June 28th, 2015

Menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, pasti ramai yang sudah membuat tempahan baju untuk digayakan pada bulan Syawal nanti.  Salah satu tempat paling popular di ibu kota yang sering menjadi tumpuan ramai untuk mendapatkan segala keperluan hari raya ialah sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR) dan juga Masjid India.

Turut tidak ketinggalan membuat persiapan bagi Aidilfitri ialah aktres Rozita Che Wan ataupun mesra disapa Che Ta yang mengakui beliau sudah menyediakan 20 pasang baju kurung selain turut menyediakan jumlah yang sama untuk suaminya, Zain Saidin dan anak perempuan mereka Aaisyah Dhia Rana, sekaligus menjadikan kesuluruhan jumlah pakaian untuk  mereka tiga beranak ialah 60 pasang baju.

Semua baju untuk hari raya sudah pun siap dan jumlah itu sebenarnya bukanlah hanya untuk dipakai pada hari raya sahaja tetapi ketika menghadiri jemputan rumah terbuka sepanjang sebulan Syawal. Paling penting bukan saya sahaja ada 20 pasang baju tetapi Zain dan Aaisyah juga.

Jelas Che Ta, beliau sebenarnya merasa lebih teruja untuk melihat Aaisyah tampil bergaya di pagi raya kerana ia merupakan tahun pertama beliau menyambut Aidilfitri bersama anaknya itu.

Teruja sebab akhirnya dapat saya beli dan pakaikan baju cantik-cantik untuk anak perempuan kerana sebelum ini asyik tengok orang lain sahaja. Sejak awal lagi saya sudah sediakan untuk Aaisyah malah kebanyakkan baju kami adalah dari rona sama.

Mesti comel kan Aaisyah tampil dengan gaya pilihan ibunya hari raya nanti. Iyalah, taste Rozita Che Wan memang ada kelasnya kan? Banyak juga baju yang ditempah oleh beliau, asalkan ia tidak membazir ok lah, lagipun artis kan banyak event yang perlu mereka hadiri lebih-lebih lagi pada bulan Syawal.

Sumber Berita: mStar Online

 


Comments are closed.

Loading...