Written by Irsa | November 8th, 2019

Kalau anda perasan, baru-baru ini pelakon Azar Azmi ada berkongsi videonya sedang menghisap pod. Sikap terbukanya itu walau bagaimanapun mendapat selaran segelintir netizen.

Bagi menjawab persoalan netizen, Azar Azmi telah menjelaskan bahawa perniagaan rokok elektronik yang diusahakannya bukan disebabkan ‘trend’ masa kini.

Jelas Azar perempuan juga mampu untuk melakukan perkara sama seperti lelaki namun ia terpulang kepada individu tersebut.

Semua orang ada cara hidup tersendiri. Bagi saya, perkara ini normal kerana ramai orang yang hisap shisha sama seperti vape.

Kalau lelaki boleh buat, tiada halangan untuk perempuan juga lakukan perkara yang sama.

Dia juga menambah bahawa hal ini terletak pada individu itu sendiri. Selagi ianya tidak melampaui batas seperti menipu, aniaya, mencuri atau pun mencaci.

azar azmi dikecam hisap pod

Tambah pelakon wanita yang mula dikenali menerusi Nur 2 ini, dia tidak dapat menghalang orang luar untuk memberi pendapat tersendiri mengenai isu terbabit.

Masa penggambaran dilakukan memang saya berani mati. Sekali cuba sedap pulak perisa dia. Dah dapat sekali, dia nak dua dan nak lagi.

Komen negatif itu bagus, saya suka baca. Mulut orang kita tidak boleh tutup, percakapan mereka tidak boleh dihalang.

Dari 10 kebaikan, orang lebih nampak 1 keburukan. Apa pun, kaji dan selidik dulu, jangan anggap setiap perbuatan orang tersebut tidak baik.

Pandailah Azar, kalau itu kemahuannya kan? Tapi kalau tak kisah kenapa padam video hisap pod tu?

Sumber: Forum BM Cari