October 24th, 2016

Episod pendedahan Azmi Hatta mengenai sikap cemburu Elly Mazlein yang mencederakan beliau dan pelbagai lagi tuduhan lain membuatkan penyanyi itu merasa cukup terkilan.

Mengapa terkilan? Kerana Azmi melakukan pendedahan itu disaat Elly baru sahaja ingin bangkit daripada segala kekecewaan dan cuba berusaha untuk mendapat tempat kembali didalam industri hiburan tempatan.

Saya sudah mengagak ‘permainannya’. Dia ada hak untuk memburukkan saya kerana selama ini pun dia hanya berdiam diri dalam semua perkara yang mengaitkan perceraian kami. Cuma yang saya ralat kenapa dia tidak buat pendedahan itu awal-awal lagi selepas saya mendedahkan perceraian kepada umum pada 9 Mac lepas. Kenapa lapan bulan berlalu baru nak buka cerita dalam selimut?

Elly menegaskan beliau sedikit pun tidak kecewa dengan apa yang berlaku tetapi mempertikaikan perbuatan bekas suaminya itu. Ia seolah-olah lelaki itu cuba untuk menutup periuk nasinya.

Sekali lagi saya tegaskan yang saya tidak kecewa. Cuma saya mempertikaikan tindakannya itu pada saat saya baru nak cari duit. Tertanya-tanya saya kenapa baru sekarang dia nak tunjuk belang? Sedangkan dia tahu saya perlu bekerja, kena cari duit. Kalau tak, siapa nak menyara anak (Putri Zara Sefhia) dan abah (Syed Hanafi Syed Abdullah).

Tidak mahu memanjangkan lagi isu antara mereka, Elly akui beliau tidak akan membalas dendam dan memaafkan Azmi. Namun, beliau tidak gemar dengan sikap Azmi yang menunding jari kepada beberapa pihak termasuk bapanya yang menjadi punca penceraian mereka berdua.

Sekali lagi saya tegaskan yang saya sudah memaafkan dia. Maknanya saya sudah tak nak gaduh-gaduh. Jadi tak payahlah nak menjolok sarang tebuan lagi. Saya sudah tak kisah pun dengan siapa dia nak berkawan atau berkahwin sekalipun selepas ini.

Cuma saya berharap agar dia tidak menggunakan kalimah sumpah pada setiap pengakuan dibuat. Bukannya apa, takut termakan sumpah.

Setiap apa yang berlau mempunyai hikmahnya tersendiri. Dugaan dan ujian seperti ini membuatkan seseorang itu lebih kuat di masa hadapan. Harapnya selepas ini tiada lagi isu lain yang timbul antara Azmi dan Elly.

Sumber Berita : Utusan Online

October 19th, 2016

Susulan pendedahan Azmi Hatta yang mendakwa Elly Mazlein menumbuk dan menerajang beliau kerana bersikap terlalu cemburu, Elly menerusi portal mStar telah memberi respon beliau.

Menurut Elly, beliau menerima apa sahaja tuduhan yang dilemparkan oleh bekas suami kepada dirinya dan enggan lagi memikirkan hal berkenaan.

Sekarang ini yang jahat semua saya, yang tendang terajang, yang busuk semua saya. Tidak apalah saya terima sahaja apa yang dia tuduh kepada saya itu.

Saya tahu tentang akuan sumpah ‘istikharah cinta’ setebal 20 helai itu yang boleh dijadikan skrip drama. Biarlah apa dia mahu kata, dia sahaja yang baik dan mulia dalam dunia ini.

Dalam surat akuan sumpah tersebut, Azmi menyenaraikan 45 perkara berkaitan hal rumah tangga beliau bersama Elly sebelum ini.

Meskipun terluka dengan apa yang berlaku, Elly berkata beliau akan menghentikan sindirian di laman sosial atas permintaan peminatnya yang tercinta.

Sekarang nampaknya Elly Mazlein sudah mengalah dan tidak mahu memanjangkan lagi isu berkenaan. Kami harap pihak disebelah sana melakukan perkara yang sama.

Sumber Berita : mStar Online

October 19th, 2016

Percintaan bekas suami Elly Mazlein iaitu Azmi Hatta dan Faye Kusairi boleh dikatakan menjadi perhatian netizen.

Ada yang menganggap Azmi tidak patut untuk menjalinkan hubungan dengan perempuan lain saat Elly sedang mengandung berdasarkan pendedahan Elly sebelum ini yang memberitahu Azmi mula bercinta dengan Faye sebelum anak mereka lahir lagi.

