Written by Irsa | November 22nd, 2019

Mana satu generasi yang menggambarkan anda? Ha, tak kisah yang mana pun, kesemua generasi ini boleh hidup di bawah satu bumbung dalam projek perumahan EcoWorld. Baru bertapak selama 6 tahun di Malaysia, syarikat muda ini telah, sedang dan akan terus membina perumahan, tempat tinggal dan ruang untuk kehidupan dan komuniti merentasi generasi, untuk semua generasi tanpa mengira usia, minat dan apa yang anda lakukan.

semua generasi di bawah projek perumahan ecoworld

Apa itu generasi? Satu generasi menggambarkan keadaan atau situasi di mana setiap individu mempunyai pengalaman hidup yang tersendiri. Ia juga menggambarkan siapa diri kita dan bagaimana kita melihat dunia dari kacamata sendiri. Setiap generasi mempunyai personaliti tersendiri. Setiap generasi mempunyai kepercayaan, nilai, budaya, perspektif, kegemaran, kemahiran dan tret personaliti yang berbeza terhadap kehidupan, pekerjaan, impian dan cita-cita. Malah setiap generasi juga mempunyai pandangan berbeza tentang rumah yang ingin didiami.

Di zaman serba moden ini, klasifikasi generasi tidak hanya terhad kepada Generasi X, Y, Baby Boomers dan Z semata-mata. Ha, kalau anda tertanya-tanya anda tergolong di dalam generasi yang mana satu, mungkin senarai di bawah boleh membantu.

Gaya Hidup “The Zen Generation”

the zen generation ecoworld

Untuk mereka yang ingin mencari ketenangan minda dan merehatkan badan serta jiwa, kediaman EcoWorld mempunyai ruang riadah luar yang sesuai untuk bermeditasi.

Gaya Hidup “The Explorer Generation”

the explorer generation ecoworld

Untuk anda yang mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan gemarkan alam semuladi serta pengembaraan. Di perumahan EcoWorld, anda seisi keluarga boleh menerokai taman permainan dan laman hijau yang penuh dengan keunikan dan keajaiban untuk diteroka.

Gaya Hidup “The Ever Learner Generation”

the ever learner generation ecoworld

Tidak dilupakan buat mereka yang sudah berusia namun percaya umur bukan penghalang untuk belajar sesuatu baharu, kewujudan EcoWorld Life Space pastinya membuatkan anda teruja untuk belajar sesuatu yang baharu setiap hari.

Gaya Hidup “The Culinary Generation”

the culinary generation ecoworld

Dengan ruang dapur yang cukup luas untuk membina dapur idaman, mereka yang gemar memasak pastinya gembira dapat menghidangkan masakan sendiri untuk keluarga tercinta setiap hari sambil mencipta memori yang kekal abadi.

 
Written by Irsa | November 21st, 2019

marathon ben amir

Sejak kebelakangan ini, larian marathon semakin hari semakin popular di Malaysia. Sekiranya anda seorang kaki marathon, pastinya anda tidak terlepas untuk mengakhiri larian tahun ini dengan menyertai OPPO Reno Festive Run yang sangat istimewa dan unik!!!

Tarikh: 21 Disember 2019 (Sabtu)
Masa: 6 pm
Lokasi : KL Sports City, Bukit Jalil
Cenderahati: T-shirt, Bib Number, Woven Bag, Medal, E-Certificate and barangan sponsor

Khas untuk para pelanggan yang membeli mana-mana telefon OPPO bermula sekarang sehingga 15 Disember, anda akan memperolehi 1 penyertaan percuma ke festival larian ini menerusi kod IMEI. Ia boleh ditebus menerusi laman rasmi OPPO

2 Tema

1. Rumah hantu
2. Rumah bertemakan Krismas

Sekiranya anda peminat pelakon kacak Ben Amir, jangan lepaskan peluang ini untuk bertemu dengan Ben Amir juga akan turut hadir ke OPPO Reno Festive Run ini.

