Written by Bella | October 5th, 2018

Penyanyi rock terkenal, Datuk Awie diarah untuk membayar ganti rugi berjumlah RM80,000 atas segala penderitaan yang ditanggung oleh bekas isterinya, Rozana Misbun berikutan kes pukul yang terjadi kira-kira empat tahun lalu.

Mahkamah Sesyen di Shah Alam pada 28 September lalu telah menghakimkan ganti rugi am sebanyak RM30,000, ganti rugi teruk sebanyak RM50,000 dan kos sebanyak RM10,000 untuk dibayar oleh Awie kepada pihak Rozana.

Rozana sebelum ini telah memfailkan saman sivil terhadap Awie untuk menuntut ganti rugi kerana mengalami kecederaan yang agak teruk iaitu lebam-lebam di bahagian muka, telinga kiri, leher bahagian kiri,lengan, ketiak, dada, bilateral periorbital dan hidung. Manakala tulang rusuknya juga retak.

Bukan itu sahaja, Rozana turut menuntut kos rawatan di hospital selain perasaan malu yang terpaksa beliau tanggung akibat daripada perbuatan bekas suaminya itu.

Pada 7 Mac 2016, kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes ini secara baik dimana Awie harus membayar kompaun sebanyak RM 10,000 dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Bagaimanapun, sebelum itu beliau tetap tidak mengaku bersalah mencederakan Rozana di kediaman mereka, namun Awie elah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas pertuduhan mencederakan Rozana di kaunter Permodalan Nasional Berhad Jalan Tun Razak di sini pada pukul 3 petang, 2 Jun 2014 dan telah didakwa atas kesalahan tersebut.

Sumber Berita & Foto : mStar Online