Namun, Azmi memberitahu beliau dan Faye mula bercinta hanya selepas beliau sah bercerai dengan Elly pada bulan Oktober lepas.

Saya menjalinkan hubungan cinta yang serius selepas saya dikurniakan ilham dan Allah menampakkan wajah Faye Kusairi dalam solat istikharah. Demi Allah saya bercakap benar. Setelah beberapa kali pertemuan dengan Faye barulah saya beritahu mengenai gambaran solat istikharah itu.

Azmi juga membuat pengakuan bersumpah Faye bukan punca penceraiannya dan Elly Mazlein.

Tujuan beliau melakukan  sidang media semalam dan pengakuan sumpah itu bagi memulihkan serta membersihkan namanya dan juga Faye telah dituduh serta dilempar  dengan pelbagai tomahan, termasuk menjadi orang ketiga dalam hubungannya dengan Elly.

Disini saya mahu bersumpah bahawasanya dakwaan yang mengatakan Faye Kusairi punca saya berpisah dengan Elly Mazlein adalah tidak benar. Saya mengadakan sidang media ini bagi membersihkan nama baik saya dan Faye serta keluarga sekaligus menghentikan segala provokasi di media massa selama ini.

Nampaknya isu sudah semakin besar, satu demi satu kenyataan yang keluar. Kadang-kadang ada baiknya tidak meluahkan segala-galanya kepada umum kerana ia mengundang pelbagai masalah di masa hadapan.

Sumber Berita : Astro Gempak

October 18th, 2016

Sejak Azmi Hatta bercerai dengan Elly Mazlein, saban hari penyanyi wanita itu membongkar satu demi satu sikap buruk Azmi kepada umum. Malah, Elly ada menyindir Azmi menerusi beberapa hashtag di Instagram.

Perbuatan Elly itu nyata memberikan kesan terhadap Azmi, apabila pengarah itu sering dikecam oleh masyarakat dan dilabelkan sebagai bapa tidak bertanggungjawab.

Tidak tahan dengan segala tomahan dan tuduhan dibuat oleh bekas isterinya itu, Azmi hari ini mendedahkan setiap butiran mengenai penceraian mereka. Menurut Azmi, sikap cemburu buta Elly yang terlampau membuatkan beliau berubah hati dan memilih jalan untuk berpisah.

Elly pernah menyerang Azmi di lokasi penggambaran drama dan menuduh beliau berlaku curang dengan pelakon yang membintangi drama arahannya.

Elly seorang yang terlalu kuat cemburu orangnya, awal hubungan kami bercinta lagi sudah timbul konflik cemburu kerana dia menuduh saya berlaku curang dengan pelakon yang menjayakan drama saya. Hampir semua projek drama yang saya arahkan menjadi isu pertengkaran kami, selagi ada watak perempuan lebih cantik dan seksi pasti saya akan dituduh curang.

Sehingga sampai satu tahap dia menyerang saya di lokasi gara-gara cemburu dengan Nelydia Senrose yang ketika itu menjadi pelakon utama.

Mereka juga kerap bertengkar dan Elly turut melemparkan kata-kata kesat terhadap Azmi. Bukan itu sahaja, Azmi memberitahu Elly juga pernah bertindak ganas dan menumbuk serta menerajang beliau.

Kami tidak henti bertengkar, dia melemparkan kata-kata kesat biarpun saya sudah bersumpah dengan nama Allah (terhadap sesuatu perkara).

Baju saya ditarik sehingga koyak, Elly juga menumbuk, memukul malah sampai tahap sepak terajang saya di dalam kereta ketika dia datang menyerang di lokasi semata-mata cemburukan Nelydia.

Bapa Elly jugalah yang mencadangkan mereka untuk membawa haluan masing-masing kerana merasakan ia adalah keputusan terbaik buat beliau dan Elly pada waktu tersebut.

Bapa Elly sendiri mencadangkan kami berpisah dan Elly bersetuju kami berpisah secepat mungkin. Selesai perbincangan itu Elly pantas mengambil kain baju saya lalu meletakkan di luar pintu rumah. Sejak itu saya jarang berhubung dengan Elly.

Berbicara mengenai anak mereka Putri Sarah Sefhia, Azmi hanya akan bertemu anak perempuannya itu sekiranya Elly sudah berubah sikap dan tidak lagi mencetuskan provokasi.

Azmi dalam sidang media yang diadakan petang tadi di Taman Tasik Titiwangsa turut menunjukkan akuan bersumpah mengenai masalah rumah tangganya dengan Elly.

Pasangan ini berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015.

Sumber Berita : mStar Online