Bolehlah melihat kehenseman dan ketampanan Ben Amir secara face to face. Barulah lebih bersemangat sebelum memulakan larian.

marathon ben amir

Kumpulan penyertaan & harga pendaftaran

5KM – Harga biasa RM55, early bird RM50
10KM – Harga biasa RM70, early bid RM65

Hadiah

marathon ben amir

marathon ben amir

Aktiviti-aktiviti

1. Peraduan gambar: Muatnaik gambar/video dengan hashtag #OPPORenoFesRun2019 dan #OPPOReno2 ke Instagram dengan menggunakan telefon OPPO Reno 2 series (milik sendiri atau mana-mana Reno2 di stesen disediakan). Gambar yang diambil mestilah menggunakan Ultra Dark Mode beserta watermark untuk gambar yang lebih jelas pada waktu malam. Untuk video pula, jangan lupa gunakan Ultra Steady Video untuk memastikan video anda lebih stabil. Penyertaan paling kreatif akan memenangi hadiah utama.
2. Cabutan bertuah sebanyak 3 pusingan yang bernilai RM10,000.

PENDAFTARAN

marathon ben amir

Sekali lagi diingatkan anda boleh mendaftar secara PERCUMA sekiranya membuat pembeliaan mana-mana telefon OPPO bermula sekarang sehingga 15 Disember. Anda akan menerima satu kod IMEI yang boleh ditebus SINI

Untuk bukan pelanggan yang ingin mendaftar secara normal, boleh pergi ke pautan https://www.racexasia.com/event/oppo-reno-festive-night-run/ untuk pendaftaran. Jangan lupa untuk periksa dulu saiz t-shirt anda di bawah sebelum melengkapkan pendaftaran.

marathon ben amir

Zaman sekarang ini, ramai yang ingin merakamkan kenangan dan mengabadikan momen istimewa dengan menggunakan telefon pintar. Namun, tidak semua mampu mendapatkan hasil yang memuaskan. Agak geram juga apabila berpuluh jenis foto dan video yang diambil tetapi mungkin satu atau dua sahaja yang berkualiti.

Kini, anda tidak perlu risau lagi kerana model terbaru OPPO Reno2 iaitu telefon pintar berkuasa tinggi dengan 4 kamera utama yang bukan sahaja meningkatkan kualiti foto tetapi rakaman video juga.

marathon ben amir

marathon ben amir

Dilengkapi teknologi Ultra Dark Mode dan Ultra Steady Video. Memang cun habis, lepas ini bolehlah muat naik foto dan video gempak berkualiti tinggi. Malah, selebriti popular Neelofa juga mengakui kualiti OPPO Reno2 sangat hebat luar daripada jangkaannya.

Berikut antara ciri-ciri awsome OPPO Reno2. Check it out!

5x Hybrid Zoom

OPPO Reno2

Nak ambil gambar sejauh yang anda mahu? Jangan risau OPPO Reno2 ada 5x hybrid zoom yang akan memudahkan anda merakam objek kegemaran anda tanpa menghampirinya.

OPPO Reno2

OPPO Reno2

OPPO Reno2

20x Digital Zoom

Tak cukup dengan 5x hybrid zoom? Anda juga boleh melakukan digital zoom sehingga 20x dengan OPPO Reno2 ini. Jangan risau bab kualiti kerana gambar anda tetap jelas, tepat dan mantap.

OPPO Reno2

OPPO Reno2

Ultra Steady Video

Suka jogging? Suka berlari? Selalu naik basikal? Atau gemar bercuti main ski? Dengan OPPO Reno2, anda boleh abadikan segala detik-detik istimewa ketika melakukan sebarang aktiviti dalam bentuk video 60 FPS tanpa sebarang gegaran kerana ia dilengkapi dengan Electronic Image Stabilization (EIS) dan Optical Image Stabilization (OIS).

Teknologi ini akan membolehkan video anda dirakam anda lebih jelas, stabil dan lancar. Pastinya selepas ini, anda akan bertambah asyik merakamkan video kerana kualiti yang dihasilkan memang ‘tip top’.

Bokeh Effect Video

Selain itu, ada ciri yang lebih best iaitu fungsi Bokeh Effect Video yang mengaburkan latarbelakang sebelum anda mengambil video untuk kamera hadapan dan belakang. Barulah gambar yang diambil lebih menonjol.

Tambah menarik, fungsi Background Noise Reduction turut terpasang sekaligus menghalang bunyi bising di latarbelakang dan memudahkan rakaman suara manusia sahaja.

Audio Zoom

Terdapat juga fungsi Audio Zoom yang memperkuatkan bunyi objek apabila anda meng”zoom” objek tersebut. Memang sesuai ketika penggambaran dalam keadaan angin kencang ataupun jalan yang penuh dengan manusia. Hebat kan?

