March 13th, 2018

Sebelum ini Nelydia pernah dikatakan bercinta dengan bekas suami Nora Danish dan Fasha Sandha iaitu Toh Muda Rizal Ashram Ramli. Ia bagaimanapun dinafikan oleh Nelydia yang mendakwa dia masih single setelah putus cinta dengan teman lelaki sebelum ini, sebaliknya dia dengan Rizal atau lebih dikenali sebagai Jejai itu hanya kawan biasa.Bagaimanapun kami ada menerima e-mel dari pembaca mendakwa Nelydia atau Nik Zaris Nelydia Nik Sen kini mempunyai teman lelaki yang bergelar jutawan muda berusia awal 30-an dan merupakan rakan perniagaan Jejai.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Pembaca itu menggelar pemuda yang bergambar dengan Nelydia dengan gelaran Mr H.

Jika benar, memang sepadan sekali Nelydia dengan Mr. H yang kacak itu. Kesahihannya idak dapat dipastikan tetapi kalau betul apa salahnya, ya tak?

Nelydia kini sedang meletup dengan drama Lafazkan Kalimah CIntamu lakonannya dengan Farid Kamil. – beautifulnara.com

February 26th, 2015

Masih ingat dengan Atikah Suhaime yang membuat kejutan kerana tersenarai tersenarai di dalam Top 5 ABPBH2014 untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular?

Terdapat desas-desus yang Atikah mempunyai seorang kekasih yang merupakan seorang juruterbang yang kacak. Ini dinafikan oleh Atikah dan berharap agar dirinya tidak dikaitkan dengan gosip  cinta. Bagaimanapun kami menerima beberapa keping gambar jejaka yang dikatakan juruterbang itu.


 photo 11008386_814812665270029_6056944485220569129_n.jpg
 photo 18418_814812658603363_5405083336060787236_n.jpg
 photo 11026024_814812655270030_6121278914296820377_n.jpg

Boleh tahan kacak juga orangnya. Memang sesuai dan padan sangatlah dengan Atikah yang comel.

Buat masa ini kami masih belum melihat hasil kerja Atikah, dan memang tidak kenal jika dia tidak tercalon dua kategori untuk ABPBH. Dari gambar-gambar memang bukan seperti sekadar kawan saja pasangan ini, tetapi kebenaran hanya mereka yang tahu. Jika benar semoga berkekalan diucapkan.

January 31st, 2015

Sepanjang kerjaya si jelita Carmen Soo, 36, sebagai seorang pelakon dan model, beliau tidak pernah mendedahkan kekasihnya. Pernah digosipkan dengan Jericho Rosales, pelakon ini sudah mencipta nama di Filipina dan masih diminati di negara itu hingga ke hari ini.


 photo 914507_1407240949572005_1239061831_n.jpg
Nampaknya Carmen tidak berselindung siapa kekasihnya kini. Jejaka bertuah itu bernama Benson. Mengikut profil Instagram, Benson ialah seorang gemar bersukan dan makanan. Ketika ditanya oleh Daphne Iking bilakah tarikh perkahwinannya, Carmen hanya ketawa.


 photo Untitled.png

Memang sepadan Carmen dengan Benson bagai pinang dibelah dua, tak gitu? Harap hubungan anda berdua akan berakhir di gerbang perkahwinan dan jangan lupa share wedding photos. 

Lagi lima gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 photo 10890604_449588315205400_2053256735_n.jpg
 photo 10852795_344726259033407_1163208999_n.jpg
 photo 10881757_290818887794203_1646014232_n.jpg
 photo 10895449_1458052501105971_1263946131_n.jpg
 photo 10949098_1542832605984645_711037665_n.jpg