May 20th, 2013

Berita baik untuk peminat Kpop semua. Stadium Putra Bukit Jalil bakal digegarkan oleh 3 nama besar industri hiburan Korea Selatan iaitu Beast, 4Minute dan G.NA  pada 27 Jun ini, Ini pastinya sangat-sangat mengujakan peminat-peminat Kpop Malaysia. Tak gitu?

aiakpop

Dianjurkan khas oleh syarikat AIA, konsert ini membawakan tema “Be real. Love it. Live it“. Hanya 2,000 keping tiket akan dibuka untuk jualan. Jadi kalau anda berminat untuk menghadiri konsert ini, sila pastikan anda melakukan pendaftaran di laman web AIA Kpop untuk mendapat harga istimewa.

aiakpop

Tiket-tiket yang berharga RM250-RM450 akan dijual di TicketCharge outlets bermula 20 Mei iaitu hari ini. Jadi siapa cepat dia akan dapat. Selain daripada menonton konsert, pelbagai aktiviti bakal dianjurkan untuk memeriahkan lagi konsert ini.

aiakpop

Jadi tunggu apa lagi? Kalau anda peminat Beast, 4Minute dan G.NA, inilah peluang anda untuk menyaksikan kehebatan mereka beraksi secara langsung. Untuk info lanjut, layari www.aiakpop.com.my.

July 13th, 2011

celcom mtv world stage

Yes ~~~~~~~~~~~ Berita baik kepada anda semua. MTV World Stage kembali lagi ke Malaysia tahun ini. Rasanya pihak MTV sangat gembira dengan sambutan daripada rakyat Malaysia sehingga mereka selalu datang untuk buat MTV World Stage kat sini. Dan satu lagi berita baik sekiranya anda pengguna Celcom. Anda boleh memenangi tiket-tiket percuma daripada Celcom dengan cara di bawah:-

celcom mtv world stage

Sonang je eh. Reload RM50 dah boleh dapat 2 tiket ke MTV World Stage. Tak perlu susah-susah. Apa korang tak ada RM50? Rileks. Ada  3 lagi cara lain nak menang yang lebih kurang mudah jugak.

celcom mtv world stage

Gunakalah salah satu cara di atas untuk mendapatkan tiket MTV World Stasge anda. Yang penting lepas dah buat salah satu benda di atas, jangan lupa redeem tiket tue pulak. Kang membazir kang. Untuk info lanjut sila ke website Celcom MTV World Stage.