March 16th, 2016

Sudah dirisik oleh Azwan Kombos dan bakal bernikah pada hujung tahun ini, Ezzaty Abdullah memberitahu sikap matang dan jujur didalam diri Azwan membuatkan beliau terpikat dan seterusnya melangkah ke fasa baharu kerana merasakan mereka sudah cukup serasi bersama.

Azwan  seorang yang jujur dan ikhlas. Melalui pengalaman pahit sebelum ini, sekarang bukan mudah untuk saya mencari lelaki yang jujur. Apabila sudah bertemu dengan pasangan yang serasi, jadi lebih baik untuk terus membawa hubungan ini ke peringkat seterusnya.

Walaubagaimanapun, pasangan ini hanya akan mengikat tali pertunangan sebelum upacara akad nikah nanti. Ini kerana Ezzaty tidak mahu bertunang terlalu lama selepas mengalami pengalaman pahit sebelum ini.

Kalau boleh saya enggan bertunang lama-lama sebab pernah mengalami episod hitam sebelum ini. Saya tidak mahu sejarah itu berulang dan ia memang membuatkan saya serik. Oleh itu, saya meminta untuk bertunang dalam tempoh singkat saja.

Bertunang lama banyak dugaannya, tetapi ia benar-benar menguji rasa kasih dan cinta pasangan kita. Apa-apapun semoga segala perancangan perkahwinan Ezatty dan Azwan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : BH ONLINE

March 15th, 2016

Alhamdulillah. Percintaan Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah akhirnya melangkah ke satu tahap yang lebih jauh. Semalam, Azwan Kombos telah pun masuk merisik kekasihnya itu di rumah Ezzaty di Bentong, Pahang. Majlis berkenaan diadakan secara sederhana dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

azwan kombos dan ezzaty abdullah

Namun begitu, ikatan pertunangan hanya akan dilakukan sebelum upacara akad nikah. Azwan Kombos memaklumkan kegagalan pertunangan Ezzaty sebelum ini membuatkan wanita itu lebih berhati-hati dan memilih untuk bertunang dalam masa singkat. Kata Azwan Kombos:-

“Semalam (Isnin) saya bersama keluarga dari Sabah bertandang ke rumah Ezzaty untuk merisik dan Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Bagaimanapun kami hanya akan mengikat tali pertunangan sebelum upacara akad nikah nanti. Ikutkan memang hendak bertunang tetapi menghormati permintaan Ezzaty yang tidak mahu bertunang lama-lama.

Saya memberikan sebentuk cincin sebagai tanda merisik dan beberapa manisan. Majlis berjalan mengikut adat seperti ada berbalas pantun antara keluarga masing-masing. Keluarga kami juga bersetuju untuk menetapkan tarikh perkahwinan Insya-Allah sekitar bulan Disember nanti

azwan kombos dan ezzaty abdullah

Tahniah diucapkan kepada Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah atas berita gembira ini. Semoga segala perancangan mereka berjalan dengan lancar. Lagi beberapa gambar pasangan kekasih ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber Mstar Online.

azwan kombos dan ezzaty abdullah
azwan kombos dan ezzaty abdullah
azwan kombos dan ezzaty abdullah
azwan kombos dan ezzaty abdullah