February 26th, 2019

Kami tahu ramai peminat K-Pop yang masih belum ‘move on’ dengan kehangatan konsert Blackpink yang berlangsung selama dua hari pada 23 dan 24 Februari hujung minggu lalu di Stadium Malawati Shah Alam.

Tentunya ia mendapat liputan luas pihak media juga kerana ia merupakan kali pertama kumpulan terkenal itu menggegarkan pentas Malaysia.

Seramai 16,000 Blinks terpukau dengan persembahan Blackpink yang bukan sahaja memanaskan pentas dengan lagu berhantu Ddu-Du Ddu-Du serta beberapa lagu hits lain, tetapi aksi lincah mereka menari ditambah pula dengan pelbagai elemen kejutan seperti bunga api membuatkan penonton lebih teruja.

Persembahan mereka juga cukup bertenaga dan sangat menghiburkan, sebab itu lah masih ramai yang teringat-ingat lagi momen di konsert tersebut.

Untuk lepaskan kerinduan anda, berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar konsert Blackpink In Your Area di Malaysia dengan membaca entri ini sepenuhnya. Enjoy!

Kredit Foto : MacpiePro & Blackpink Official

January 2nd, 2019

Nampaknya tahun baru kali ini hangat dengan kisah cinta, kali ini kecoh dengan berita anggota kumpulan EXO Kai yang kini dilaporkan sedang bercinta dengan anggota kumpulan perempuan paling sensasi ketika ini iaitu BLACKPINK Jennie.

Laman web Korea, Disptach dapat merakam foto pasangan ini sedang ‘dating’ di sekitar Sangam-dong, Mapo-gu dan berpegangan tangan di Haneul Park, Seoul. Sebenarnya, itu bukan kali pertama Kai dan Jennie dilihat menghabiskan masa bersama. Sebelum ini, mereka cukup mesra bersama ketika menghadiri menghadiri Fashion Week di Paris.

Wakil SM Entertainment dan YG Entertainment juga telah memberi pengesahan yang mereka berdua menyimpan perasaan antara satu sama lain.

Kisah cinta mereka menjadi bualan hangat di media sosial. Rata-rata peminat gembira dengan berita ini dan mengakui pasangan tersebut sangat sesuai bersama.

Sumber Berita  : Soompi.com