Written by AbangNara | October 4th, 2017

Kehebatan Datuk Aznil Haji Nawawi dalam bidang pengacaraan dan juga komunikasi tidak boleh dipertikaikan. Abang Nara masih teringat bagaimana Pak Nil dapat membuatkan para penonton Akademi Fantasia turut mengalirkan air mata setiap kali ada peserta yang tersingkir. Malah keupayaan beliau turut diakui apabila dilantik menjadi pengacara Sukan SEA 2017 baru-baru ini. Jadi apabila Pak Nil merancang untuk memperkasakan kemahiran berkomunikasi di kalangan para pelajar, memang Abang Nara setuju sangat-sangat.

aznil

Pada pandangan Abang Nara rakyat Malaysia terutama golongan belia zaman sekarang memang kurang pandai dalam melontarkan pendapat. Ramai kawan-kawan Abang Nara yang kecewa apabila generasi muda ini datang temuduga di tempat kerja tanpa sebarang persediaan. Bercakap pun sambil garu-garu kepala. Tergagap sana sini. Bila ditanya soalan tak boleh jawab dan sebagainya. Memang agak memalukan. Kata Pak Nil tentang idea bernasnya ini:-

Saya sudah mempunyai idea ini sejak sekian lama dan sedang bekerja rapat dengan agensi kerajaan bagi merialisasikan impian itu. Apa yang saya lihat sekarang ramai generasi baru terutamanya lepasan universiti tiada kemahiran komunikasi dan fikiran kritikal ketika ditanya soalan semasa proses temuduga membuatkan mereka gagal mendapat pekerjaan.

Sebab itu saya ingin keliling Malaysia, pergi ke sekolah-sekolah, mula dari pelajar sekolah rendah untuk dedahkan kepada mereka mengenai kepentingan komunikasi dan interaksi dalam melontarkan pertanyaan, jawapan malah pendapat.

Jika kita lihat senario sekarang banyak anak kita yang bukan sahaja sanggup memaki hamun pemimpin tetapi tanpa rasa bersalah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ahli agama dan ibu bapa. Ada pula yang sanggup memukul ibu sendiri!

Sampai bila kita hendak biarkan keadaan ini berlaku? Takkan hendak tunggu mereka berani hina nabi ke? Sebab itu saya ingin adakan kempen ini dalam mengasah kebolehan berkomunikasi dan melontarkan pendapat, menyuarakan pandangan mereka tetapi dengan adab dan cara yang betul.

aznil

Semoga usaha Datuk Aznil Haji Nawawi ini akan mendapat sokongan daripada semua pihak terutamanya Kementerian Pendidikan Negara. Kelemahan berkomunikasi di kalangan belia harus diperbaiki sebelum terlambat. Tahniah kepada Pak Nil atas inisiatif yang amat bagus ini. Semoga dipermudahkan. Sumber Mstar Online.

Written by AbangNara | April 18th, 2013

Kelmarin,  Datuk Seri Najib Razak telah mengadakan satu pertemuan dengan artis-artis Malaysia. Di dalam pertemuan tersebut, Najib telah menjanjikan pembelaan daripada segi pemilikan rumah PR1MA dan kad Diskaun Rakyat 1Malaysia(KDR1M) kepada golongan artis Malaysia.

najib artis

Salah seorang yang telah hadir ke majlis ini ialah Datuk Aznil Haji Nawawi. Sebelum ini, Datuk Aznil secara terbuka menerusi Twitter telah menyatakan sokongannya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak. Menurut Paknil, pembelaan seperti ini sememangnya dinantikan oleh artis Malaysia. Kata Paknil menerusi Harian Metro:-

Tindakan pantas yang diambil Perdana Menteri menunjukkan beliau sangat prihatin terhadap anak seni seperti kami dan tahu keadaan serta keperitan dialami selain tidak mahu mengambil masa lama untuk menyelesaikannya. Kita anak seni seharusnya mengambil iktibar supaya tidak mempunyai fikiran kedua atau ketiga untuk meneruskan kesinambungan pemerintahan sedia ada sebab kita tidak tahu mungkin kuasa yang ingin mengambil alih kepimpinan tiada “track record” seperti ini. (Najib) sudah menunjukkan prestasinya dan tak perlu berfikir panjang, rekod bersih dan cepat inilah yang sememangnya dinanti anak seni.

paknil
Walaupun mendapat pelbagai kecaman di Twitter kerana menyatakan pendirian politiknya, Abang Nara respek dengan keberanian Paknil. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Inilah keindahan negara demokrasi. Yang penting, jangan lupa jalankan tanggungjawab keluar mengundi pada 5 Mei ini.

P.S: Nak Lihat Testimoni Pengguna SkinRich Orang Melayu? KLIK GAMBAR INI

Written by AbangNara | October 30th, 2012

Satu gabungan yang sangat menarik di mata Abang Nara. Aznil Haji Nawawi dan Adibah Noor telah disahkan sebagai pengacara AIM19 yang akan berlangsung pada 17 November 2012 ini. Kehebatan Paknil sememangnya tidak perlu disangkal lagi. Manakala Abang Nara sememangnya menyukai lawak Adibah Noor yang sempoi ketika menjadi pengacara.

pengacara AIM19

Kepada yang ingin menyaksikan AIM19 di televisyen, pastikan anda membuka saluran Astro Ria 104 tepat jam 8.30 malam untuk Karpet Glamor AIM19. Pada jam 9 malam pula, majlis anugerah akan bermula. Diharap tahun ini keputusan AIM19 tidak akan menimbulkan sebarang kontroversi.

aim 10

Antara nama besar yang akan membuat persembahan pada malam AIM19 ialah Datuk Siti Nurhaliza, Hafiz, Shila Amzah, Jimmy Palikan dan ramai lagi. Adakah anda sudah bersedia untuk merasai kehangatan malam anugerah ini? Apa pun, beri pendapat anda terlebih dahulu tentang pemilihan pengacara AIM19 kali ini. Ok atau tidak ok?

Written by AbangNara | August 17th, 2012

Kartun The Smurfs sememangnya sangat popular di kalangan kanak-kanak. Bapak-bapak budak dan mak-mak budak (termasuk Abang Nara dan wife) pun suka dengan kartus The Smurfs ini. Khas sempena Aidilfitri, Astro HBO akan menayangkan filem ini untuk tatapan anda semua.

the smurfs bahasa melayu

Yang menariknya, barisan selebriti terkemuka seperti Lisa Surihani, Yusry, Aznil dan ramai lagi turut menyumbang suara untuk versi The Smurfs Bahasa Melayu. Abang Nara pun ada terlibat jugak walaupun sekadar 4,5 baris sahaja. Pasti ramai yang lebih teruja menonton kartun ini dalam bahasa ibunda kita.

the smurfs bahasa melayu

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton filem The Smurfs ini di Hari Raya pada 19 Ogos ini (hari raya pertama). Tayangan akan bermula pada jam 8 malam di saluran HBO. Untuk info lanjut, boleh layari laman web Astro.

P.S: Abang Nara tahu pasti ramai yang berbelanja sakan untuk Hari Raya ini. Belanja belanja jugak. Jangan sampai berhutang yang kita tak boleh bayar. Sebab itulah untuk raya kali ini Abang Nara gunakan Citibank Ready Credit untuk shopping barangan raya. Boleh guna cek, bayar secara online, swipe dan macam-macam lagi. Selain dapat point dan peluang menang Philips Home Theatre DVD, Abang Nara boleh buat bayaran balik secara fleksibel serendah 4%. More info boleh layari laman web Citibank.