December 6th, 2019

Sejak kebelakangan ini banyak juga kes perceraian terjadi di kalangan selebriti dan tidak kurang juga beberapa pendakwah bebas. Lebih menyedihkan, ada juga perceraian terjadi ketika si isteri sedang sarat hamil. Apa yang berlaku tidak dinafikan menjadi bualan hangat netizen sehingga timbul pelbagai spekulasi liar.

ustaz ebit lew

Meluahkan rasa sedih dan pilu dengan keadaan tersebut, Ustaz Ebit Lew tampil memberikan nasihat buat suami dan juga mereka yang bakal bergelar suami di luar sana untuk lebih menghargai isteri mereka. Jangan mudah melepaskan tanggungjawab dengan menceraikan isteri sedang hamil demi mengejar cinta baharu.

Sedih lihat suami cerai isteri tengah

sarat hamil

ustaz ebit lewustaz ebit lew

Isteri amanah Allah SWT untuk suami

pimpin ke syurga

ustaz ebit lew

Bahagia itu kalau kita beri, bukan

tuntut hak dari pasangan

ustaz ebit lew

Wanita boleh jadi paling keras dan

menyakitkan

ustaz ebit lewMendalam betul maksud disebalik kata-kata Ustaz Ebit Lew. Memang benar, bukan mudah untuk melayari bahtera perkahwinan, pasti akan ada pasang surutnya. Namun, suami sebagai nakhoda  rumah tangga perlu bijak mengemudikan bahtera keluarga menuju kebahagiaan. Berusaha memberikan komitment yang tinggi dalam rumah tangga yang dibina dan selalu menghargai isteri.

Sumber Berita : Ustaz Ebit Lew

December 6th, 2019

Kontroversi pergolakan rumah tangga membabitkan Da’i Farhan dan bekas isterinya Fatin Nurul Ain masih belum reda. Sebelum ini, pendakwah itu didakwa telah memukul dan mengurung bekas isterinya itu tetapi Farhan menafikannya dan menganggap dakwaan tersebut adalah fitnah semata-mata.

da'i farhan ceraikan isteri pertama

Terbaru, menerusi portal Harian Metro, ada sumber mengatakan Fatin telah membuat laporan polis berhubung dirinya yang menjadi mangsa kekerasan bekas suami sehingga mengalami kecederaan. Fatin mendakwa dirinya telah ditolak, dicakar dan ditampar oleh Farhan selepas bekas suaminya itu tidak berpuas hati dengan mesej antara dirinya dan keluarga.

Menurut laporan polis dibuat mangsa, pendakwah itu juga menolak wanita berkenaan menyebabkan dia terjatuh.

isteri pertama dai farhan

Lelaki berkenaan kemudiannya didakwa mencengkam pergelangan tangan mangsa hingga menyebabkan ada kesan cakar pada tangan kiri wanita terbabit.

Entah apa yang membuatkan Farhan begitu berang sehingga dia turut didakwa telah menepuk belakang bekas isterinya itu sebelum bertindak menampar pipinya. Ekoran kejadian tersebut, Fatin yang sedang sarat hamil tujuh bulan mengalami sakit pinggang akibat terjatuh selepas ditolak oleh lelaki itu.

da'i farhan ceraikan isteri pertama

Mangsa yang sarat mengandung mengalami sakit pinggang akibat terjatuh selepas ditolak lelaki terbabit.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di rumah mereka di Taman Bukit Indah, Ampang kira-kira jam 3 pagi pada 22 November lalu sebelum Fatin membuat laporan polis, Sabtu lalu.

da'i farhan pukul isteri

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff  mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku itu.

Sumber Berita : Harian Metro