July 1st, 2015

Aktres Rozita Che Wan memberitahu beliau terpaksa menyewa sebuah kondominium khas untuk menempatkan koleksi pakaian beliau yang tidak terhitung jumlahnya sepanjang berkecimpung didalam industri hiburan.

Saya terpaksa sewa sebuah kondo lain untuk tempatkan baju-baju kami sekeluarga memandangkan tiada ruang untuk menyimpan koleksi pakaian yang ada. Maklumlah saya sudah berada di dalam industri hiburan agak lama. Bukan tidak mahu menjual atau lelong baju-baju itu tetapi agak susah sebab ada peminat yang pernah beli beritahu saiz baju terlalu kecil.

Kondo yang saya sewa itu terletak dekat sahaja dengan rumah saya. Hanya beberapa kilometer. Jadi, mudahlah untuk saya singgah pada bila-bila masa untuk dapatkan baju yang ingin dipakai.

Tambah Che Ta lagi, baju anak perempuannya Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan bulan juga mempunyai jumlah koleksi pakaian yang banyak sehingga sudah mencecah empat buah almari.

Baju Aaisyah sahaja sudah memerlukan empat pintu almari untuk menyimpannya. Apa tidaknya, selain saya dan Zain yang belikan baju-baju Aaisyah, dia juga dapat banyak tajaan daripada pelbagai jenama pakaian. Tidak cukup dengan itu, peminat-peminat juga ramai yang hantarkan hadiah. Sebab terlalu banyak, ada baju yang tidak sempat diulang pakai. Pakai sekali sahaja.

Wah, boleh tahan banyak juga kan koleksi pakaian Rozita Che Wan dan keluarga, tentu jika masuk sahaja kondominium tu dah jelas nampak pelbagai jenis pakaian bukan? Iyalah, selebriti harus peka dengan fesyen terkini dan sebab itu ada baju yang hanya dipakai sekali sahaja.

Sumber Berita: Tonton Extra

 

 

 

 

June 28th, 2015

Menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, pasti ramai yang sudah membuat tempahan baju untuk digayakan pada bulan Syawal nanti.  Salah satu tempat paling popular di ibu kota yang sering menjadi tumpuan ramai untuk mendapatkan segala keperluan hari raya ialah sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR) dan juga Masjid India.

Turut tidak ketinggalan membuat persiapan bagi Aidilfitri ialah aktres Rozita Che Wan ataupun mesra disapa Che Ta yang mengakui beliau sudah menyediakan 20 pasang baju kurung selain turut menyediakan jumlah yang sama untuk suaminya, Zain Saidin dan anak perempuan mereka Aaisyah Dhia Rana, sekaligus menjadikan kesuluruhan jumlah pakaian untuk  mereka tiga beranak ialah 60 pasang baju.

Semua baju untuk hari raya sudah pun siap dan jumlah itu sebenarnya bukanlah hanya untuk dipakai pada hari raya sahaja tetapi ketika menghadiri jemputan rumah terbuka sepanjang sebulan Syawal. Paling penting bukan saya sahaja ada 20 pasang baju tetapi Zain dan Aaisyah juga.

Jelas Che Ta, beliau sebenarnya merasa lebih teruja untuk melihat Aaisyah tampil bergaya di pagi raya kerana ia merupakan tahun pertama beliau menyambut Aidilfitri bersama anaknya itu.

Teruja sebab akhirnya dapat saya beli dan pakaikan baju cantik-cantik untuk anak perempuan kerana sebelum ini asyik tengok orang lain sahaja. Sejak awal lagi saya sudah sediakan untuk Aaisyah malah kebanyakkan baju kami adalah dari rona sama.

Mesti comel kan Aaisyah tampil dengan gaya pilihan ibunya hari raya nanti. Iyalah, taste Rozita Che Wan memang ada kelasnya kan? Banyak juga baju yang ditempah oleh beliau, asalkan ia tidak membazir ok lah, lagipun artis kan banyak event yang perlu mereka hadiri lebih-lebih lagi pada bulan Syawal.

Sumber Berita: mStar Online

 

June 25th, 2013

Oh yeah ~~~ Abang Nara suka sangat apabila tibanya bulan Syaaban. Bukan apa, selain daripada bakal berpuasa tidak lama lagi, tempahan-tempahan untuk baju Hari Raya juga sudah mula dibuka. Salah satu koleksi yang menarik perhatian Abang Nara ialah daripada DalzButtonCraft.

dalzbuttoncraft

Kelebihan koleksi Hari Raya DalzButtonCraft ialah ia “custom made” untuk anda. Bukan baju ready made. Hanya beberapa info sahaja diperlukan daripada pembeli. Paling penting, pelbagai rekaan ada untuk dipilih. Kesemuanya cantik-cantik belaka.

dalzbuttoncraft

Harganya pun sangat berbaloi. Orang kata, alah membeli, menang memakai. Paling menarik di mata Abang Nara ialah rekaan peplum daripada DalzButtonCraft. Terasa nak tempah untuk wife terus. Confirm wife akan tambah jelita di pagi raya.
dalzbuttoncraft

Tunggu apa lagi? Korang boleh ushar lebih banyak koleksi Hari Raya DalzButtonCraft dengan LIKE Facebook DalzButtonCraft dan melayari laman web DalzButtonCraft. Tempahan dibuka sekarang untuk tempoh waktu terhad. Siapa cepat dia dapat!!!

P.S: Ainan Tasneem pun khabarnya pakai baju raya daripada DalzButtonCraft.