September 12th, 2019

Umum mengetahui betapa bahagianya pelakon Intan Najuwa bersama tunangnya. Ibarat belangkas dah mereka berdua, selalu sahaja berkongsi foto-foto manis ketika “dating”.

intan najuwaBagaimanapun, pasangan ini terpaksa berjauhan sebentar disebabkan tuntutan kerja. Intan menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa rindu yang teramat sangat kepada tunang tercinta. Sempat juga Intan berpesan kepada tunangnya jangan “nakal” semasa ketiadaannya.

intan najuwa rindu tunang

Advertisement

Biasalah tu, bukan mudah untuk menahan rindu terhadap insan tercinta, apatah lagi kalau sedang diulit bahagia dan hati berbunga-bunga.

Sumber Berita : Media Hiburan

Advertisement
August 28th, 2019

Ramai juga yang panas punggung bila pelakon Intan Najuwa memuat naik video yang sangat ‘sweet’ dengan tunang tercinta di dalam kereta mewah, Lamborghini.

intan najuwa

Sekali lagi Intan dilabel dan dikecam sebagai seorang wanita ‘mata duitan’, menggunakan rupa paras yang cantik untuk memikat hati lelaki.

View this post on Instagram

Sweetnya tengok Intan Najwa

Advertisement

A post shared by BeautifulNara.com (@beautifulnaradotcom) on

intan najuwa lamborghini
intan najuwa
intan najuwa tunang

Tidak hanya berdiam diri, Intan memuat naik kenyataan balas di Insta Stories dan seakan menyindir serta mempersoalkan, kenapa lelaki melayu “panas bontot” melihat videonya bersama tunang tersayang.

intan najuwa lelaki melayu panas

Mungkin tidak mahu dirinya terus dikecam, Intan telah memadam video tersebut. Relaks ye Intan, nak risau apa kalau betul dah cinta dan sayang kan? Seeloknya jaga hubungan dengan encik tunang dan semoga berkekalan sehingga ke jenjang pelamin.

Advertisement
August 27th, 2019

Pergh!!! Memang sweet sangat-sangat video yang dikongsikan oleh Intan Najuwa bersama dengan tunangnya. Dengan latarbelakang lagu yang penuh melankolik, pasangan sama cantik sama padan ini sedang menikmati kebahagiaan yang dikecapi sambil menaiki sebuah kereta Lamborghini. Memang boleh cemburu melihatnya!!!

Dengan caption “My other half, my soulmate & my bestfriend“, rata-rata pengikut Instagram Intan Najuwa melahirkan rasa kagum, wow dan sweet melihat video yang telah dikongsikan ini. Banyak komen yang menyatakan mereka berdua mempunyai wajah yang serupa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sweetnya tengok Intan Najwa

Advertisement

A post shared by BeautifulNara.com (@beautifulnaradotcom) on

Kata orang, kalau wajah dah lebih kurang sama, itu bermakna jodoh memang kekal lama. Namun sudah tentu kereta Lamborghini yang dinaiki oleh pasangan ini menjadi topik perbualan hangat di ruangan komen.

Untunglah Intan Najuwa mendapat seorang lelaki yang bukan sahaja kacak, malah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. Memang rezeki betul. Bakal suami Intan Najuwa juga beruntung kerana mendapat seorang bakal isteri yang cantik, comel dan manja. Senang cakap, kedua-duanya sama untunglah.

Apa pun semoga ikatan pertunangan di antara Intan Najuwa dan pasangan akan berakhir ke jinjang pelamin tanpa sebarang masalah. Sama-sama kita doakan.

Advertisement