Asus Zenfone 2 Mengkagumkan, Harga Bermula RM599

Hiburan

Asus Zenfone 2 Mengkagumkan, Harga Bermula RM599

Tahun lalu, Asus telah melancarkan siri telefon pintar Zenfone yang telah mendapat sambutan hangat di Malaysia. Abang Nara pun ada beli satu sebab teruja dengan harganya yang murah. Untuk tahun 2015, sekali lagi peminat Asus tidak dikecewakan dengan kehadiran Asus Zenfone 2 yang sedang dijual di Malaysia bermula dengan harga RM599.
asus zenfone 2Asus Zenfone 2 lebih seksi, lebih pantas dan lebih mengkagumkan. Ada lima varian yang ditawarkan dengan varian paling rendah adalah Asus Zenfone 2 ZE500CL yang membawakan ruangan storan 8GB, cip Intel Z2560 1.6Ghz, memori 2GB RAM, skrin bersaiz 5-inci, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 2-megapixel. Yang ini harganya RM599. Untuk varian yang lain, kesemua skrin adalah bersaiz 5.5 inci dan didatangkan dengan  kamera belakang 13-megapixel, serta kamera hadapan 5-megapixel.asus zenfone 2

Telah mula dijual pada 9 Mei lalu, Asus Zenfone 2 membawakan beberapa ciri-ciri yang sangat awesome seperti pengecasan pantas, rekaan yang lebih cantik, kamera dengan fungsi Pixelmaster 2.0 dan variasi penutup belakang yang pelbagai. Jika anda pernah menggunakan Asus Zenfone sebelum ini, Zenfone 2 menjanjikan pengalaman yang lebih awesome dan berbaloi.

Advertisement

asus zenfone 2

Pasti ramai yang teruja untuk mendapatkan Asus Zenfone 2 ini kan? Sekarang ini Asus menawarkan pembelian di atas talian di laman web Asus Store. Pelbagai pilihan ditawarkan. Tak perlu pergi ke kedai lagi. Apa yang penting, semua harga telah pun termasuk caj GST. Tak ada tambahan apa-apa.asus zenfone 2

Tunggu apa lagi? Dapatkan Asus Zenfone 2 sekarang juga sebelum kehabisan stok. Maklumat lanjut tentang telefon pintar awesome ini boleh dibaca di Amanz.my.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...