October 20th, 2009

#Sila skroll ke bawah untuk membaca gosip terbaru

Pergh. Memang ayu seayu-ayunya bila Jojo Struys dalam episod 4 Project Alpha BeautifulNara try pakai tudung bersama ngan Akak Nara. Ha, banyak baju-baju cantik, tudung-tudung cun kat Sunway Pyramid. Kedai yang Jojo ngan Kak Nara pergi namanya Rimba. Memang cun melecun koleksi baju-baju diorang.

Kalau korang dah terlepas episod 1 sampai episod 3 Project Alpha, boleh tengok balik kat sini. Project Alpha dibawakan khas untuk anda oleh Adidas Action 3 Deodorant.

P.S: Sungguh lawak KancilBiru punya blog post pasal BeautifulNara punya Project Alpha. Boleh baca kat sini. Thanks a lot for the article. Sungguh kami terharu.

September 13th, 2009

statistik ogos

Memang gila teruja kami tengok statistik pelawat BeautifulNara untuk Ogos 2009 nie. Kalau bulan Julai hari tue pageview dah mencecah 2.5 juta, kali nie dah sampai 3.5 juta dah. Naik 1 juta dalam masa sebulan. Terharu kami dibuatnya. Nampak sangat anda semua banyak mempromote BeautifulNara nie kat kawan-kawan korang. Terima kasih banyak-banyak kami ucapkan.

Kalau anda ada Facebook, meh la jadi peminat kami di Facebook. Boleh upload-upload gambar, kenal sesama sendiri lebih mendalam kat sana. Mana tau boleh jumpa jodoh pulak kan nanti? Kalau berkembang nanti boleh bincang-bincang nak buat perjumpaan @ gathering BeautifulNara. Jadi kalau tak ada Facebook, leh daftar dulu then terus jadi Fan Beautifulnara di FB.

Di kesempatan ini jugak kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua pembaca blog BeautifulNara. Semoga segala keterlanjuran perkataan, kesilapan tulisan dan kelemahan kami dimaafkan. Berhati-berhati memandu balik raya nanti. Ingatlah orang yang tersayang. Raya kali nie semua orang balik time yang sama, jadi kalu kena traffic jam t ue, rileks jer dulu. Jangan marah-marah.

Salam Aidilfitri dari kami, team BeautifulNara.