September 28th, 2015

Nampaknya perkara yang serupa seperti kes Menate sebelum ini terjadi lagi apabila Azwan Ali sekali lagi telah memaki hamun peminatnya kerana salah faham dengan perkataan singkatan bagi negeri Johor Bahru iaitu JB.

Semua berpunca apabila seorang peminat bertanya jika rendang hasil air tangan Diva AA yang cukup terkenal dan popular sekarang boleh dijual sehingga ke Johor Bahru.

Tanpa sebarang usul periksa, Azwan menggeluarkan kata-kata kesat kepada peminat di Instagram beliau selepas menyangka individu tersebut mempersoalkan jika Azwan kini sudah tidak ada “job”.

Alahai Azwan kan dahulu sudah minta maaf pasal isu Menate kenapa lah perlu ulang lagi? Kami rasa ramai je yang tahu maksud singkatan JB tu kan? Apa salahnya tanya apa maksud perkataan itu kalau tak faham, peminat itu pun nak sokong produk jualan anda bukan nak cari gaduh.

July 30th, 2015

Azwan Ali datang lagi cetuskan kontroversi, setelah memaki hamun Nabil Ahmad kerana tidak menegur beliau di Mekah, kini Diva AA sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memaki peminat beliau tanpa sebab  di media sosial.

Err, kepala bapak ko #PUII

Itulah ayat-ayat yang keluar di ruangan komen Instagram milik peminatnya yang hanya berkongsi foto ketika berada di Newcastle.  Sebelum ini, Azwan juga pernah menghina mangsa kemalangan jalan raya pada Aidilfitri lepas juga tanpa bersebab.

Kami rasa Azwan Ali hanya ingin menarik perhatian ramai (attention seeker). Bila agaknya beliau akan berubah bukan? Entah siapa pula mangsa beliau selepas ini.

Sumber Berita: Rotikaya