May 20th, 2013

Berita baik untuk peminat Kpop semua. Stadium Putra Bukit Jalil bakal digegarkan oleh 3 nama besar industri hiburan Korea Selatan iaitu Beast, 4Minute dan G.NA  pada 27 Jun ini, Ini pastinya sangat-sangat mengujakan peminat-peminat Kpop Malaysia. Tak gitu?

aiakpop

Dianjurkan khas oleh syarikat AIA, konsert ini membawakan tema “Be real. Love it. Live it“. Hanya 2,000 keping tiket akan dibuka untuk jualan. Jadi kalau anda berminat untuk menghadiri konsert ini, sila pastikan anda melakukan pendaftaran di laman web AIA Kpop untuk mendapat harga istimewa.

aiakpop

Tiket-tiket yang berharga RM250-RM450 akan dijual di TicketCharge outlets bermula 20 Mei iaitu hari ini. Jadi siapa cepat dia akan dapat. Selain daripada menonton konsert, pelbagai aktiviti bakal dianjurkan untuk memeriahkan lagi konsert ini.

aiakpop

Jadi tunggu apa lagi? Kalau anda peminat Beast, 4Minute dan G.NA, inilah peluang anda untuk menyaksikan kehebatan mereka beraksi secara langsung. Untuk info lanjut, layari www.aiakpop.com.my.


Comments are closed.

Loading...