June 21st, 2010

Salam semua :)

setelkahwin.com

Sebagai sebuah pusat sehenti solusi perkahwinan untuk vendor dan bakal-bakal pengantin, SetelKahwin amat berbangga kerana telah diberi peluang untuk muncul dan berkongsi tips mengenai dunia perkahwinan menerusi siaran Wanita Hari Ini di TV3. Kami amat berterima kasih kepada pihak TV3 kerana sudi mengadakan liputan tentang kami di kaca tv walaupun usia Setelkahwin baru mencecah 2 bulan.

Pada 17hb Jun 2010, Setelkahwin telah dipaparkan di dalam program Wanita Hari Ini menerusi segmen “Merancang Perkahwinan”. Anda boleh menonton segmen yang memaparkan Pengarah Urusan Setelkahwin, Hashim HD di dalam video tersebut menerusi laman web setelkahwin.com.

Tanpa ragu-ragu, kami bakal menjadi laman web solusi perkahwinan yang terunggul di Malaysia, dan mungkin akan menerjah ke Brunei dan Singapura juga. Insya Allah :) Sila layari laman web kami untuk melihat testimoni-testimoni memberansangkan daripada ahli-ahli SetelKahwin. Anda juga mungkin berminat membaca ‘review’ yang ditulis oleh salah seorang vendor premium yang aktif – http://artchetak.blogspot.com/2010/06/setelkahwincom-dah-setel-belum.html.

Untuk lebih menyakinkan, anda akan dapat lihat peningkatan yang berterusan di dalam fanpage facebook kami pada setiap masa selepas Setelkahwin dilancarkan. Dan selepas kami diberi peluang untuk muncul di WHI, laman web Setelkahwin telah mendapat jumlah trafik yang begitu tinggi, dan kami telah menerima jumlah pendaftaran untuk menjadi ahli Setelkahwin dengan banyak sekali pada setiap jam selepas itu.

setelkahwin fanpage

Sila lihat testimoni-testimoni di bawah daripada vendor-vendor premium kami

artchetak

orkedbridal

Jika anda merupakan vendor/pembekal khidmat perkahwinan yang terlibat secara terus atau tidak dengan dunia perkahwinan, anda dialu-alukan untuk menyertai kami sebagai ahli. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi ahli Premium kami kerana anda akan mendapat pelbagai faedah dan keistimewaan tanpa had. Jika anda mahukan bisnes anda mendapat sambutan yang hangat, bertindaklah sekarang dan berdaftarlah sebagai ahli Setelkahwin.

Terima kasih :)

Salam mesra,

Team setelkahwin

May 12th, 2010

Pengenalan

SetelKahwin menawarkan peluang untuk meningkatkan keterlihatan bisnes anda di dalam rangkaian kami, justeru akan menarik lebih ramai pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan anda. Kami bukan sahaja menawarkan kaedah pengiklanan semata-mata, malah kami turut menyediakan lebih banyak perkhidmatan dengan harga satu pengiklanan sahaja. Dengan kata lain, dengan menaiktaraf akaun biasa anda kepada Premium, anda akan memperolehi pelbagai faedah dan insentif dengan kos yang berpatutan!

Di samping itu juga, peluang yang kami tawarkan ini bukan hanya terhad kepada mereka yang menyediakan khidmat untuk majlis perkahwinan semata-mata. Malah, mereka yang menjual pelbagai barangan, produk atau aksesori lain juga turut dialu-alukan untuk menyertai kami misalnya mereka yang menjual tudung, menjual kek/kuih secara online, menjual produk kecantikan serta pelangsingan dan sebagainya lagi.

Berikut adalah 5 cara bagaimana Setelkahwin boleh membantu bisnes anda untuk berkembang

  1. Membina profil bisnes anda sama seperti aplikasi ‘facebook’.
  2. Meningkatkan lagi kadar bilangan pelanggan yang akan tertumpu kepada bisnes anda.
  3. Platform mudah untuk ‘setup’ bisnes anda secara online.
  4. Merangkumi kaedah pengiklanan serta teknik pemasaran ‘online’ yang berkesan dan kos efektif.
  5. mempunyai aplikasi rangkaian sosial untuk memudahkan komunikasi antara ‘vendor-pelanggan’.

Perkhidmatan pengiklanan premium kami merangkumi 2 kategori utama iaitu

dapat duit lebih melalui teknik pemasaran yang lebih berkesan

Ciri-ciri dan Faedah Keahlian Premium

ciri-ciri dan faedah buat duit yang berkesan

Untuk ‘upgrade’ penyenaraian anda pada bila-bila masa, ikuti langkah-langkah berikut setelah anda me‘log’ masuk:

  1. Klik ‘Upgrade ke Premium’ pada tab menu.
  2. Ikuti arahan-arahan tentang bagaimana untuk membuat bayaran.
  3. Setelah bayaran dilakukan, jangan lupa untuk mengisi borang yang disediakan bagi memaklumkan kepada kami bahawa penyenaraian anda sudah bersedia untuk dipaparkan!
  4. Kemudian, akaun anda akan dinaik taraf kepada keahlian Premium dalam tempoh 24 jam.

6 Sebab kenapa anda perlu memilih SetelKahwin

  1. Kumpulan kami merangkumi pakar-pakar daripada randomalphabets.com (terkenal dengan strategi pemasaran viral mereka) dan cara.com.my (syarikat solusi IT yang memberi khidmat kepada CIMB, NST, MediaPrima dll)
  2. Berupaya memperolehi pendaftaran keahlian yang konsisten hari demi hari.
  3. Berjaya membina seramai lebih 2000 peminat –peminat di laman web sosial terkemuka, Facebook di dalam tempoh kurang daripada 2 bulan.
  4. Memperolehi ‘hits’ sebanyak 10,000 pada hari pelancaran laman web kami.
  5. Oleh kerana baru dilancarkan, maka Setelkahwin masih giat membangunkan pelbagai aplikasi-aplikasi pengurusan bisnes dan perkahwinan yang penting dan inovatif supaya dapat memberi faedah kepada kedua-dua bakal pengantin dan penyedia-penyedia (vendor) khidmat perkahwinan yang berdaftar di setelkahwin.
  6. Setelkahwin bersifat agresif dan melibatkan penggunaan strategi pemasaran secara atas dan luar talian.

Jadi tunggu apa lagi :) Kalau anda belum jadi vendor di Setelkahwin, sertai sekarang! Pendaftaran ialah percuma!

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di sini

Klik di sini jika anda mahu mendownload brochure ini di dalam format pdf

terima kasih

March 16th, 2010

contest

Berita baik buat pembaca BeautifulNara,

BeautifulNara dengan kerjasama blog SetelKahwin bakal mengadakan satu contest yang memberikan anda peluang untuk memenangi hadiah wang tunai yang agak banyak. Jumlah sebenar masih dalam perbincangan tapi confirm berbaloi-baloi.

Tapi untuk layak menyertai pertandingan ini, anda semua kena jadi Fan Facebook BeautifulNara (klik sini) dan Fan Facebook SetelKahwin (klik sini). Kena jadi fan kedua-duanya sekali kalau tak penyertaan anda tak dikira. Sebabnya segala klu-klu tentang pertandingan ini hanya akan diberitahu melalui Facebook sahaja.

Tunggu apa lagi. Jadi fans kami sekarang dan nantikan update tentang contest ini selewat-lewatnya minggu depan. Tunggu ~~~~~~~