May 17th, 2016

Semalam, kami ada menyiarkan artikel dimana pelakon dan pengacara, Neelofa Mohd Noor dikritik oleh netizen kerana memakai baju terlalu jarang  dimana mereka menganggap fesyen itu tidak sesuai dengan imej seorang wanita bertudung.

Mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai, Neelofa menerusi akaun Instagram miliknya telah membalas setiap kritikan yang dilemparkan kepada dirinya.

Jelas Neelofa,  beliau telah memakai dua lapisan inner didalam kerana faktor cuaca yang agak sejuk di Turki.

Nak tirulah macam wak doyok cakap “aku yang pakai kau yang panas/kecoh” kalau dah pakai 2 lapis inner pun kata jarang jugak, rasanya kak lofa tak mampu nak pakai 10 lapis inner kot.

p/s: cuaca di istanbul ni agak sejuk so memang kena pakai atleast 2 lapis kalau tak kulit kering yea sayangku.

Mereka yang menegur Neelofa itu sebenarnya sayangkan artis pujaan mereka ini dan mahu Neelofa mungkin lebih berhati-hati ketika bergambar ataupun berpakaian agar ia tidak menimbulkan fitnah.

Sumber Berita : Instagram Neelofa

May 16th, 2016

Sebagai seorang ahli perniagaan wanita yang berjaya dan selebriti, Neelofa sering tampil dengan fesyen terbaru dan pakaian yang mampu menyerlahkan lagi dirinya.

Namun, kali ini mungkin Neelofa sudah tersalah pilih pakaian yang sesuai buat dirinya, apabila ada sesetengah netizen mengkritik baju yang beliau pakai sewaktu berada di Turki terlalu jarang, sehingga beberapa orang boleh nampak warna baju dalam dan bentuk badan Neelofa.

Perkara itu menjadi perhatian ramai setelah Neelofa memuat naik foto beliau di akaun Instagram miliknya beberapa hari lepas.

Berikut antara komen netizen di Instagram Neelofa :-

Mungkin Neelofa sendiri tidak sedar bahawa baju itu agak jarang apabila terkena cahaya, berfikir positif.  Apa-apa pun Neelofa harus lebih berhati-hati dalam berpakaian bukan kerana untuk tidak dikritik sahaja tetapi elak untuk jadi bahan untuk sesetengah “stalker” diluar sana melepaskan nafsu mereka.

February 28th, 2015

Baru-baru ini, Neelofa sekali lagi telah menjadi mangsa kritikan fesyen apabila ramai yang mengatakan busana beliau pada malam Anugerah Meletop Era 2015, seakan-akan seperti sotong. Malah, Neelofa juga telah mengeluarkan kenyataan bagi membidas dakwaan tersebut.

 Terbaru, pereka fesyen Fiziwoo turut memberi respon dan menyifatkan pihak yang mengkritik busana tersebut sebagai buta fesyen dan sering mempunyai pandangan negatif terhadap perkara baru.

Mereka tidak tahu tentang fesyen dan melihat apa juga perkara yang baru dari sudut pandangan negatif dengan tujuan mengkritik sahaja.

Sebelum ia dipakai Neelofa saya sudah terlebih dahulu minta pendapat pakar-pakar yang tahu tentang fesyen termasuk editor majalah antarabangsa mengenai baju rekaan saya itu.

Dan mereka semua beri reaksi positif serta menganggap ia setanding dengan kualiti rekaan peringkat antarabangsa.

Sebenarnya, baju tersebut di inspirasikan daripada bunga ros dan menggunakan fabrik berkualiti tinggi setaraf artis antarabangsa. Untuk pengetahuan anda, ia bukanlah tajaan daripada mana-mana pihak tetapi Neelofa telah membeli busana itu dengan harga lebih RM 10,000.

Baju itu bukan kami sponser sebaliknya Neelofa bayar untuk kami hasilkan yang terbaik buatnya.

Butik kami juga tidak pernah memberi tajaan kepada mana-mana artis untuk tujuan promosi. Ramai artis yang menggunakan khidmat kami adalah berbayar.

Wow! Kami ingat baju tersebut adalah tajaan, rupa-rupanya ia telah dibayar oleh Neelofa. Kesian juga beliau jadi mangsa kritikan korang yang buta fesyen ni. Beribu habis tetapi masih “dibahan” oleh orang ramai.

Sumber Berita: mStar Online

February 27th, 2015

Ingatkan tahun ini fesyen Neelofa di Anugerah MeleTOP Era 2015 selamat daripada kritikan, rupa-rupanya itu hanya mimpi sahaja. Terbaru, seorang rakan Neelofa sendiri telah mengkritik fesyen baju merah yang dipakai oleh pelakon itu dan menggelarkannya sebagai ‘squid’. Kalau tak silap Abang Nara, ‘squid’ itu sotong. Hmmmmm. Cuba tengok gambar Neelofa di bawah. Ada macam sotong ke?
lofa Membandingkan pakaian Neelofa dengan pakaian yang dipakai oleh selebriti antarabangsa di Oscar, si pengkritik menulis “These are example of gorgeous coutoure dress… Oscar 2015. Not that red-crazy-ruffled-reel-squid-like frock from last night local award (more like a circus) show. Watching 2 mins of that show hurts my intelligence“. Fuh!!! Memang pedas sungguh kata-katanya.

lofa

Tidak bersetuju dengan kritikan tersebut, Neelofa tidak berdiam diri dan turut memberikan maklum balas terhadap si pengkritik. Menarik juga kata-kata Neelofa. Bagai bertemu buku dengan ruas.

lofa

Fuh!! Memang hangat. Apa pendapat anda? Adakah fesyen merah Neelofa memang menyerupai ‘squid’ atau ia hanya pendapat si pengkritik itu seorang? Kongsikan di ruangan komen. Sumber Murai.

P.S: Ambil madu tanpa kena gigit dengan lebah