Written by Bella | March 15th, 2019

Semalam, ramai yang terkejut apabila Atikah Suhaime dan Awi Rafael mengumumkan mereka tidak jadi berkahwin seperti yang dirancang pada 17 Mac ini.

Pembatalan pada saat akhir itu mencetuskan pelbagai spekulasi lebih-lebih lagi Awie menerusi sebuah video di akaun Instagramnya memberikan kenyataan untuk tidak mahu membuka aib bekas tunangnya. Seakan Atikah melakukan kesalahan yang agak besar sehingga Awie betul-betul sudah putus asa untuk mempertahankan hubungan yang terjalin sehingga terpaksa menarik diri untuk tidak meneruskan perkahwinan itu.

Namun, bapa Atikah iaitu Suhaime Jamali tampil menjelaskan punca sebenar disebalik apa yang berlaku. Suhaime berkata beliau yang membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinan tersebut.  Keputusan itu dibuat demi kebaikan dan masa depan anaknya.

Kalau tiada jodoh nak buat apa lagi kan? Berikanlah mereka ruang untuk bertenang. Seperti yang selalu kita dengar, hanya masa yang akan dapat merawat hati yang terluka.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : QASHRUL HIDAFI PHOTOGRAPHY