November 5th, 2010

happy deepavali

Teringat peristiwa tahun lepas semasa treasure hunt di One Utama, tiba-tiba ditegur oleh seorang pembaca kaum India. Katanya dia minat sangat membaca BeautifulNara. Terharu betul masa itu. Iyerlah, kebanyakan entri yang keluar di sini adalah tentang artis Melayu jadi agak tak sangka ada pembaca kaum India yang layan jugak BeautifulNara.

Selamat menyambut Deepavali kepada semua yang beragama Hindu dari kami dan juga dari Lisa Surihani di bawah ini.

P.S: Jom join Facebook BeautifulNara dan follow Twitter BeautifulNara. Kalau Facebook BeautifulNara di”like” seramai 50,000 sebelum habis bulan November ini, maka ada contest best untuk anda semua.

August 24th, 2010

selamat berbuka

Salam kepada semua pembaca BeautifulNara. Anda puasa dan terasa nak berbuka dengan “grand” sedikit hari Ahad ini. Jom join Majlis Berbuka Puasa BeautifulNara. Detailsnya ialah:-

Tarikh: 29 Ogos 2010 (Ahad)
Tempat: Restoran Bistro Qaseh, Seksyen 13, Shah Alam
Harga: RM19.80 untuk dewasa, RM12.50(10 tahun ke bawah)
Alamat: 2, Jalan Boling Padang F, 13/F, (Blkg Tesco Xtra), Seksyen 13, Shah Alam, Selangor (landmark opis syarikat Upin Ipin Les Couspoque tue)

Semua yang rasa nak join sangat-sangatlah dialu-alukan. Tak payah bayar dulu sebab kat sana pun boleh bayar. Untuk mengelakkan kekeliruan, sesiapa yang berminat nak datang sila hantarkan email ke [email protected] dengan tajuk “Majlis Berbuka Puasa”.

Untuk maklumat lanjut boleh join Facebook Majlis Berbuka Puasa BeautifulNara. Jom ramai-ramai meriahkan jom. Tak kiralah anda pernah komen kat sini ke atau sekadar silent reader, kami sangat alu-alukan kedatangan anda.

//Untuk gosip terbaru, sila baca artikel di bawah. Sticky post sampai hari Sabtu nie//

May 21st, 2010

1 juta pelawat

Terkesima. Terkedu. Terharu. Semua perasaan bercampur baur dalam benak hati kami. Angka 1 juta pelawat untuk sebulan akhirnya telah berjaya dicapai oleh kami di BeautifulNara.com. Terima kasih banyak-banyak kepada anda semua yang terus menerus memberi sokongan kepada kami. We love you all very much.

Dan Facebook Fans BeautifulNara juga hampir mencecah 9 ribu orang. Kalau sudi, silalah klik sini untuk menjadi fans kami. Kalau anda dah rasa nak muntah layan gosip artis, boleh lawati AmazingNara untuk bergelak ketawa sebentar. Sekali lagi ucapan terima kasih dari kami untuk anda semua yang terus menyokong kami.

February 3rd, 2010

statistik

Terima kasih beribu-ribu lemon kepada anda semua yang membantu kami mencapai 3.48 juta pageview dalam bulan Januari 2010. Jumlah pelawat pada Januari 2010 ialah 807,937, tertinggi yang pernah direkodkan oleh BeautifulNara. Pastinya ini semua adalah jasa baik anda yang memperkenalkan kami kepada kawan-kawan anda semua. Thanks a lot.

Sedikit statistik lain untuk mereka yang berminat mengetahui perkembangan kami:-

1. Alexa Rank – 39,773 worldwide dan 171 untuk di Malaysia

2. Google Page Rank – 3

3. Feedburner Subscription – 589 pembaca

5. Facebook Fan Page – 3,349 fans (klik sini untuk jadi fans kami)

statistik

Setakat hari ini telah 1,296 gosip kami kongsikan bersama anda. Tambah terharu kerana jumlah komen yang diterima telah pun mencecah angka ratus ribu. Korang memang terbaik. Untuk makluman anda, berdasarkan Alexa Rank, BeautifulNara kini adalah blog hiburan nombor 1 di Malaysia.

Terima kasih banyak-banyak kerana sokongan berterusan anda. We love u all ~~~