Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dah Lebih Setahun Tak Pulang Ke Kampung, Azwan Kombos Risau Keadaan Ibu Di Sabah Hadapi Banjir

Dah lebih setahun tidak pulang menjengah ibunya di kampung yang terletak di Sabah berikutan pandemik COVID-19, pelakon Azwan Kombos mengakui berasa amat risau dan sangat merindui bondanya, Sakti Jaludin.

Azwan KombosSumber : Instagram Azwan Kombos  

Azwan atau nama sebenarnya Mohamad Al-Azwan Kombos berkata bahawa kali terakhir dia balik melawat ibunya adalah pada November tahun 2019 yang lalu dan kebiasaannya dia akan pulang ke kampung tiga kali setahun.

Advertisement

Oleh disebabkan itu, dia hanya mampu membalas kerinduan dengan menelefon dan membuat panggilan video bersama ibu tercinta.

View this post on Instagram

A post shared by Azwan Kombos (@azwankombos)

“Jika sebelum itu setahun mungkin tiga kali saya balik jumpa ibu, tahun lepas memang saya, isteri dan anak di Kuala Lumpur sahaja. Memanadngkan tahun lepas kita semua berjaga-jaga dengan pandemik COVID-19, memang tak balik teruslah! Semasa dibenarkan rentas negeri, hati ni memang nak sangat balik tapi saya bimbangkan keadaan ibu dan batalkan hasrat itu.”

Suami kepada pelakon Ezzaty Abdullah ini turut berkata apa yang menjadi kebimbangan pada ketika ini adalah kediaman ibunya yang berada di Kota Belud, Sabah itu sedang dinaiki air akibat hujan tidak berhenti.

Mujurlah ada saudara terdekat iaitu kakaknya yang dapat menziarah dan memantau keadaan ibu di kampung. Azwan dalam pada itu turut berharap yang keadaan di sana baik-baik sahaja dan air banjir cepat surut agar keadaan kembali seperti kebiasaannya.

View this post on Instagram

A post shared by Azwan Kombos (@azwankombos)

Ahad lalu, media tempatan melaporkan bahawa terdapat sembilan daerah di Sabah yang terkesan dengan banjir akibat hujan berterusan sejak beberapa hari yang lalu. Antara daerah yang terlibat adalah Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Tuaran, Papar, Pitas, Paitan dan Beaufort.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top