Written by Bella | May 10th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos yang bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi selepas Ezzaty sendiri mengesahkan beliau kini sedang hamil sembilan minggu.

Pada mulanya saya rasa pelik mengapa sudah 45 hari tidak datang haid. Saya tidak mahu berharap yang saya hamil kerana sebelum ini saya pernah kecewa.  Saya beritahu Azwan tentang itu dan dia minta saya buat pemeriksaan terlebih dahulu. Alhamdulillah keputusan positif saya yang saya hamil.

Sekarang ini saya masih belum muntah-muntah teruk hanya beberapa hari sekali sahaja. Saya lihat Azwan pula yang sering sakit kepala dan tidak sihat, mungkin dia yang terkena alahan itu.

Buat masa ini, Ezzaty masih lagi meneruskan beberapa penggambaran drama dan filem sehingga Hari Raya Aidilfitri sebelum beliau bercuti panjang. Ezzaty dijangka bakal melahirkan cahaya mata sulungnya itu pada Disember depan.

Sumber Berita : mStar Online

PENGALAMAN HIDUP ANDA AMAT BERPOTENSI UNTUK MENGUBAH HIDUP ORANG LAIN. KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT!

Written by Bella | July 18th, 2016

Sah bergelar suami dan isteri pada hari Sabtu lepas di dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Bentong, Pahang,  pasangan pengantin baru Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah telah mengadakan majlis resepsi yang cukup meriah di Dewan Melor, Bandar Baru Bangi.

Dengan tema ala garden wedding, kedua mempelai tampak cukup sepadan mengenakan busana berwarna biru berserta merah jambu.

Majlis mereka turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak, teman rapat serta beberapa rakan artis yang terkenal.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan buat Azwan dan Ezzaty, semoga rumah tangga mereka kekal sehingga ke jannah.

Jom layan beberapa lagi foto sekitar majlis resepsi Azwan dan Ezzaty dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : kaki5photo

 
Written by AbangNara | July 18th, 2016

Jutaan tahniah diucapkan kepada Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah yang telah selamat bergelar suami isteri pada hari Sabtu lalu dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan telah berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Bentong, Pahang yang dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak dan rakan terdekat pasangan berkenaan. Kedua-dua pasangan mempelai kelihatan cantik berseri-seri dengan persalinan pengantin serba putih.

gambar nikah azwan kombos ezzaty abdullahAzwan atau nama sebenarnya Mohd Al Azwan Kombos, 31, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM22.50 kepada Ezzaty manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Pengantin perempuan turut menerima lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang kepada pihak lelaki. Terdahulu Azwan dan Ezzaty, 26, mengadakan majlis pertunangan sebelum akad nikah berlangsung pada hari sama.

gambar nikah azwan kombos ezzaty abdullah

Tahniah buat Azwan dan Ezzaty sekali lagi. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Lagi gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Kaki 5 Photo.

P.S: Ditinggalkan waktu gemuk, kekasih wanita ini ingin kembali selepas dia kurus…

 
Written by Bella | June 30th, 2016

Bakal mendirikan rumah tangga pada 16 Julai depan, pelakon Ezzaty Abdullah membuat keputusan untuk tidak bertemu dengan Azwan Kombos selama sebulan kerana ingin mengelak daripada sebarang perkara buruk.

Jelas Ezzaty, nenek dan ibunya banyak memberikan nasihat dalam mengekalkan perkahwinan yang bakal dibina nanti.

Kata orang, tidak elok berjumpa selalu ketika darah manis dan saya sendiri memang mahu mengelakkan kami daripada berjumpa pada saat-saat akhir sebelum dinikahkan. Maklumlah, macam-macam boleh jadi kalau jumpa selalu. Jadi, kami mahu elakkan sebarang perkara buruk yang boleh terjadi

Saya rasa, apabila orang tua memberi nasihat mengenai tips perkahwinan, kita perlu mengambil ilmu itu dengan serius kerana mereka lebih tahu mengenai asam garam rumah tangga. Saya harap segala nasihat yang diberi dapat saya laksanakan dengan baik.

Pasangan ini akan berkahwin pada sebelah pagi 16 Julai  di kediaman Ezzaty yang terletak di Bentong, Pahang. Majlis resepsi mereka pula dilangsungkan pada keesokan harinya di Kuala Lumpur.

Buat masa ini majlis di sebelah pihak Azwan di Sabah masih lagi didalam perbincangan.

Kata orang dulu-dulu, kalau hendak berkahwin ini pasti akan dilanda dengan pelbagai ujian. Eloklah kalau tidak berjumpa dahulu sehingga tiba masa untuk menikah. Semoga segala perancangan perkahwinan Ezzaty dan Azwan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: BH ONLINE