masyarakat supaya bijak menggunakan media sosial dan perlu diingatkan sebarang aksi langsung di media sosial mudah dirakam oleh pihak kedua.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...