January 5th, 2017

Dikatakan sebagai punca konsert Wings dibatalkan di Kota Kinabalu, Sabah, ada khabar angin mengatakan pemain gitar, Joe bakal digugurkan daripada kumpulan rock tersebut.

Walaubagaimanapun, Awie yang merupakan vokalis Wings enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan dan berkata ia adalah masalah dalaman kumpulan mereka dan perkara itu masih lagi dalam proses untuk diselesaikan.

Buat masa ini saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara itu kerana ia adalah masalah dalaman kumpulan Wings. Biarlah kami selesaikannya secara baik terlebih dahulu, kemudian kami akan jelaskan kepada media.

Awie bertindak untuk berdiam diri mengenai khabar angin tersebut kerana tidak mahu perkara menjadi lebih panjang dan mengeruhkan lagi keadaan.

Jika saya buat kenyataan ia akan memanjangkan perkara ini dan dituduh membawa cerita pula. Biarlah kami selesaikan dahulu ya.

Joe juga nampaknya tidak mahu tampil menjelaskan perkara sebenar dan usaha media untuk bertanyakan isu ini juga gagal.

Agak sayang sebenarnya untuk lihat kumpulan Wings yang sudah berpuluh tahun membina nama bersama berpecah. Harapnya segala kemelut yang mereka hadapi dapat diselesaikan dengan cara baik.

Sumber Berita : mStar Online

October 27th, 2016

Pernah dihimpit kontroversi kerana penceraian beliau dengan Rozana Misbun, kini penyanyi Awie sedang berbahagia selepas berkahwin dengan Sharifah Ladyana pada 7 Oktober lepas.

Apa yang membuatkan Awie lebih gembira ialah ketika melihat anak-anaknya cukup rapat dan bahagia di bawah jagaan Ladyana sebagai ibu tiri mereka.

Awie akui beliau terharu dengan kasih sayang serta pengorbanan isterinya itu demi anak-anaknya.

Alhamdulillah anak-anak sangat rapat dengan isteri. Mereka memanggilnya ‘mummy’. Dulu saya pernah beritahu hanya orang ‘gila’ saja yang mahukan saya yang sudah memiliki lima anak, tetapi saya kagum dan terharu melihat dia (Ladyana) mengambil cabaran untuk memikul tanggungjawab dalam menjaga serta memberi kasih sayang terhadap anak-anak saya.

Saya juga kagum melihat cara dia menghabiskan masa bersama anak-anak walhal dia masih muda dan tidak mempunyai pengalaman. Namun, dia berusaha menjadi ibu yang terbaik.

Tambah Awie, sejak berkahwin mereka sama-sama menguruskan persekolahan anak-anak.

Setiap hari dia akan menguruskan persekolahan anak-anak. Kadang-kadang saya kasihan melihat dia menghantar dan menjemput anak dari sekolah tetapi dia menawarkan dirinya kerana minat dan selesa.

Antara sebab utama saya mempercepatkan proses perkahwinan ini juga adalah disebabkan perkara ini. Saya nak pastikan anak-anak tidak berasa kekurangan atau ketinggalan serba-serbi.

Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Awie. Sebelum ini, Awie pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Arni Nazira Anuar pada 1998 yang bertahan selama lapan tahun dan dikurniakan dua anak.

Awie kemudian menikahi Rozana Misbun pada 2006 tetapi tidak tinggal sebumbung sejak 2014.

Sumber Berita : Harian Metro

October 14th, 2016

Penyanyi rock Awie semalam telah dicabar oleh Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, untuk mengemukakan bukti beliau berasal daripada keturunan Raja Siam iaitu Raja Sulaiman daripada Songkhla, Thailand seperti yang beliau akui sebelum ini.

Walaubagaimanapun, Awie tidak ambil peduli dengan cabaran berkenaan kerana buat beliau, salasilah keluarganya bukanlah untuk tatapan umum.

Saya tidak mahu mengulas lanjut. Saya tidak mahu komen apa-apa kerana ia bukan untuk tatapan orang ramai.

Awie memberitahu beliau adalah keturunan Raja Siam selepas netizen mempersoalkan mengapa beliau memilih untuk bernikah dengan Sharifah Ladyana di Masjid Sultan Sulaiman Shah Songkhla, sekitar minggu lepas.

Tidak mengapalah jika Awie tidak mahu membuktikan beliau adalah keturunan Raja Siam. Bak kata Awie, ia adalah “privacy” keluarga beliau. Apa-apa pun, semoga kekal bahagia bersama isteri tercinta sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : Harian Metro

 

October 13th, 2016

Selepas dipersoalkan oleh netizen kerana berkahwin dengan Sharifah Ladyana di Songkhla, Thailand, penyanyi rock Awie ada memberitahu bahawa beliau merupakan keturunan Raja Siam yang dikenali sebagai Raja Sulaiman yang berasal daripada lokasi berkenaan.

Pengakuan itu nyata mengejutkan beberapa pihak termasuk Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Datuk Dr. Wan Shamsudin Mohd. Yusof yang mencabar Awie untuk mengemukakan bukti bahawa beliau berketurunan Raja Siam.

Dia (Awie) perlu mengemukakan bukti salasilah keluarga­nya bagi mengesahkan dakwaannya yang berketurunan Raja Sulaiman.

Dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada kedutaan Thailand dan kerabat Raja Sulaiman untuk memastikan kesahihannya.

Tambah Wan Shamsudin, selepas kejatuhan Kesultanan Singgora semasa pemerintahan Raja Sulaiman ramai kerabatnya lari ke kawasan lain bagi menyelamatkan diri.

Terdapat beberapa peme­rintah di Thailand yang berketurunan Raja Sulaiman termasuklah Perdana Menteri Thailand ke-22 iaitu Jeneral Chavalit Yongchaiyudh dan bekas ketua komander Tentera Laut Diraja Thailand, Laksamana Niphon Srithorn.

Wah, susah juga tu kalau hendak buktikan keturunannya secara terperinci, tetapi mungkinkah Awie mempunyai surat ataupun dokumen sah mengatakan dia keturunan Raja Sulaiman? Iyalah, empat tahun juga kan Awie mengkaji asal-usu keturunannya. Sama-sama kita nantikan komen Awie pula berhubung isu ini.

Sumber Berita : Kosmo!