Ultra Dark Mode

OPPO Reno2

OPPO Reno2

Memudahkan anda mengambil gambar di waktu malam walaupun tanpa cahaya yang secukupnya. Menghasilkan foto yang sangat terang dan jelas. Bahkan setiap butiran atau perincian gambar yang tidak boleh dilihat dengan mata manusia tetap terlihat. Lagi hebat, kamera OPPO Reno2 akan secara automatic mencerahkan gambar yang diambil tanpa penghasilan noise apabila sumber cahaya kurang daripada 5 lux.

OPPO Reno2

Buat anda yang masih keliru untuk mendapatkan sama ada OPPO Reno 2 atau RENO 2F, berikut kami sediakan perbandingan antara kedua telefon pintar ini.

OPPO Reno2

Perbandingan OPPO Reno2 & Oppo Reno2 F

SpecsOPPO Reno2OPPO Reno2 F
Screen6.5 Full AMOLED Screen

Front: 6th generation Corning Gorilla Glass

Back: 5th generation Corning Gorilla Glass
6.5 Full AMOLED Screen

5th generation Corning Gorilla Glass (front and back)
ColorSunset Pink and Luminous Black Sky White and Lake Green
Rear cameras48MP Main Camera + 13MP (telephoto) + 8MP (wide angle) + 2MP (Mono Lens)

5x Hybrid Zoom

Ultra Dark Mode

Ultra Steady Video
48MP Main Camera + 8MP (wide angle) + 2MP (Mono Lens) + 2MP (Portrait lens)

Ultra Night Mode 2.0
Front camera16MP + Soft front light. AI Beauty Mode16MP + Atmosphere light. AI Beauty Mode
Storage8GB RAM + 128GB Storage and 4000 mAh battery8GB RAM + 128GB Storage and 4000 mAh battery
ChargeVOOC 3.0 Flash ChargeVOOC 3.0 Flash Charge

Untuk maklumat lanjut tentang OPPO Reno2 dan OPPO Reno2 F, ada boleh layari OPPO Online Store dan juga OPPO Concept Store.

Written by AbangNara | October 18th, 2019

Buat semua wanita di luar sana, My Beaute Village telah membuka cawangan terbaru mereka di Vivacity Megamall, Kuching, Sarawak pada 12 Oktober 2019!

my beaute village

My Beaute Village merupakan sebuah pusat jualan produk kecantikan yang menawarkan lebih daripada 1000 produk kecantikan termasuk produk penjagaan wajah, penjagaan kulit, penjagaan rambut, penjagaan kuku, dan sebagainya.

my beaute village

my beaute village

Dari hujung rambut hingga hujung kaki, My Beaute Village menawarkan pelbagai pilihan produk kecantikan untuk memenuhi keperluan dan kesesuaian setiap orang. Dari pupur muka ke serum muka, toner muka, pembersih muka, syampu rambut, kondisioner rambut, losyen badan, dan banyak lagi, semuanya boleh didapati di sini!

Yang paling penting, semua produk yang dijual di My Beaute Village 100% diimport dari luar negara seperti UK, Itali, Sepanyol, Denmark, Switzerland, Australia, dan Korea. Jadi anda tak perlu risau kerana semua produk ini dijamin bermutu tinggi!

my beaute village

my beaute village

Kepada anda yang dah tak sabar nak ke My Beaute Village untuk menyertai majlis pembukaan rasmi mereka, mari kami kongsikan beberapa promosi/aktiviti istimewa yang ada ditawarkan!

my beaute village

1. Hadiah Percuma + Baucer RM5
Dari 18 hingga 20 Oktober, 300 pelanggan terawal yang “LIKE & SHARE” halaman Facebook dan Instagram My Beaute Village akan memperoleh hadiah percuma dan baucer RM5! Cepat-cepat! Jangan terlambat!

 
Written by AbangNara | October 2nd, 2019

Sesibuk mana pun kita, kecantikan muka perlu dijaga kerana barkait rapat dengan kesihatan. Ramai wanita di luar sana kurang mengambil berat tentang kesihatan diri sendiri kerana terlalu sibuk dengan rutin harian mereka.

wanita selfie

Ada diantara wanita yang sangat sibuk sehingga tak ambil sarapan pagi sebab terkejar-kejar dengan urusan kerja dan urusan rumah tangga. Tak kira sama ada bujang atau pun berumah tangga, mereka sering mengabaikan diri sendiri.

wanita kepenatan

Kerana terlalu sibuk, mereka tak sempat menguruskan diri dan menyebabkan sentiasa berfikiran negatif dan akan menjadi lemah. Kehidupan akan jelas hala tuju dan matlamatnya jika kita mengubah persepsi, mengubah keutamaan, mengubah fokus kehidupan, daripada negatif kepada positif.

