March 30th, 2017

Pelakon Mawar Rashid kini akui beliau sedang bercinta dengan Raf Yaakob dan sedang mengenali hati budi masing-masing sejak dua bulan lalu. Sebelum ini, Mawar agak berahsia tentang hubungan mereka tetapi beliau kini bersikap lebih terbuka mengenai kekasihnya itu termasuk di media sosial, kerana mahu mengelakkan tanggapan negatif tentang hubungan mereka.

Mawar sebenarnya tidak pernah menyangka akan bertemu dengan seseorang yang mampu untuk membimbing beliau ke arah yang lebih baik. Malah, hubungan Mawar dan Raf juga mendapat restu keluarganya.

Memang pada mulanya saya berhasrat untuk tidak memikirkan soal cinta buat waktu ini, namun jodoh dan pertemuan itu rahsia Allah. Soal cepat dan lambat, itu juga adalah ketentuan-Nya. Saya pula dipertemukan dengan lelaki yang mempunyai pakej lengkap dan berasal dari keluarga yang baik.

Memandangkan keluarga juga memberikan restu kepada kami untuk saling mengenali hati budi, saya berharap semua pihak mendoakan yang terbaik. Apa yang penting, Raf boleh membimbing saya di dunia dan akhirat.

Pasangan ini juga sudah mula berlakon bersama  didalam sebuah telemovie yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Kami mendoakan kebahagiaan Mawar dan Raf. Semoga hubungan mereka ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin.

Sumber Berita : BH ONLINE

September 14th, 2015

Masih ingatkah anda dengan jawapan kelaut Mawar Rashid apabila ditanya apa itu GST? Betullah kata orang, publisiti negatif tetap adalah satu publisiti. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Oleh kerana video tersebut, Mawar Rashid mengakui namanya lebih dikenali atau dalam erti kata lain, semakin popular. Daripada langsung tak dikenali, Mawar Rashid mendapat banyak tawaran lakonan selepas kontroversi tersebut.
mawar rashid

Kata Mawar Rashid:-

Tidak sangka pula kontroversi negatif itu mendatangkan banyak perkara positif dalam hidup saya. Saya ingin tegaskan bahawa kenyataan yang saya berikan ini bukan bermaksud saya berbangga tapi sebagai manusia biasa, saya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Tidak sangka selepas rakaman menjawab soalan itu menjadi viral, saya lebih dikenali. Secara tidak langsung, ia membantu saya terutamanya dalam perniagaan kanta lekap yang saya usahakan.

Ia memberikan lebih rezeki termasuklah tawaran berlakon. Perkara negatif itu mendekatkan saya dengan ramai orang. Malah kebanyakan mereka sudah nampak dan mula berkata walaupun ada yang menganggap saya kurang bijak tetapi sebenarnya saya berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam apa saja bidang yang saya ceburi.

Orang yang berhasad dengki saja yang masih terus beranggapan buruk terhadap saya. Namun setakat ini, lebih banyak orang memberi sokongan. Saya akui bukanlah pandai sangat apabla mula menyertai industri hiburan ini, apatah untuk menjawab perkara yang saya tidak pernah alami.

Apa yang berlaku adalah pengalaman pertama dan setiap kesilapan yang berlaku itu saya perbaiki dan bangun kembali. Saya masih muda dan saya percaya kalau kita berusaha dari sekarang dan sentiasa positif, segalanya akan menjadi baik dan lancar.

mawar rashid

Walaupun dikecam kerana ketidaktahuannya tentang GST selepas video itu menjadi viral, nampaknya Mawar Rashid kini boleh tersenyum riang dengan populariti yang dikecapi. Mungkin selepas ini artis-artis baru yang kurang popular boleh mencuba cara ini untuk mengecap publisiti secepat mungkin. Untung-untung boleh boleh popular sekelip mata. Apa pun, semoga Mawar Rashid belajar dari kesilapan dan banyakkan membaca selepas ini. Jangan asyik tengok Facebook dan Instagram je. Pengetahuan am kena tambah juga dari masa ke masa. Tak gitu?

