May 29th, 2015

Tahun lalu, Asus telah melancarkan siri telefon pintar Zenfone yang telah mendapat sambutan hangat di Malaysia. Abang Nara pun ada beli satu sebab teruja dengan harganya yang murah. Untuk tahun 2015, sekali lagi peminat Asus tidak dikecewakan dengan kehadiran Asus Zenfone 2 yang sedang dijual di Malaysia bermula dengan harga RM599.
asus zenfone 2Asus Zenfone 2 lebih seksi, lebih pantas dan lebih mengkagumkan. Ada lima varian yang ditawarkan dengan varian paling rendah adalah Asus Zenfone 2 ZE500CL yang membawakan ruangan storan 8GB, cip Intel Z2560 1.6Ghz, memori 2GB RAM, skrin bersaiz 5-inci, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 2-megapixel. Yang ini harganya RM599. Untuk varian yang lain, kesemua skrin adalah bersaiz 5.5 inci dan didatangkan dengan  kamera belakang 13-megapixel, serta kamera hadapan 5-megapixel.asus zenfone 2

Telah mula dijual pada 9 Mei lalu, Asus Zenfone 2 membawakan beberapa ciri-ciri yang sangat awesome seperti pengecasan pantas, rekaan yang lebih cantik, kamera dengan fungsi Pixelmaster 2.0 dan variasi penutup belakang yang pelbagai. Jika anda pernah menggunakan Asus Zenfone sebelum ini, Zenfone 2 menjanjikan pengalaman yang lebih awesome dan berbaloi.

asus zenfone 2

Pasti ramai yang teruja untuk mendapatkan Asus Zenfone 2 ini kan? Sekarang ini Asus menawarkan pembelian di atas talian di laman web Asus Store. Pelbagai pilihan ditawarkan. Tak perlu pergi ke kedai lagi. Apa yang penting, semua harga telah pun termasuk caj GST. Tak ada tambahan apa-apa.asus zenfone 2

Tunggu apa lagi? Dapatkan Asus Zenfone 2 sekarang juga sebelum kehabisan stok. Maklumat lanjut tentang telefon pintar awesome ini boleh dibaca di Amanz.my.

April 22nd, 2014

Minggu lalu, Abang Nara telah terbang ke Jakarta untuk menghadiri majlis pelancaran ASUS Zenfone untuk pasaran Asia Tenggara. Bertempat di Pullman Hotel Central Park, para media Malaysia yang hadir terkejut besar apabila harga untuk ASUS Zenfone ini diumumkan. Mana tidaknya, ia sangat murah dan sangat berbaloi dengan kualiti yang ditawarkan.
asus zenfone
Ada tiga jenis ASUS Zenfone yang bakal dijual di Malaysia iaitu Zenfone 4, Zenfone 5 dan Zenfone 6. Angka 4, 5 dan 6 itu adalah untuk kebesaran skrin dalam ukuran inci. Untuk Zenfone 4, harganya ialah RM299, Zenfone 5 RM599 dan Zenfone 6 RM899. Tak sampai RM1,000 pun. Memang mengejutkan sungguh harga yang ditawarkan. Abang Nara terus rasa nak beli masa itu jugak.
asus zenfonePasti anda terfikir, harga murah kualiti mesti tak berapa bagus. Itu adalah tanggapan yang salah. Dilengkapi dengan antaramuka khas ZenUI, kamera belakang Zenfone 4 kamera belakang 5-megapixel, Zenfone 5 dengan kamera 8-megapixel PixelMaster dan Zenfone 6 dengan kamera 13-megapixel PixelMaster. Apakah itu PixelMaster? PixelMaster adalah teknologi ASUS yang membolehkan penangkapan gambar ataupun video tanpa masalah dalam apa juga keadaan pencahayaan. Kiranya kalau dalam bilik yang kurang cahaya pun gambar confirm keluar cun melecun punya.

asus zenfone

Abang Nara sempat mencuba ZenUI yang digunakan sebagai antaramuka di Asus Zenfone ini. Ia amat pantas, lancar dan tidak ada tersekat-sekat. Salah satu ciri kegemaran ZenUi pada Abang Nara ialah “Record Call“. Bolehlah Abang Nara rakam perbualan telefon dengan wife dan anak tercinta. Bila rindu boleh mainkan kembali. Dan satu lagi ciri yang mantap ialah applikasi “Do It Later“. Untuk orang pelupa seperti Abang Nara, ia berfungsi sebagai peringatan untuk tugasan yang hendak dilakukan. Macam “reminder”  lah lebih kurang.

asus zenfone

Pelancaran Asus Zenfone ini telah dilakukan oleh Pengerusi ASUS Jonney Shih dan juga CEO Jerry Shen. Menurut mereka, ASUS Zenfone ialah sebuah produk dengan kualiti Apple iPhone tetapi pada harga yang mampu milik. Untuk makluman, Zenfone didatangkan dengan 3 warna utama Charcoal Black, Pearl White dan Cherry Red. Warna-warna “special edition” turut sama disediakan untuk mereka yang mahukan kelainan. Tapi bagi Abang Nara, warna Cherry Red dah cukup cantik dah.

asus zenfone

Sila tonton video di bawah untuk mengetahui lebih banyak informasi mengenai ASUS Zenfone:-


Untuk bacaan lanjut, anda boleh layari laman web Amanz yang memberikan ulasan secara lebih terperinci mengenai ASUS Zenfone ini. Apa yang pasti, bagi Abang Nara, ASUS Zenfone memberikan lebih banyak pilihan kepada para pengguna Malaysia untuk mendapatkan smartphone berkualiti pada harga yang amat-amat berbaloi. Serius Abang Nara teruja dengan usaha mantap ASUS ini.asus

Jangan lupa untuk LIKE Facebook ASUS Malaysia untuk mengetahui tarikh rasmi kemunculan ASUS Zenfone di Malaysia. Kalau anda berniat nak beli telefon baru, simpan dulu hasrat tersebut. Tunggulah kehadiran Zenfone terlebih dahulu. Anda pasti akan tidak menyesal.