Penampilan imej diri seseorang amat bergantung kepada emosi yang ada dalam hati atau jiwa kita. Jika dalaman kita, iaitu jiwa tidak elok, secara tidak sedar, kita juga akan mempamerkan hanya yang tidak elok kepada sifat luaran kita dan penampilan diri kita.

Lazimnya, orang yang kacau jiwanya akan mempamerkan penampilan diri yang negatif, pakaiannya tidak terurus, rambut kusut-masai, berwajah masam muram dan susah hendak senyum. Pada wajahnya sahaja sudah dapat kita baca isi hatinya.

Jadi, kepada semua wanita di luar sana mari kami kongsikan 6 rahsia cantik, sihat, dan sentiasa ceria walaupun hari-hari sibuk:

1. Lakukan senaman ringkas

senaman ringkas

Senaman akan memberi anda lebih banyak tenaga dan mengekalkan bentuk badan anda. Satu penyelidikan baru dari Universiti McMaster menunjukkan bahawa latihan ketahanan akan membantu anda melawan dan melambatkan tanda-tanda penuaan, seperti rambut cepat botak, beruban dan kulit cepat nipis.

Ini juga dapat membantu kehidupan lebih tenang walaupun anda hanya berlari 15 minit.

2. Stop picit jerawat

picit jerawat

Jangan sesekali memicit jerawat pada bahagian muka. Ini akan menyebabkan muka anda berparut dan menyebabkan jangkitan kuman. Kulit anda tidak akan sembuh dengan betul. Segelintir wanita yang tiada masa untuk menjaga muka, gemar memicit jerawat pada muka sehingga ia merebak ke bahagian lain. Sebenarnya tangan anda sendiri penyebab jerawat merebak.

3. Bersihkan mekap sebelum tidur

cuci mekap sebelum tidur

Satu hari penuh setelah melakukan pelbagai jenis pekerjaan, bagi segelintir wanita sudah pasti ingin rehatkan badan buat seketika. Apabila sudah terlalu penat itu penyebab mereka jadi malas untuk mencuci muka dan juga mandi.

Tidur dalam keadaan muka yang masih penuh dengan segala kotoran dan solekan masih lekat di muka adalah sangat tidak bagus untuk wajah anda.

buang kesan gincu

Sudah pasti anda menginginkan wajah dan kulit yang cantik, putih dan bersih. Tetapi jika perangai malas dan pentingkan penat, anda tidak akan dapat wajah yang diimpikan. Sebaiknya cucilah muka sebelum tidur.
Jika anda lakukan rawatan ini sebagai rutin harian, sudah pasti wajah anda tidak akan dimakan usia malah kedutan juga tidak akan muncul di wajah anda. Ini kerana regenerasi kulit bekerja pada waktu malam.

4. Jangan syampu rambut setiap hari

syampu rambut

Segelintir daripada korang mesti cuci rambut setiap hari dengan harapan nak hilangkan masalah rambut dan kulit kepala seperti gatal-gatal, kelemumur dan rambut kering. Tapi kan, korang rasa rambut korang sihat ke kalau cuci hari-hari?

Percaya atau tak, menurut pakar rambut, rutin harian korang tu sebenarnya bukan memulihkan tapi menambah lagi kerosakan pada rambut! Syampu yang korang pakai tu bukan je buat rambut kering, malah ia menghilangkan natural conditioner kat kepala.

Korang cuma perlu cuci selang sehari atau sekali untuk dua ke tiga hari je. Dalam masa yang sama rambut korang boleh hasilkan minyak semula jadi. Kalau korang rasa rambut dan mula berminyak dan kepala gatal-gatal, kena lah cuci dan syampu okayss!

dua wanita berseronok

Harap semua wanita ambil berat pasal penjagaan rambut, termasuk yang bertudung tu. Yelah, siapa je tak nak rambut yang bersinar dan cantik kan?

5. Dapatkan tidur yang cukup

tidur yang cukup