May 17th, 2016

Semalam, kami ada menyiarkan artikel dimana pelakon dan pengacara, Neelofa Mohd Noor dikritik oleh netizen kerana memakai baju terlalu jarang  dimana mereka menganggap fesyen itu tidak sesuai dengan imej seorang wanita bertudung.

Mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai, Neelofa menerusi akaun Instagram miliknya telah membalas setiap kritikan yang dilemparkan kepada dirinya.

Jelas Neelofa,  beliau telah memakai dua lapisan inner didalam kerana faktor cuaca yang agak sejuk di Turki.

Nak tirulah macam wak doyok cakap “aku yang pakai kau yang panas/kecoh” kalau dah pakai 2 lapis inner pun kata jarang jugak, rasanya kak lofa tak mampu nak pakai 10 lapis inner kot.

p/s: cuaca di istanbul ni agak sejuk so memang kena pakai atleast 2 lapis kalau tak kulit kering yea sayangku.

Mereka yang menegur Neelofa itu sebenarnya sayangkan artis pujaan mereka ini dan mahu Neelofa mungkin lebih berhati-hati ketika bergambar ataupun berpakaian agar ia tidak menimbulkan fitnah.

Sumber Berita : Instagram Neelofa


Comments are closed.

Loading...