February 21st, 2020

Terasa dirinya begitu terhina dengan permohonan maaf Azwan Ali yang didakwa tidak ikhlas dan tidak menunjukkan sebarang kekesalan, Datuk Seri Vida nekad meneruskan tuntutan saman malu terhadap selebriti sensasi itu.

dsv nekad saman malu azwan ali

Bukan sahaja maruahnya tercalar tetapi hati DSV juga terguris dengan penghinaan melampau Azwan yang menyentuh kejadian dua arwah anak lelakinya yang meninggal dunia dalam kejadian kebakaran beberapa tahun lalu.

Memang sudah mohon maaf tapi apabila satu jam lebih buat sidang media, saya rasa kemaafan hari itu itu telah membakar lagi hati saya. Hati saya makin terguris dan tercalar.

saman malu azwan ali

 

Sementara itu, peguam DSV, Adnan Seman menjelaskan tuntutan saman malu itu bukanlah bertujuan untuk menuntut wang ringgit sebaliknya ingin membaiki reputasi DSV yang telah dicalarkan oleh Azwan.

Terdahulu, Azwan bukan sahaja bertindak melampau menghina kematian dua orang anak DSV yang meninggal dunia dalam insiden kebakaran beberapa tahun lalu. Malah, dia turut didakwa melakukan ‘body shaming’ terhadap Cik B selain turut mempersendakan kegagalan rumah tangga DSV.

Sumber Berita : Astro Gempak

February 12th, 2020

Semalam, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA telah membuat permohonan maaf secara terbuka atas penghinaan yang dilakukan kepada Datuk Seri Vida dan anaknya, Cik B atau Edlynn Zamilleen Muhammad Amin. Menurut Azwan, ia bukanlah soal kalah atau menang hanya memenuhi tuntutan usahawan kosmetik itu.

datuk seri vida saman azwan ali

Memberi respon mengenai permohonan maaf Azwan, DSV berkata cara pengacara itu meminta maaf seakan tidak ikhlas. Malah, sidang media yang diadakan juga tidak ada adab dan Azwan dikatakan sempat lagi menghina peguam yang mewakili DSV.

Ikhlas ke minta maaf

 

Teruskan saman terhadap Azwan? 

 

datuk seri vida azwan ali

datuk seri vida azwan ali

Terdahulu, selain memohon maaf Azwan juga berkata dia akan memadam semua status dan video yang berbaur fitnah dan menyinggung usahawan kosmetik itu di laman Twitter miliknya. Malah, dia juga juga bersedia untuk bertemu empat mata dengan DSV untuk menyelesaikan kemelut antara mereka.

February 12th, 2020

Akhirnya selebriti kontroversi, Azwan Ali memohon maaf secara terbuka susulan   penghinaan yang didakwa dilakukan terhadap usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan anak perempuannya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B.

azwan ali mohon maaf datuk seri vida

Bukan soal siapa kalah dan siapa menang, Azwan berkata permohonan maaf itu dibuat setelah dia berbincang bersama peguamnya. Dia juga akan memadam semua status penghinaan terhadap Cik B.

Permohonan maaf ini dibuat setelah mengkaji banyak perkara besama peguam, ini bukan soal kalah atau menang.

datuk seri vida cik b

Saya juga akan memadam semua status hinaan terhadap DSV dan juga anaknya Cik B di Twitter.

Menurut Azwan lagi, apa yang dilakukan ini adalah sebagai menghormati DSV yang mengatakan dirinya sentap dihina dan tidak mahu perkara ini berlanjutan.

azwan ali mohon maaf

Video yang dimuat naik tidak menyebut nama sesiapa, tapi saya hormati pendirian DSV yang kata dia tersentap dan tersinggung. Saya kira isu ini sudah selesai, terpulang pada dunia nak melihat kes ini.

Jika dia kata status saya tulis itu berbaur fitnah dan boleh menjejaskan bisnes. Saya terima dan tarik balik.

azwan ali datuk seri vidaAzwan pada masa yang sama berkata dia juga bersedia untuk bertemu empat mata dengan DSV untuk menyelesaikan segala masalah atau rasa tidak puas hati.

Terdahulu, bertindak melampau menghina kematian dua orang anak DSV yang meninggal dunia dalam insiden kebakaran beberapa tahun lalu. Malah, dia turut didakwa melakukan ‘body shaming’ terhadap Cik B.

Sumber Berita : mStar Online