August 3rd, 2015

Baru-baru ini foto Mawar Rashid berpelukan bersama kekasihnya di atas katil telah tersebar di laman sosial dan menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat.  Tidak pernah lekang dengan kontroversi sejak menyertai program Dewi Remaja, Mawar dalam satu kenyataan kepada Berita Harian berkata beliau adalah mangsa perbuatan sesetengah pihak yang ingin mencalarkan imejnya.

Tidak dinafikan ada pihak yang pihak yang mengambil gambar lama saya dan menggunakannya untuk menjatuhkan saya. Namun saya enggan menuding jari kepada mereka. Ini salah saya sendiri kerana tidak mengambil langkah berjaga-jaga sebelum memilih untuk bergerak aktif dalam bidang seni.

Bagi saya, setiap orang mempunyai kisah silam dan sejarah hitam sendiri. Namun janganlah ia digunakan untuk menjatuhkan individu tersebut.

Belum lagi setahun jagung dalam industri hiburan tanah air, Mawar kini akan lebih berhati-hati ketika ingin berkongsi sesuatu ke media sosial kerana tidak mahu lagi terpalit dengan gosip mahupun kontroversi dan enggan masyarakat serta peminat memandang beliau dari sudut negatif.

Banyak lagi perkara yang Mawar harus pelajari untuk tidak terus menjadi bahan kontroversi dan masyarakat menganggap anda sebagai “bimbo”.

Sumber Berita: BH PLUS

May 28th, 2015

Setiap kali Abang Nara bercerita tentang GST dengan kawan-kawan di kedai mamak, nak tak nak pasti nama Mawar Rashid turut sama terpalit dalam perbualan kami. Hehehe. Sehingga ke hari ini masih terbayang gaya Mawar menjawab soalan tentang GST di dalam video ini. Fuh!!! Memang kekal forever terpahat dalam minda. Kerana kontroversi itu, Mawar Rashid popular seantero Malaysia dalam sekelip mata. Bukan senang nak femes secepat ini kan?

mawar rashid

Namun kalau Abang Nara meletakkan diri di kasut Mawar Rashid, memang stress, serik dan takut juga dengan apa yang terjadi. Mana tidaknya, hentaman serta kritikan diterima dari semua sudut. Sharnaaz Ahmad pun turut bantai juga. Kritikan yang paling kerap diterima sudah tentu “beauty without brain”. Akibatnya, Mawar Rashid mengakui dirinya patah semangat. Kata Mawar:-

Sejujurnya, saya memang patah semangat dek kontroversi berkenaan. Itu saya tak nafikan. Untuk orang baharu dan mentah seperti saya melalui perkara sebegitu, ia sangat menggerunkan. Daripada isu itu, orang mula mengandaikan saya tak berapa pandai. Saya bangkit dan pulih semangat semula dalam tempoh seminggu selepas kontroversi itu.

Saya ambil dan pandang apa yang terjadi itu dari sudut positif. Saya tak mahu terus larut dengan keadaan sebegitu. Saya tak mahu kontroversi itu terus menghantui dan memberi kesan dalam hidup. Apa yang terjadi atas khilaf saya sendiri. Salah saya sendiri kerana tak peka isu semasa. Selepas ini, saya akan mempersiapkan diri dari sudut fizikal dan mental sebelum berdepan dengan apa sahaja kemungkinan.

Kritikan yang diterima saya akan jadikan ruang untuk bermuhasabah dan memperbaiki diri. Insya-Allah saya masih hijau dalam dunia seni ini. Saya akan terus kuatkan diri dalam meneruskan laluan seni ini. Saya tak boleh bersikap sambil lewa dan acuh tak acuh lagi selepas ini. Salah cakap, pasti saya akan pantas dihukum. Tak nak salah cakap dan bual lagi.

mawar rashid

Mati-mati Abang Nara ingatkan Mawar Rashid patah semangat sampai sebulan dua. Seminggu je rupanya. Ini menunjukkan Mawar seorang yang kuat semangat, positif dan sentiasa mahu memperbaiki diri. Untuk makluman, Mawar kini sudah mula menerima tawaran lakonan. Nasihat Abang Nara, kalau nak pergi interview ke apa-apa lepas ini, tanya dulu tajuk apa yang akan dibincangkan dan study betul-betul. Jangan sekadar dengar cakap pakcik dari Australia tue. Hehehe. Sumber Berita Harian.